“Simpan Nama Sejak 7 Tahun Dahulu.” Genap 21 Hari, Ozlynn Wati Dedah Nama Anak. Nur Latifah Cherdiq Hanania Jadi Pilihan!

Share

Selepas 21 hari melahirkan bayinya, Ozlynn Wati  dan suami, Johan berkongsi nama anak keenam mereka. Nur Latifah Cherdiq Hanania menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.

Pengumuman tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi pasangan tersebut.Kata Ozlynn, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.

“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.

“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.

Ozlynn juga turut memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.

“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.

Sumber: Instagram Jozlynnhanania