Melipat dan menyusun set cadar agar rapi terlihat kemas di dalam almari, pastinya ada teknik yang harus dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Azni yang mempunyai cara dan tekniknya yang tersendiri untuk pastikan cadar bukan sahaja kemas malah mudah untuk dicapai.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Assalammualaikum.Saya nak share cara saya simpan kesemua set cadar saya.Untuk memudahkan saya ambil comforter, saya simpan ikut size.Bawah sekali comforter untuk King, Queen dan atas sekali single.
Hampir 90% cadar dan comforter ni saya jahit sendiri memandangkan saya memang tukang jahit cadar.Memang dah tak pernah beli, semuanya saya jahit sendiri.
Sarung bantal pula saya lipat ikut yang ada border dan takde border.
Seminggu sekurangnya sekali saya salin cadar dan saya akan cuci comforter guna mesin basuh.
Kalau sahabat ada cara atau idea lain untuk penyimpanan, boleh share sekali untuk saya dan sahabat lain jadikan panduan.
Ini antara yang dikongsikan oleh warganet.
Sumber : Nurul Azni via Deco Rumah Ku Syurga Ku
āTak Ada Raja, Permaisuri & Kuli, Ini Keluarga & Tanggungjawab Kita.ā Tip Didik Anak Ada Common Sense Di Rumah Cara Mak āMalasā!
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti.
Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya.
Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main
Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’,
Ummu Ilham
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
āIa satu Amanah Allah yang dianugerahkanā ā Datuk Adi Putra
Sayu, itulah perasaan yang boleh dikatakan apabila anak perempuan Datuk Adi Putra iaitu Zara Adelia, 11, tampil membacakan doa ketika majlis tayangan perdana filem Syaaban, pada Sabtu.
Zara yang merupakan anak istimewa (Orang Kurang Upaya) itu dipanggil bapanya dilihat bersungguh – sunggu untuk membacakan doa di hadapan tetamu yang hadir sempena majlis tersebut.
Adi Putra atau nama sebenar, Mohamed Hadi Putra Halim berkongsi bahawa beliau menyedari anak keduanya itu mempunyai kelainan ketika masih kecil.
“Saya mengetahui ketika umurnya berusia enam bulan.
“Saya mula menyedari apabila dia tidak memberi respons Ketika ada gangguan bunyi bising apabila saya tidur bersamanya.
“Saya terkejut, jadi saya bawa dia untuk buat pemeriksaan lanjut dan dari situlah saya dapat tahu mengenai kesihatannya,” kongsi Datuk Adi Putra dengan XTRA.
Adi Putra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem arahan pertamanya yang berjudul Syaaban di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.
Adi Putra juga memaklumkan bahawa dia pernah berikhtiar mendapatkan rawatan dan menyifatkan ia adalah anugerah terindah dan amanat daripada Yang Maha Esa.
“Kad OKU dia memang dah tertulis masalah pendengaran. Jadi memang pendengaran kedua telinga mengalami masalah.
“Saya pernah mengikhtiar dengan memasang alunan surah tapi bila direnungkan kembali bagi saya itu adalah anugerah Allah yang berikan.
“Ia satu Amanah Allah yang dianugerahkan, jadi kita sebagai ibu bapa meggalasnya sebaik mungkin. Jangan lah ubah sesuatu yang memudaratkan,” jelas beliau kepada XTRA.
Untuk berkomunikasi, Adi berkata, beliau dan isteri menggunakan Bahasa isyarat selain turut berkomunikasi melalui panggilan mesej dan video.
“Dia juga ada Bahasa isyarat, jadi kami berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja. Kami juga berhubung melalui panggilan WhatsApp dan video.
“Saya juga mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa isyarat daripada umurnya kecil lagi.
“Apabila dia tak guna bahasa isyarat pun saya sudah faham,” ujar beliau.
Untuk rekod, Adi Putra dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 dan hubungan mereka terlerai. Namun, mereka kembali mengikat tali perhubungan dengan pernikahan kali kedua pada 18 Januari 2018 selepas 9 bulan bercerai.
@xtra_my Replying to @*BUBUN🇮🇩🇲🇾* Buat pertama kali Adi Putra berkongsi mengenai anakanda istimewanya sekaligus meminta membacakan doa bagi filem pertamanya🥹😍 #fyp #xtramy #anak #istimewa #adiputra #baca #doa #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA
Sumber: XTRA
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Anak Syurga Dunia Saya” Izara Aishah Perlahankan Lakonan Demi Anak Tersayang
Bertukar status menjadi ibu boleh mengubah seseorang wanita yang sebelum ini menjadikan kerjayanya sebagai keutamaan kini lebih memberi tumpuan utama kepada anak dan keluarga.
Sememangnya kehadiran seorang anak dalam kehidupan wanita boleh mengubah 360 darjah keutamaan dirinya walaupun sebelum ini dia pernah bergelar orang terkenal.
Begitulah yang dialami oleh pelakon jelita Izara Aishah sejak bergelar ibu dua tahun lalu. Melahirkan cahaya mata pertama, Irisa Alaia pada 15 April 2020 benar-benar telah mengubah keutamaan pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini.
Jika sebelum ini Izara yang sememangnya terkenal sebagai pelakon hebat dalam apa jua peranan yang dipegangnya dalam drama mahu pun filem, kini tumpuan utamanya beralih kepada buah hati tersayang.
Melahirkan anak sulung pada zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat pandemik Covid-19 membuatkan Izara puas menghabiskan masa mengurus dan membesarkan anaknya sendiri.
Bonding yang terikat antara kedua beranak ini membuatkan menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza memperlahankan kerjaya seninya kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
Keutamaannya sekarang adalah keluarga
Kehadiran Irisa benar-benar membuatkan Izara sukar untuk berpisah dengan cinta hatinya itu.
“She’s my heaven on earth”. Begitulah kapsyen Izara pada satu posting gambar dia dan anaknya dalam laman Instagramnya.
Itulah gambaran kasih sayang yang tiada tolok bandingannya dari seorang ibu kepada anak tersayang.
Bahkan menurut Izara kalau ada penggambaran pun paling lewat dia kena pulang sebelum pukul 12 tengah malam.
Izara bersykur kerana setakat ini pihak produksi sangat memahami permintaannya malah Izara sentiasa berusaha mengatur jadual agar karier, perniagaan dan keluarga seimbang.
Bagaimanapun buat masa ini Izara belum boleh memberi tumpuan penuh kepada perniagaan kerana sibuk menguruskan anak sendiri.
Pelakon yang kini tampil dengan imej berhijab banyak melunaskan komitmen sebagai jurucakap atau wajah untuk beberapa produk fesyen tempatan.
Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar