Umum antara kita mempunyai cara tersendiri untuk memastikan stok bahan-bahan basah yang disimpan kekal elok dalam masa yang lebih lama.
Pun begitu, andai ada yang belum mengetahui tekniknya apa kata praktikkan cara yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.
Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang² tu saya share la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup, dll.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama.
Asalnya dulu saya simpan halia & lengkuas jer dalam freezer.. Tapi bila anak asyik kerap batuk & kena sentiasa standby daun sirih sepanjang masa (untuk saat² terdesak), saya mula simpan sirih & daun² herba yang lain dalam freezer gak.
Lepas tu saya start simpan daun² macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai, dll lak.
Ads
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air).
Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air.. Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu..
1) Walau simpan apape pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik.
Ads
Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer.. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan, etc.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca jer. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Ads
P/s: Untuk sayur²an boleh gak guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil.
Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi..
Sejak PKP ini ramai antara kita bekerja di rumah, tentu perlukan cara masakan yang mudah dan cepat. Salah satu cara yang cepat, adalah menggunakan pes yang telah dibuat lebih awal.
Pes ini membantu hidangan di masak dengan cepat. Menarik dengan perkongsian puan Sapina Shahabudin telah menyediakan 6 pes untuk memudahkan masak dengan cepat.
Ikuti resepinya.
Resepi Pelbagai PES Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper.
Gambar sekadar hiasan.
Pes Ikan Bakar 1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus. 2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak. 3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis 1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan 1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering. 3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. (Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
Kuah Black Pepper 1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut. 2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter. 3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar 4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap 5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam 6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah 7. Masak hingga pekat dan naik bau. (Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis 1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi. 2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak. 3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api. (Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
Pes Asam Pedas Tumis 1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. 3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 4. Masukkan garam/perisa. (Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.) Selamat mencuba
Sumber: Sapina Shahabudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak suka makan pucuk ubi. Buatlah apa menu sekalipun, pasti habis licin bila dihidang. Tapi resipi kali ini lebih istimewa kerana ianya dikongsikan sendiri oleh Datuk Rizalman menerusi Ig Live suatu ketika dulu. Sampai sekarang resipi ini menjadi viral sebab memang rangup dan sedap.
Bagi peniaga-peniaga, anda mungkin boleh mengkormisialkannya untuk perniagaan anda. Kalau makan dengan nasi panas ni, memang terangkat.
Resipi ini telah dikongsikan oleh peminat tegar pereka fesyen terkenal tanah air ini di laman Facebooknya.
Pucuk ubi di basuh dan lap kering atau dah basuh kibas-kibaskan bagi air nya kering baru pesiang.
Jika ada air nanti mase goreng merecik. Habis muka yang lawa tu
BAHAN-BAHAN:
1 besen besar pucuk ubi – basuh bersih & keringkan 1 mangkuk kecil ikan bilis – basuh bersih, keringkan & gaul tepung beras
2 biji bawang besar – hiris 1 keping asam gelugur 1 inci belacan 1 keping (sebesar tapak tangan) ikan kurau masin – goreng, kiraikan isinya & kisar kering Segenggam cili kering – rebus, basuh, toskan & kisar kering Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, tuang minyak masak yang banyak dan biarkan minyak panas. 2. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup. Toskan.
3. Kemudian goreng ikan bilis hingga rangup. Toskan juga minyaknya.
4. Tumis bawang besar hingga garing.
5. Masukkan cili kering dan kacau. Masukkn garam dan gula secukup rasa. (gula kena letak lebih sikit) Kacau lagi.
6. Seterusnya masukkan belacan dan asam gelugur. Kacau.
7. Tumis sampai cili masak dan sedikit kering sedikit. Masak lagi.
8. Masukkan ikan kurau, kacau diikuti dengan ikan bilis. Tutup api
10. Masukkan pucuk ubi dan gaul perlahan-lahan hingga rata. Jangan gaul kasar-kasar supaya elak pucuk ubi jadi hancur.
11. Bila sudah rata elok, angkat Pucuk Ubi Goreng dan letak dalam besen atau bekas bersesuaian. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan sejukkan di bawah kipas.
12. Bila Pucuk Ubi Goreng sudah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
13. Hidangan ini mampu tahan 2 minggu.
Notes : Guna kuali yang besar supaya senang nak gaul sebati.
Terima kasih ye Datok RIzalman
Kuali atau periuk kesayangan bocor pasti membuatkan ibu-ibu berasa ralat. Apa lagi jika itulah yang selalu digunakan untuk memasak. Walaupun ada yang lain, namun tidak sama dengan satu ini.
Jika sayang sangat dan bocornya sedikit sahaja, jangan terus buang, jom cuba beberapa cara ini untuk menampal kembali tempat berkenaan.
KAPUR MASAKAN
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya orang gunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Satu lagi cara yang menarik untuk tampal periuk bocor ini dikongsikan oleh Puan Normah Bahari. Senang betul, cuma guna kulit pisang!
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalamannya, walaupun dah basuh berkali-kali, periuk dah tak bocor lagi. Mungkin getah pada kulit pisang itu yang menahan kebocoran dengan begitu berkesan. Cubalah!
KERTAS ALUMINIUM
Akhir sekali, cara yang paling biasa orang buat untuk tampal periuk yang bocor adalah dengan menggunakan kertas aluminium. Rupa kertas ini sikit-sikit macam aluminium foil dan biasanya dah siap berpelekat. Tinggal tampalkan saja di bahagian periuk yang bocor tadi.
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki.
SELAMAT, TAK PAYAH BELI BARU!
Memang jimat kalau praktikkan tips ini. Tapi, ia praktikal untuk lubang yang kecil saja ya.
Kalau tak ada periuk yang bocor buat masa ini, save dulu untuk kegunaan akan datang. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan agar lebih ramai dapat memanfaatkannya.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan...