Simpan Makanan Dalam Peti Ais Pun Ada Caranya Kalau Nak Nampak Kemas Tersusun!

Share

Peti sejuk memanglah semua maklum menjadi tempat penyimpanan makanan untuk tahan lebih lama.  Atas alasan ini juga, kalau boleh semua benda ingin disumbat dalam peti sejuk.

Akhirnya peti sejuk sarat dengan pelbagai jenis makanan dan sukar pula untuk dicapai. Malah nampak berserabut dan tidak kemas pula.

Untuk itu,  ada teknik  yang harus dipraktikkan untuk menjadikan peti sejuk walaupun banyak barang di dalamnya,  namun tetap nampak kemas dan teratur.

Cara pertama dan cukup popular adalah dengan menggunakan container dan ini kelebihan apabila memilih cara ini.

• Lebih kemas dan tersusun
• Senang nampak dan ambil
• Senang susun (bekas seragam saiznya)
• Tidak bocor (sesuai jika kandungan cecair)

Pun begitu,  tidak dinafikan menggunakan bekas akan memerlukan ruang yang besar dan jumlah bekas yang banyak juga mesti disediakan

Oleh itu ada cara lain pula boleh digunakan bagi yang tidak mempunyai peti ais yang besar iaitu dengan menggunakan  plastik berzip untuk menyimpan makanan ke dalam peti sejuk untuk lebih jimat ruang.

Pun begitu,  cara ini ada sedikit kelemahannya di mana makanan yang disimpan akan bertindih-tindih, bimbang kemungkinan plastik bocor dan sebagainya. Namun masih praktikal untuk nampak kemas sempurna.