Bagaimana ibu-ibu uruskan duit raya anak? Simpan dalam ASB, Tabung Haji atau belikan anak mainan dan kelengkapan sekolahnya? Semuanya terpulang bagaimana ibu-ibu merasa pentingnya untuk anak-anak kita.
Mungkin jika tidak menyimpan, ibu-ibu punya cara lain untuk adakan duit tabungan anak-anak. Soalnya bagaimana?
Cara yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett ini boleh juga kita contohi. Inspirasi dan motivasi untuk ibu ayah lain di luar sana.
Hidup aku tak senang. Jadi sejak aku mula mula posting kerja tahun 2015, aku terus tolak gaji ke account anak-anak. Aku tak cukup makan takpe, janji simpanan anak-anak ada.
Ads
At least kalau aku susah pun, ada duit untuk dorang sambung belajar. Aku sangat berdisiplin. Sengkek tak boleh makan sekalipun, aku takkan curi duit anak-anak. Mereka amanah aku. Jadi aku perlu jujur dengan diri sendiri.
Ramai orang bagitau aku, kau pun tak cukup makan. Lagi nak menabung untuk anak. Aku jawab ” takpe, kalau ikutkan perbelanjaan harian, duit berapa-berapa pun takkan pernah cukup”. Sebab duit ni berhantu, ada sikit tak cukup, ada banyak pun tak cukup. Jadi aku belajar punya kewangan yang sedikit harini, demi kesenangan masa depan.
Walaupun dah berenti kerja, aku tetap konsisten tiap bulan pergi masukkan duit simpanan anak anak. Ada sikit simpan sikit, ada banyak simpan banyak. Yang penting konsisten. Segala duit raya anak, duit orang sedekah kat anak, masuk sini semuanya ye. Jangan pernah guna. Nanti tak terganti?
Ads
Orang cakap lagi “bila la nak banyak duit tu kalau kumpul sikit-sikit je, sampai tua lah gamaknya menabung”. Tapi aku tetap tak kisah. Aku menabung sahaja semampu aku. Sebab aku percaya, sedikit itu lama-lama boleh jadi bukit.
Pada tahun 2018, dimana anak-anak aku baru berumur 5 tahun, 4 tahun dan 1 tahun. Tapi simpanan mereka mengalahkan orang dewasa yang lain.
Ads
Maka menabunglah. Berjimat cermat. Usah dengar kata kata orang.
P/s : Point penting kat sini. Menyimpanlah. Menabunglah. Amount tu belakang cerita??. Helaian buku banyak skip. Kalau snap semua tak muat gambar?
Wow hebatnya! So ibu ayah sila contohi ibu ni. Tak penting pun berapa banyak kita simpan tapi hasilnya dikemudian hari kalah orang dewasa. Kita? Masih tak terlambat nak contohi wanita ini. Jom!
Dalam hidup ini kita perlu merancang untuk kemajuan pada masa hadapan, lebih-lebih lagi setelah hidup berkeluarga. Tidak boleh lagi hanya sentiasa berada ditakuk yang ada tetapi perlu berusaha dengan pelbagai cara untuk menggandakan pendapatan bagi memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga agar kita dapat hidup selesa di masa akan datang.
Begitulah juga dengan Haziq Nadzli dan pelakon Eyra Hazali apabila mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan makanan sebagaimana yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini.
Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 24, meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar pembukaan restoran baharu suaminya, Haziq Nadzli mendapat tempat di hati orang ramai untuk menjamu selera.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan restoran tersebut terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru dan akan mula beroperasi pada 19 Januari ini.
“Alhamdulillah, tahniah sayang. Semoga Allah membimbing dan memberkati anda dalam segala hal. Semoga perniagaan anda berjaya di tahun-tahun akan datang.
“In Shaa Allah restoran kami akan dibuka pada 19 January 2023 ( Khamis ) di Bandar Dato Onn,Johor Bahru. Boleh search Haziq Shell’All’Out di google maps ya. Kedai beroperasi dari 4 petang – 12 tengah malam. Jom datang ramai-ramai,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Eyra juga ada memuat naik beberapa keping gambar dia dan anak beranaknya berada di sekitar restoran berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah selain mendoakan perniagaan diusahakan pasangan itu akan laris serta berjaya.
“MasyaAllah Tabarakallah congrats eyra&haziq. Mabrouk ❤️❤️❤️,” tulis salah seorang warganet.
“Yeahhhhh haziq shellout blkg aeon dato onn mmg ngam sangat tmpt korang pilih ni sbb tgh naik market kwasan cantikk tahniah haziq&eyra,” ujar yang lain pula.
“Wahh tahniah. Pandai pikir Masa depan,” komen netizen yang tumpang rasa bangga.
Malah tidak kurang pula ada antara peminat pasangan ini menyakat dengan harapan bila berkunjung ke restoran tersebut dapat bertemu dengan kedua-dua anak mereka iaitu Hayder dan Endra yang comel.
“Okay. Make sure hayder jadi penyambut kat pintu heheheheh”, komen salah seorang peminat.
“Kalau dtg dpt jumpe hayder & endra tak? Hehee,” usik yang lain pula.
Tidak semua suami boleh ‘turun’ ke dapur memasak seperti kaum isteri untuk menguruskan makan minum ahli keluarga.Malah ada yang kelihatan kekok untuk memegang peralatan memasak.
Namun sebaliknya bagi lelaki ini yang pernah viral ekoran perkongsian menguruskan tiga orang yang masih kecil setelah kematian isterinya tahun lepas.
Kisahnya menjadi inspirasi termasuk hal memasak untuk hidangan buat anak-anak. Baru-baru ni bapa hebat ini berkongsi cara membuat pancake dengan mudah. Jom semak cara membuatnya.
Orang lelaki, korang patut tahu masak benda ni.
Walaupun kau hanya tahu jerang air dan masak megi sahaja, resepi ni adalah sangat mudah dan kau patut belajar untuk pikat dan impress isteri kau, anak-anak kau atau mak dan ayah kau.
Takkanlah nak harap bini atau mak jer yang masak kan?
Seminggu sekali di pagi Sabtu atau pagi Ahad kau lebih awal masuk dapur dan berilah kasih sayang pada mereka dengan menabur cinta di atas kepingan pancake yang lazat ini.
Saya dah ejas resepi ni agar mudah dan sedap. Rangup sedikit di luar dan gebu ya amat di dalam. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal kejadiannya. Ada manis sedikit, masin sedikit, lemak sedikit dan sungguh enak di makan begitu saja ohhhh, ehh termenyanyi pulak.
Kau baca baik-baik resepi ni dan lepas Jumaat nanti kau singgah kedai dan beli bahan-bahannya. Sabtu pagi bolehlah kau “surprisekan” bini dan anak-anak atau mak dan ayah kau.
Bahan Untuk Pancake. ——————— 1 cawan (150gm) tepung gandum/tepung biasa tau. 1 cawan (250ml) susu (segar, low fat, full cream) semua boleh. 2 sudu besar mentega (butter) kau cairkan. 2 sudu besar gula (sudu yang kau buat makan tu) 1 sudu kecil garam halus (jangan kau ceduk membukit pula) 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) 1 sudu kecil perisa vanilla. (kalau tak ada tak apa) 1 biji telur yang dibasuh. (Kalau tak tulis dibasuh tu nanti netizen kecam. Kau tahulah orang kita ni macamana)
Dah, 8 bahan tu sahaja. Silap-silap semuanya dah ada kat rumah kau. Cuba tanya isteri atau mak kau.
Bahan Untuk toppings – pilihan ——————————- Maple syrup Madu Aiskrim Strawberi, blueberry atau ceri beri Pisang Atau apa sahaja yang sedap.
Cara nak buat. ————— 1. Kau panaskan kuali yang tidak melekat (non-stick pan) guna api paling kecil sahaja. Kemudian kau masukkan 2 sudu besar butter tadi dalam tu. Dah cair kau tuangkan butter tu dalam blender.
2. Kau masukkan semua bahan lain dalam blender lepas tu kau blend sampai rata semuanya. Telur tu basuh dan pecahkan yer, jangan masuk sebijik dengan kulit tu pulak. Bukan boleh harap sangat orang lelaki ni.
3. Lepas tu kau tuang dalam bekas, dan carilah senduk kat dapur tu. Kalau cari tak jumpa atau kau tak tau rupa senduk macam mana, jangan susah hati.
4. Panaskan balik kuali tadi dan ambillah cawan dan kau ceduk adunan tadi guna cawan dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali. Atau kau rasa malas, kau boleh tuang terus jer dari blender tu ke dalam kuali. Bila tuang tu agak-agaklah, bila nampak saiz tu dah cantik kau stop lah. Jangan habiskan secawan tu pulak.
4. Kau tunggu sampai nampak adunan tadi berlubang-lubang penuh biasanya dalam 2-3 minit macam tu dan kau balikkan. Kalau nampak hangit maknanya api kuat, kau perlahankan lagi. Kalau nampak perang keemasan tu maknanya api dah cun, level Janna Nick dah tu.
5. Bila dah balikkan tu kau tunggu dalam 2 minit atau kau boleh guna sudip dan jenguk bahagian bawah tadi tu samada dan golden brown belum. Jangan sampai terbakar kening yer. Biasanya 2-3 minit dah cantik.
6. Kau angkat lah lepas tu dan masukkan ke dalam pinggan yang paling cun ada kat dalam rumah kau tu.
7. Kalau nak hidang untuk anak, kau cedukkan aiskrim dan renjiskan maple syrup atau madu. Pagi-pagi makan aiskrim best woih. Kemudian potong nipis-nipis pisang atau strawberi kalau kau rasa diorang suka.
8. Kalau nak hidang kat mak atau ayah kau, boleh cuba letakkan butter bersama maple syrup. Kemudian kau hias dengan pisang atau strawberi.
9. Kalau nak hidang kat bini maka kau renjiskanlah madu. Cukup power dah.
10. Lepas tu kau hidang dan jemputlah isteri dan anak-anak kau menikmatinya. Kau pasti akan nampak anak bini kau senyum gembira. Kau pula rasa puas. . Resepi ini boleh dapat sekitar 7-9 keping penkek. Kalau nak makan ramai kau gandakanlah semua bahan-bahan yer.
Berikut gambar membuatnya:
Kalau anak kau dah besar sikit, esok hari atau minggu depan(selepas kau terrer) kau boleh ajak diorang masuk dapur dan buat sama-sama. Bila kau kerap buat nanti kau akan pandai guna kuali dan lambung flip sahaja tanpa guna sudip. Time tu anak kau akan ternganga dan bunyai wow sahaja.
Gerenti diorang sayang kau ketat-ketat.
Bini kau pulak jangan cakap lah, dah bagi madu tadi kan?
#chefsuperdaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...