Menyentuh tentang cara menyimpan bahan-bahan masakan seperti daun sup, halia, cili kisar, santan atau sebagainya mesti ada cara yang tersendiri.
Contohnya apa yang dikongsikan oleh Teresia Laleng ini bagaimana caranya menyimpan lengkuas agar tahan lama dan memudahkan untuk digunakan pada bila-bila masa.
Jom semak perkongsiannya itu.
Maaf ya…ini bukan ice-cream! Ini cara saya simpan lengkuas yang sudah dikisar.
Biasanya, saya akan kisar lengkuas dengan serai sekali ttpi memandangkan serai tepi rumah tak berapa elok maka saya kisar lengkuas sahaja.
Bila2 masa nak pakai..ambil sebtg dan klau masakkan tak byak..boleh pkai setengah batang…..
Just for extra precaution….tell you little one or family members, that this is not ice-cream and i am sure..they will understand…Stay home and have a good day…
Ads
step 1 : Lengkuas dihiris -hiris
Ads
Step 2 : Kisar halus dan masukkan ke dalam bekas.
Step 3 : Masukkan kisaran ke dalam plastik aiskrim dengan cara seperti gambar. Kemudian ikat kemas dan bekukan.
Bila bercakap tentang pemanis mulut waktu raya, mesti dodol yang pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda wajik juga merupakan salah satu menu raya yang digemari ramai. Wajik juga mempunyai tekstur yang sedikit kenyal dan rasanya yang manis dan berlemak.
Tak susah pun nak buat wajik ni, hanya ikut sahaja cara yang dikongsikan oleh Seri Ibrahim ini. Katanya ini resipi asli daripada ibunya dan sedikit berbeza dengan wajik yang biasa.
“Wajik pulut ni resipi tradisi dari bonda saya. Guna gula melaka asli. Untuk makluman, wajik ni jenis pulut keras ye.
“Kalau kita makan pulut dia keras rangup dan tak kembang. Kita orang melaka memang tak suka makan wajik kembang,” tulisnya.
Wajik Pulut Gula Melaka
Bahan-Bahan:
Beras pulut 1kg
Gula melaka asli 900gm (gula melaka asli boleh beli kat melaka. Guna gula melaka fake confirm tak jadi. Seriously)
Gula pasir tebu / gula merah 3 sudu
Gula pasir 1 cawan..
Santan 1kg (guna santan asli ye.. tak mau santan kotak.. Nanti kurang aslinya)
Daun pandan 2 helai
Cara-Cara:
Rendam beras pulut sehingga kembang dalam 2-3 jam bolehla.
Lepastu kukus pulut sehingga masak. Jangan lama sangat nanti wajik kembang.
Lepastu sejukkan pulut dan buang bahagian tepi yang kembang tu. Tak mahu masukkan pulut yg kembang.
Kemudian masukkan santan, gula melaka, gula merah dan gula pasir ke dalam kuali.
Masukkan sekali daun pandan. Siatkan daun pandan dan simpulkan. Kacau sehingga pekat dan buih membuak (mak saya guna istilah sehingga air gula dah tangkap betuk).
Keluarkan daun pandan, kemudian masukkan pulut tadi. Kacau sehingga pekat dan beras pulut bertukar jd keputihan. Kena kacau je dgn api perlahan sbb takut hangit..
Bila dah masak, keluarkan wajik dan letak dalam bekas yang dialas daun pisang yang sudah dilayur. Tujuan dia untuk menaikkan lagi aroma dia.
Kalau nak tahan lama org kata kacau sehingga naik gula.
Bagi peminat-peminat tempe, anda pastinya gemarkan ianya dimasak garing dengan kicap ataupun sambal. Namun jika ianya sudah lemau, pasti anda kecewa untuk makan hidangan yang kebanyakkan di gemari oleh masyarakat Jawa ini.
Jika anda tidak mahu ianya lemau, pastikan anda mengikut petua yang diberikan.
Kalau guna 6 petua di bawah, confirm sambal tempe tahan lama dan sedap!
6 PETUA SAMBAL TEMPE KEKAL RANGUP WALAUPUN DAH LAMA BUAT
Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin. Actually sebelum ni pun ramai juga tanya Ira tips buat sambal tempe. So hari ini Ira kongsikan 6 tips sambal tempe rangup dan tahan lama.
1. Guna cili kering kisar
Cili kering tu jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang half jug blender tu, air pula bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Lepastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.
2. Tempe, kacang & ikan bilis goreng asing
Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan goreng asing-asing. Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.
Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.
3. Bawang putih & bawang holland blend
Bawang pula jangan guna bawang tumbuk. Blend juga. Guna bawang putij dan bawang holland, ok?
4. Gula
Gula pula Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna gula apong. Seriously lagi sedap. Gula apong ni spesis gula melaka cumanya gula apong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.
5. Jangan guna sos cili, tomato & segala jenis sos
Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.
6. Potong tempe nipis-nipis
Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.
Itu la 6 tips utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Selamat mencuba!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...