Zaman sekarang semuanya dihujung jari, macam-macam info dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna dan semua itu cukup memudahkan kita. Selain untuk tujuan shoping online umpamanya yang mana memang diakui ramai antara kita suka akan adanya aplikasi pembelian dalam talian ini, pun begitu tidak dinafikan dalam pada masa yang sama kita kaum ibu-ibu juga bijak dalam menabung dan melabur di Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Jika sebelum ini transaksi dilakukan melalui bank-bank tertentu dan ada caj yang dikenakan, pun kini adalah lebih bagus jika dilakukan melalui MyASNB yang mana tiada caj dikenalan. Ingin tahu detail langkah-langkahnya, ini dikongsikan oleh Nur Aliah. Jom fahaminya.
Ruginya Kalau Tak Tahu Cara Paling Mudah Nak Simpan Duit #ASB Melalui MyASNB
Lia yakin dan percaya hampir 80% penduduk Malaysia tak tahu lagi ada cara yang sangat mudah untuk simpan duit ASB ni tanpa ada bank charges RM1.00 !
Seperti yang kita semua tahu, kalau nak simpan duit ASB melalui Maybank atau CIMB, biasa akan dikenakan charges RM1.00 sekali transaksi. Cara yang Lia nak guide ni tak ada sikit pon apa-apa caj yang dikenakan.
Terbukti sebabnya Lia dah cuba simpan duit ASB melalui MyASNB dan guna bank CIMB dan Maybank untuk transfer, berita gembiranya adalah kedua-duanya tidak dikenakan apa-apa caj pon.
Lebih dasyat lagi, dari semua bank tempatan dan oversea pon boleh seperti HSBC, OCBC dan lain-lain.
Jadi mulai dari hari ini kita boleh la simpan duit ASB dengan senang hati. Di bawah ni Lia akan kongsikan step-by-step cara paling mudah untuk simpan duit ASB melalui MyASNB.
Semoga bermanfaat!
Nota tambahan : Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am – 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum.
Sebagai ibu bapa, kita berhak untuk didik dan membimbing anak-anak mengikut acuan kita selagi tidak salah dari sisi agama.
Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T. itu yang cukup kita bimbangkan.
Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi dalam masa yang sama kena ada ketegasan dan pastikan mereka ikut arahan.
Sebab itu sebagai ibu bapa, normal untuk kita memanjakan anak-anak, tetapi jangan keterlaluan sehingga anak boleh ‘pijak kepala’.
Perkongsian oleh saudara Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat. 5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya.
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya.
1. Mak ayah mula jadi overprotective
Anaknya tak boleh disentuh dan tak nak anak susah langsung! Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting. Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti.
2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak
Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.
3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta
Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan. Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak. Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.
4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis
Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis. Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!
5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya
Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak. Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya. Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.
Minggu ini ramai ibu bapa meluahkan rasa syukur setelah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Biarpun hanya RMM150 untuk seorang anak, bantuan ini amat dihargai terutama bagi yang mempunyai ramai anak.
Ia membantu mengurangkan beban kepada keluarga. Dalam pada itu, lain pula cerita sebuah keluarga ini.
Ibunya hadir untuk menerima bantuan berkenaan, tanpa di sangka, anaknya mahu menyimpan untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
Terkejut ibu melihat impian anaknya yang masih kecil, usia baru tujuh tahun sudah memikirkan mengenai simpanan untuk persekolahannya.
Kisah yang inspirasi. Biarpun nampak biasa-biasa tetapi menjadi teladan untuk mendidik anak supaya tidak boros. Bahkan menggunakan duit untuk manfaat yang baik.
BARU TUJUH TAHUN DAH PASANGAN IMPIAN BELAJAR KE JEPUN
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Pergi sekolah Uwais untuk terima RM150 Bantuan Khas Awal Persekolahan.”
“Uwais kata dia nak simpan dalam bank untuk tabung sambung belajar dekat Jepun. Umur baru 7 tahun cita-cita dah tinggi anakku ni.”
“p/s : Terima kasih kerajaan baru atas duit BAP ni “
BAP SEMUA ISI RUMAH TERIMA SUMBANGAN
Umum mengetahui bahawa, Kementerian Pendidikan mengagihkan segera dana Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi sesi persekolahan 2022/2023 bermula Isnin lalu (14/1/2023).
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.
Dokumen yang perlu dibawa ketika penerimaan wang BAP
Antara yang perlu diberi perhatian adalah
1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.
2) Sila bawa bersama – Sijil lahir/kad pengenalan murid – Kad pengenalan ibu bapa/penjaga. – Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)
3) Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.
4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.
5) Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.
6) Fasa 1 akan diserahkan pada a) 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat b) 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima c) 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam
Tak dinafikan jadi ibu ni besar tanggungjawabnya. Bagi surirumah, kerja yang perlu dibuat semestinya tidak akan habis. Di tambah pula bagi yang bekerja, bertambahlah beban yang dipikul sehari-hari. Dengan nak melayan anak lagi! Fuhhh.
Bila dah sibuk banyak kerja, mula la datang stres melanda diri. Waktu tu, bukan sahaja tak mampu nak fokus pada kerja, emosi juga terganggu sehingga boleh mengalirkan air mata! Tanpa sedar, rupanya anak melihat apa yang kita sedang alami.
Bila berhadapan dengan situasi tersebut, apa yang perlu ibu buat? Jujur atau berdalih supaya anak tidak tahu apa yang ibu rasa? Bagi yang ragu-ragu boleh tengok perkongsian dari Puan Wawa Shauqi.
Jadi mak ni, ada waktu yang saya akui, saya lost balance. Nak jadi mak, nak jadi isteri, nak jadi life planner, nak cope dengan kepenatan mengandung. Semua nak pikul dalam satu masa.
Beberapa minggu lepas, saya burn out. Kepala rasa tepu sangat. Tak terpikul dah rasa.
Malam tu saya menangis teruk. Kebetulan, husband pula sibuk mengurus hal hantar ambil abah dari Pahang ke IJN, balik ke Pahang.
Saya tinggal semua kerja rumah dan menangis di bilik. Datang Aqlan si 6 tahun tu memujuk. Macam anak kecik, saya terus peluk dia. Bahu saya digosok-gosok lembut.
Beberapa minit lepas tu, lega sikit rasa. Agak-agak dah reda, Aqlan tanya saya.
“Mama ok?”
“Mama overwhelmed. Mama stres. Rasa tak larat dah nak kerja.” Kata saya. Tak segan dah tunjuk muka huduh, berselaput air mata.
“Kalau mama tak larat, mama rehatlah dulu. Mama ajar Aqlan. Nanti boleh Aqlan tolong mama sikit-sikit.”
Katanya.
Dengan anak saya yang ni, memang saya sejenis telus je cerita hal ehwal perasaan. Dah macam kaunselor saya buat dia. Bila dia pulak datang mengadu, saya pulak jadi kaunselor dia.
“Mama kena buat apa ye Aqlan? Mama kena berenti kerja ke? Mama kena usaha lagi?”
Saya cuba menguji dia.
“Ikut mama la. Mama nak berenti boleh. Tapi Aqlan suka mama usaha lagi.”
Katanya dengan tenang. Sambil tangan menepuk-nepuk belakang saya.
Waktu awal-awal jadi mak dulu, saya skeptikal juga. Takut sangat, bila kita mudah zahirkan air mata depan anak, anak pun ikut fragile. Tapi, pandangan saya berubah, bila dengar sendiri dari nasihat psikologis.
“It’s healthy. As long as we model healthy coping strategy.”
Meluahkan tak sama dengan mengeluh. Bila kita mengeluh, anak pun belajar mengeluh. Tapi meluahkan emosi yang dihadapi, ia berbeza.
Maknanya,
1) Lebih baik kita telus dan terbuka dalam meluahkan kita punya masalah dan perasaan. Berbanding kita sorok dan tidakkan perasaan sendiri.
2) Bila kita lebih terbuka, dan validate perasaan sendiri, anak pun lebih terbuka dengan masalah yang dia hadapi. Dari situ datangnya rasa selesa untuk mereka datang berkongsi. Dan jadikan kita tempat nak merujuk.
3) Sebaliknya, bila kita sorok masalah, dan tidakkan kesedihan yang kita lalui, anak cenderung untuk ikut sorok masalah dan perasaan sendiri. Itu lebih berbahaya dan meningkatkan risiko depres dalam diam.
4) Kajian dari Journal of Psychology pernah memetik, mak ayah yang selindungkan stres dan masalah yang dihadapi, interaksi di antara anak-anak lebih dingin. Dan hubungan sihat antara anak-anak dan parents susah terjalin.
5) Apa yang terbaik adalah, kita terus terang pada anak. Dan tunjukkan cara kita handle rasa stress tu.
6) Antara ‘coping strategy’ yang boleh kita modelkan pada anak adalah :
🟡 Selesa luahkan perasaan pada anak
🟡 Positive self talk : “Insya Allah, mama akan usaha lagi.”
🟡 Bertaawuz
🟡 Berdoa minta petunjuk Allah
🟡 Deep breathing
🟡 Peluk untuk dapatkan support
🟡 Tulis list strategi/ solusi, macam mana nak selesaikan masalah tu.
.
Awal tu memang tak yakin. Takut anak pun ikut fragile dan tisu macam kita. Sebaliknya saya nampak anak saya ni lebih pandai ekspresikan apa yang dia rasa. Syukur alhamdulillah.
Especially Aqlan. Sebab dia lebih banyak dapat kesempatan berbicara secara terbuka bab emosi dengan saya. Dia tak sempurna. Kuat merengek juga. Kalau marah tu, keluar juga suara singa.
Tapi alhamdulillah, dia mampu terbuka ekspresikan apa yang dia rasa. Dia tak kekok nak minta tolong untuk cope emosi yang dia rasa susah nak cope. Dan masya Allah, dia boleh namakan emosi kompleks yang dia lalui.
.
It’s hard. But possible.
Semoga anak-anak kita jadi anak-anak yang beruntung. Sebab ada mak ayah sendiri sebagai tempat yang selamat untuk mereka tuju. Dan bahu untuk anak bersandar bila rasa perlu.
Meneliti di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini. Malah ada juga yang mengakui dan turut buat benda yang sama pada anak-anak mereka.
Sumber : Facebook Wawa Shauqi
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di