Rasanya kita baru je habis meraikan Hari Raya Aidilfitri selama sebulan, tup tup pejam celik hujung bulan ni kita bakal merayakan Hari Raya Aidiladha pula. Cepat kan rasa?!

Dengar kata, disebabkan ramai yang tak boleh balik kampung hari raya puasa lalu, semua orang nak ‘balas dendam’ raya betul-betul untuk raya haji ni, betul ke? Hihi.

Dah alang-alang nak sambut dengan meriah bersama keluarga tersayang, di tambah pula nanti akan dapat panggu daging korban, boleh la tukar selera dengan buat singgang daging ori resipi dari Kelantan ni. Mudah je resipinya, bahan pun mudah je. Jom cuba reripi dari Kelantan ni!

Resepi Singgang Daging KELANTAN yang sangat SEDAP & MUDAH nak buat

Bahan-bahan:

IKLAN

1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas – ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih – mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu ( jika suka)
Air

Simpan Rapi Resipi Singgang Daging Kelantan Ni, Raya Haji Hujung Bulan Nanti Boleh Cuba Buat!

IKLAN

Cara:

1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.

IKLAN

Simpan Rapi Resipi Singgang Daging Kelantan Ni, Raya Haji Hujung Bulan Nanti Boleh Cuba Buat!Simpan Rapi Resipi Singgang Daging Kelantan Ni, Raya Haji Hujung Bulan Nanti Boleh Cuba Buat!
3. Masukkan air.
4. Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
6. Boleh letak serbuk perasa dan budu.
7. Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.

-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.

Simpan Rapi Resipi Singgang Daging Kelantan Ni, Raya Haji Hujung Bulan Nanti Boleh Cuba Buat!

Nak cari barang dapur secara online? Cer tengok kat sini!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI