Selepas 21 hari melahirkan bayinya, Ozlynn Wati dan suami, Johan berkongsi nama anak keenam mereka. Nur Latifah Cherdiq Hanania menjadi pilihan pasangan suami isteri ini.
Pengumuman tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram rasmi pasangan tersebut.Kata Ozlynn, nama tersebut sebenarnya telah pun disimpan lebih daripada tujuh tahun sebelum diberikan kepada anak bongsunya itu.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania di hari Jumaat yang indah pada 3 September. Nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar.
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang marasa nikmat sekali lagi. Bermata panda di malam hari. Berebut siapa nak bergendong baby. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata ok cukup takat ini,” kongsinya lagi.
Ads
Ozlynn juga turut memberikan kata-kata semangat buat para ibu bapa yang sehingga kami masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki, jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini. Membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” kongsinya lagi.
Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19 mendapat reaksi baik pelbagai pihak.
Dalam pengumumannya ,Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Walau bagaimana pun, pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Namun, pencarum dikatakan wajar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan, sebelum membuat pengeluaran KWSP ini
Dalam pada itu, timbul isu kononnya pengeluaran tersebut akan memberi kesan atau jejaskan skor kredit dan kelulusan permohonan pinjaman bank untuk pemegang akaun KWSP.
timbul isu kononnya sesiapa yang membuat pengeluaran KWSP kali ini akan dikategorikan sebagai mempunyai “masalah kewangan” oleh pihak bank.
Menerusi kenyataan balas di Twitter rasmi, RHB menjawab mengenai kebimbangan pengguna yang mendakwa pengeluaran KWSP boleh menjejaskan reputasi pemegang akaun yang ingin melakukan urusan dengan pihak bank.
“Berhubung perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa pengeluaran KWSP, termasuk pengeluaran khas, tidak jejaskan skor kredit pelanggan dan kelulusan pinjaman oleh pihak bank.
Tambah RHB, kelulusan permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada keputusan pihak bank selepas melihat penilaian kredit akhir pemohon.
Hi @ZZulfikli, with regards to this matter we are pleased to inform that EPF withdrawals, including special withdrawals, do not affect customer credit scoring and loan approval.
Kita semua tidak akan pernah tahu bila tiba masanya diuji dengan kehilangan pasangan yang pergi buat selama-lamanya apatah lagi jika ianya secara tiba-tiba. Boleh bingung dan mati akal dibuatnya.
Apa tidaknya insan yang selama ini sentiasa ada untuk kita, sama ada waktu susah mahu pun senang sekelip mata telah tiada menemani.
Perasaan sedih pasti terasa, mungkin bertahun-tahun akan berbekas di hati. Namun hidup ini perlu juga diteruskan. Banyak perkara perlu diuruskan dan dilakukan selepas ketiadaannya.
Contohnya apabila selesai proses pengebumian dan melangsaikan hutang-hutangnya, status harta akan bertukar milik kepada waris namun ia memerlukan waris menjalani beberapa proses utama, iaitu perolehan kuasa, pentadbiran dan pembahagian kepada waris yang layak.
Memahami lagi berkenaan perolehan kuasa dan pentadibiran berkenaan proses menukar nama kenderaan untuk pemilik yang telah meninggal dunia ini, Fadil Mohd Yusof berkongsi di akaun facebooknya. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan.
PROSES TUKAR NAMA KENDERAAN UNTUK PEMILIK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Kita selalu mendengar ada orang menjual kenderaan yang tidak boleh tukar nama disebabkan pemilik meninggal dunia.
Sebenarnya, proses tukar nama boleh dilakukan jika anda telah membuat perkara-perkara berikut:-
1)Selesaikan dahulu proses pusaka simati.
Terdapat 3 tempat yang boleh dimohon (bergantung kepada jumlah harta yang ditinggalkan):-
a) Bicara pusaka di pejabat tanah
b) Bicara pentadbir harta di Mahkamah Tinggi
c) Amanah Raya
* Ada masanya ketika bicara pusaka di pejabat tanah atau semasa membuat permohonan mentadbir harta di Mahkamah Tinggi, waris terlupa untuk masukkan kenderaan tersebut sebagai aset simati. Anda perlu mengisi borang untuk ulang bicara di pejabat tanah dan perlu buat permohonan aset tertinggal jika kes anda di mahkamah tinggi.
2)Setelah selesai proses pertama, anda perlu membawa kenderaan tersebut untuk pemeriksaan puspakom. Sekiranya kenderaan dalam keadaan baik, akan lulus ujian puspakom.
Sekiranya terdapat elemen tidak selamat pada kenderaan, puspakom akan memaklumkan kepada anda untuk memperbaiki kenderaan tersebut agar selamat digunakan di jalan raya.
Antara sebab biasa kenderaan tidak lulus ujian puspakom apabila melibatkan system brek , mentol-mentol @ tayar kenderaan.
Jalan termudah, boleh lantik agen untuk uruskan kenderaan anda untuk pemeriksaan di puspakom.
3)Setelah mendapat kelulusan daripada Puspakom, anda perlu membeli insurans ke atas nama pemilik baharu.
4) Pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan. Saya nasihatkan pergi sendiri dan bawa segala dokumen berkaitan.
Bawa dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:-
a) Geran asal
b) Kad Pengenalan pemilik baharu
c) Dokumen berkaitan pusaka untuk proses tukar nama
d) Surat kelulusan puspakom.
e) Salinan insurans (biasanya jika anda sudah beli insurans,
ianya akan terus dimasukkan ke dalam sistem).
f) Dokumen-dokumen lain (sekiranya diminta).
5) Proses selesai. Anda sudah boleh gunakan kenderaan tersebut di jalan raya.
Pasangan sama cantik sama padan ini baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 5 semalam. Menurut Datin Fouziah Gous, ulang tahun perkahwinan ini adalah cukup bermakna apabila dia dan suami, Datuk Zhafran Yusof berpeluang mengerjakan haji bersama.
Menerusi catatannya di laman instagram semalam, Fouziah memberitahu “5 tahun bersama,hadiah yang tiada nilai buat kami ialah Allah menjemput kami untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5 pada tahun ke 5 #anniversary tanpa kami rancang.
“5years together and InsyaAllah till Jannah. Happy anniversary sayang. Thank you Allah❤️,”tulis Fouziah dikapsyennya.
Pasangan ini memiliki dua cahaya mata Zeeshan Yusuf, 3 dan Zaheen Yusof Md Zhafran, 1. Usai pulang dari Tanah Suci, Datin Fouziah juga dilihat mengenakan hijab.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.