Sepanjang Petintah Kawalan Pergerakan tentunya kita sebagai ibu ayah akan pastikan stok makanan di rumah sentiasa mencukupi untuk seisi keluarga.
Jika boleh pelbagai jenis makanan dibeli untuk memenuhi keperluan, seperti ikan, ayam, telur, sayuran hinggalah junk food yang kita fikir untuk kudap-kudapan anak-anak di rumah.
Pun begitu, tahukah anda tindakan kita dengan membeli stok makanan yang tidak sihat akan turut mempengaruhi kesihatan anak-anak kita.
Kenapa dikatakan begitu?
Jadi nak tahu lanjut, ikuti perkongsian doktor ini.
Dah seminggu anak-anak duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.
Kawan-kawan yang kerja di klinik kesihatan beritahu perkara yang sama juga.
Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
IKLAN
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda immuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.
Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Jajan.
Keropok.
Mi segera.
Air kotak.
IKLAN
Gula-gula.
Coklat.
Minuman dalam tin.
Air gas.
Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
IKLAN
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.
Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!
Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.
Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapelat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
Penggunaan semburan bahan perasa atau ajinomoto pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus. Ajinomoto merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Baruku Tahu😁
AJINOMOTO UNTUK BAJA TANAMAN
Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yang susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah. Terdapat dua kaedah bancuhan Ajinomoto untuk tanaman pokok..
PERTAMA: ● Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman. CARA MEMBAJA: Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KEDUA: 1. Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain. ● Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
2. Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas). ● Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
CARA MEMBAJA: Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
NOTA: Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah. Saya sudah cuba kaedah ini ..memang berkesan dan bhasil..
Semoga Bermanfaat…♥️
Kredit Group FB : Berkebun Di Rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walau kita sama sekali tidak mengajar anak untuk makan mi segera, anak-anak kitalah yang paling sukakan mi segera ini. Alasannya cukup sedap dan pedas.
Walhal menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mi segera sebenarnya tidak patut ada dalam simpanan stok makanan di rumah kita jika kita mempunyai anak kecil. Apa sebabnya? Ini penjelasan beliau.
Kita tahu megi tak elok untuk anak-anak makan, tapi pernah tak kita belek bahan ramuan mi segera yang semua orang kata bahaya dan tak elok tu.
Saya baru terfikir nak belek bahan ramuan megi yang bau saja pun dah mengancam. Orang boleh tahu kan kita tengah masak megi kari kat dapur, walau tak tengok kita tengah buat apa. Menusuk ke hidung kan bau dia kan.
Rupanya dalam rencah mi segera kari, garam dan MSG tiruan paling banyak dalam tu. Terletak di nombor 1 dan nombor 2 paling awal dalam bahan ramuan rencah kari.
Dalam megi perencah ayam pulak, yang anak makan pasti nak lagi, rupanya kandungan ayam hanya 5 peratus je dalam tu. Garam dan gula yang banyak, serta MSG sekali semestinya kan.
Mi segera macam ni, bukan untuk anak-anak kita tau. Tak patut ada dalam rumah kalau kita ada anak kecil, ibu mengandung, dan jugak ibu menyusu.
Anak makan, beri kesan pada badan mereka yang baru nak membesar dan matang. Ibu mengandung makan, beri kesan pada anak yang dikandung dalam rahim. Ibu menyusu makan, beri kesan pada anak yang menyusu.
Kita cuba sama-sama ya. Elakkan terus beli mi segera macam ni kalau kita masih simpan dalam rumah.
Merancang untuk membeli rumah untuk tujuan pelaburan mahu pun untuk didiami, itu suatu permulaan yang bagus. Bila niat sudah ada, ilmu berkenaannya kenalah dicari agar serba sedikit kita tahu mana yang terbaik, mana yang boleh dan mana yang harus dijauhkan dalam membuat keputusan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh peguam ini berkenaan urusan membeli rumah subsale atau juga kita panggil membeli rumah second hand. Jom ketahui lanjut perkongsian bermanfaat ini.
URUSAN JUAL BELI RUMAH SUB-SALE BELUM SELESAI, BOLEH TAK PEMBELI NAK MINTAK KUNCI RUMAH UNTUK MASUK LEBIH AWAL?
1. Saya dapati ada pembeli rumah subsale yang kadang-kadang tak sabar untuk mendiami rumah yang dibelinya, walaupun urusan jual beli rumah tersebut masih belum sempurna sepenuhnya.
2. Kadang-kadang baru saja tandatangan perjanjian jual beli (SNP), dah nak mintak kunci rumah daripada penjual.
3. Antara alasan mereka untuk memasuki rumah tersebut lebih awal adalah :
– tuan rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
-mereka tiada tempat lain untuk tinggal;
-mereka juga kata mereka dah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya mereka dah ada hak terhadap rumah tersebut,
-mereka kata nak renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah tersebut, dan lain-lain alasan lagi.
4. Tahukah anda, dari segi amalan guaman hartanah yang sebenar, dalam urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli, dan pembeli telah menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
5. Amalan guaman ini biasanya dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
6. Oleh yang demikian, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP dan bertentangan dengan amalan guaman hartanah yang sebenar.
7. Bukan itu sahaja, tindakan pembeli untuk mendiami rumah tersebut lebih awal sebelum milikan kosong diserahkan secara rasmi kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP, juga akan mendedahkan pembeli kepada beberapa risiko kerugian.
8. Antaranya termasuklah:
A. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
Bayangkan ketika itu rumah tersebut telah penuh dengan barang-barang pembeli, bukankah ia akan menjadi masalah kepada pembeli untuk mengangkut keluar barang-barang tersebut? Dah lah terpaksa keluar kos untuk angkut keluar barang-barang, malu dengan jiran-jiran pun satu hal jugak.
B. Katakanlah ketika itu pembeli dah buat renovation terhadap rumah tersebut, sekiranya SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak fasal-fasal tuan rumah yang untung akibat ketidaksabaran anda. Dan perlu diingat, anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
C. Katakanlah berlaku kematian kepada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-waris si mati berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
Bayangkan ketika itu anda telah mendiami rumah tersebut lebih awal, dan waris kepada penjual pulak ingin menuntut rumah tersebut daripada anda, sudah pasti ianya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.
D. Selain daripada itu, kadang-kadang ada juga rumah yang dibeli itu, tanpa pengetahuan pembeli, dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiami rumah tersebut dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Pernah berlaku kes di mana rumah dah “diserahkan” kepada pembeli lebih awal, tiba-tiba rumah kena lelong dan dah ada pembida yang berjaya. Memang bergaduh lah jawabnya antara 3 pihak tersebut; penjual, pembeli dan pembida yang berjaya. Bukankah ini akan menimbulkan masalah kepada semua pihak terutamanya pihak pembeli?
9. Jadi elakkan lah minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
10. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta. Ingat ni drama swasta ke? Sign je SNP terus dapat kunci rumah.
11. Jadi bawak-bawak lah bersabar demi kebaikan anda juga. Kata orang, takkan lari gunung di kejar. Jika rumah tersebut telah ditakdirkan rezeki milik anda, pasti anda akan dapat juga mendiaminya. Yang penting semua pihak selamat kerana mengikut undang-undang yang sepatutnya.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program...