Meskipun daun kunyit menjadi pelengkap ramuan untuk menyedapkan lagi masakan rendang mahu pun gulai, namun penggunaannya tidaklah begitu menyeluruh dalam masakan harian lainnya.
Jadi bila dibeli seikat daun kunyit dan umumnya kita hanya akan menggunakan sehelai sahaja dalam masakan. Lalu selebihnya akan disimpan untuk digunakan di masa akan datang.
Pun begitu, apa yang menjadi masalahnya adalah daun kunyit akan menjadi kering bila disimpan di dalam peti sejuk. Dan bila hendak digunakan, rasa tidak puas hati pula melihat keadaan daun kunyit yang layu dan kering.
Pun begitu, tahukah anda ada cara atau trik yang boleh dilakukan untuk pastikan daun kunyit yang disimpan kekal segar dalam jangka masa yang lama.
Bagaimana caranya itu, jom kita baca perkongsian daripada Huda Zainal ini.
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi.
First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar.
Step 1
Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
Step 2
Basahkan kitchen towel tu. Biar dia lembab.
Step 3
Masukkan daun kesum dan kunyit. Kalau nak guna simpan pudina pun boleh.
Step 4
Cover atas daun tu denga kitchen towel lembab juga. Lepas.tu tutup bekas. Masukkan dalam refrigerator.
Taklah membazir je bila beli tak guna.
sumber : Huda Zainal
Elak Sentiasa Lihat Angka Di Bank, Simpan Emas Lebih Berbaloi Dari Wang. Ini 10 Keistimewaannya!
Lain orang lain caranya menyimpan duit. Ada yang jenis pelaburan, ada yang simpan dalam bank sahaja dan ada yang ubah kepada emas.
Tetapi, antara banyak-banyak jenis simpanan, yang mana yang paling berkesan? Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari superdad, Khairul Abdullah ni!
Kenapa perlu simpan emas dan bukannya wang?
Nah, 10 keistimewaan emas berbanding duit kertas ialah:
1. Nilai emas untuk jangka panjang terjamin berbanding nilai duit kertas yang saban tahun semakin jatuh nilainya. Nilai duit kertas RM1000 hari ini tak akan mampu membeli barangan yang sama pada 10 tahun akan datang. Sementara emas pula terbukti dapat mengekalkan nilainya semenjak lebih 1400 tahun dahulu.
2. Emas sebagai “forgotten saving”. Simpanan untuk dilupakan. Emosi kita pada duit ialah selagi kita nampak nombor-nombor di akaun bank, selagi itulah kita akan teringat-ingat untuk berbelanja kepada perkara yang bukan keperluan. Tetapi ini tidak berlaku apabila kita menyimpan emas.
3. Emas sebagai dana kecemasan. 75% rakyat Malaysia pada tahun 2020 tidak mampu menyimpan walau RM1000 pun. Dengan simpanan emas kita lebih mudah menyimpan nilai emas sebanyak sekurang-kurngnya 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
4. Emas sebagai pelaburan jangka panjang. Menurut Tuan Azizi Ali iaitu mentor kewangan Malaysia, sepanjang 20 tahun yang lepas emas telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak 600%. Lebih lama kita simpan lebih banyak keuntungan yang boleh diperolehi.
5. Emas sebagai ‘back up’ belanja hangus. Sebagai contoh, smart phone tiba² rosak dan kita perlukan yang baru, kita boleh pajakkan emas untuk mengambil tunai dan beli yang baru dan kemudiannya tebus semula emas tersebut bila tiba masanya. Smart phone baru dapat, emas pun masih ada.
6. Emas sebagai modal pusingan bisnes. Tidak perlu untuk membuat pinjaman bank sebaliknya boleh dapatkan pinjaman di ArRahnu dengan mudah dan menebusnya semula secepat mungkin setelah mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.
7. Emas senang ditukar kepada tunai. Emas mudah dijual dimana-mana bahkan diluar negara sekali pun.
8. Kekayaan di tangan kita. Selagi emas berada ditangan kita, apa-apa yang berlaku sebagai contoh pergolakan politik atau peperangan, emas boleh menjadi penyelamat. Sejarah pelarian Vietnam semasa peperangan dulu yang sehelai sepinggang tetapi mempunyai emas, dapat memulakan kehidupan baru dinegara lain.
9. Emas aset mudah alih. 1 kilo emas yang berharga lebih kurang RM262,000 pada hari ini mampu kita simpan dan bawa dengan mudah di dalam bag galas sahaja. Rumah, tanah? Bahkan jika nak jual sekalipun, ianya sangat mudah berbanding rumah yang perlukan masa yang lebih lama. Itupun jika dah ada pembeli.
10. Emas aset fizikal mampu milik. Pada hari ini, dengan hanya RM100 kita dah boleh memiliki emas. Sebaliknya aset tanah atau rumah perlukan modal yang besar kerana tak boleh dibeli mengikut kaki persegi.
Begitulah antara keistimewaan emas yang patut kita pertimbangkan sebagai simpanan kekayaan pada masa hadapan. Ramai orang yang gagal menyimpan wang tetapi berjaya dengan simpanan emas.
Menyimpan di dalam bentuk duit kertas samada di Bank, Tabung Haji, ASB ataupun lain lain memang mudah bocor. Maklumlah boleh pergi korek selalu kan.
Cuba semak semula berapa lama duit simpanan kita boleh bertahan sehingga akhirnya dikeluarkan semula? Jika kita tidak mampu mengekalkan simpanan dimasa sekarang, bersedialah untuk menghadapi kepayahan dimasa akan datang.
Daripada menyimpan dalam bentuk duit yang selalunya berakhir dengan simpan sikit sikit lama lama masih sikit, kenapa tidak ubah cara kita kepada simpanan emas fizikal?
Menyimpan dan mengekalkan simpanan bukan persoalan pendapatan besar atau kecil tetapi persoalan membentuk tabiat dan disiplin.
Emas mempunyai auranya yang tersendiri yang akan membuatkan kita sentiasa ingin menambah simpanan emas. Bermula serendah RM100, kini semua orang mampu menyimpan dalam bentuk emas tanpa rasa emosi untuk berbelanja boros lagi. Duit selamat emas pun dapat.
Bagaimanapun harus diingat, untuk memaksimakan keuntungan, emas yang patut disimpan ialah emas 999.9 dan bukannya emas perhiasan atau barang kemas 916.
Masa terbaik menyimpan emas ialah 10 tahun dahulu atau sekarang okeh. Yer sekarang. Jom alihkan sebahagian pendapatan bulanan anda kedalam bentuk aset emas hari ini.
Sumber : Khairul Abdullah
Natural Homemade, Selain Scrub Beras Ada Lagi Pilihan Yang Best. Mak-mak Boleh Amal Untuk Wajah Mulus!
Menjaga kecantikan wajah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar jika mahu menggunakan cara alternatif yang lebih alami. Malah bukan sahaja selamat dan yang penting juga jimat kos dalam penyediaannya. Maklumlah kita menggunakan barang-barang yang tersedia ada.
Untuk itu ketahui beberapa cara penjagaan kecantikan dan bolehlah diamalkan untuk melihat hasilnya.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Buat Tomato Beku
Caranya mudah ambil beberapa biji tomato dan kemudian dihiris dua. Setelah itu masukkan tomato tersebut di dalam peti sejuk beku. Apabila beku gunakan tomato tersebut untuk dilumur rata pada seluruh bahagian wajah. Lakukan berulang kali sebelum dicuci bersih dengan air.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Untungnya ‘Dikejutkan’ Tengah Malam. Itu Tanda Allah Sayang & Rugi Kalau Disia-siakan!
Tentunya dalam lena kita setiap malam ada masanya terjaga atas sebab-sebab yang pelbagai. Mungkin terjaga kerana ingin membuang air kecil, atau terbangun anak merengek bahkan kadang-kadang tanpa sebab pun boleh terbangun tengah malam.
Peluang terjaga di tengah-tengah malam ini sebenarnya jangan disia-siakan. Ini kerana pada waktu-waktu tersebut sebaiknya tunaikan solat sunat paling tidak menurut perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri di akaun Fbnya, tunaikan lah 2 rakaat.
Berikut perkongsian penuh daripadanya.
Siapa yang biasa bangun malam, atau terjaga tengah malam, atau sekali-sekala cuba bangun malam atas apa sebab sekali pun, solatlah 2 rakaat paling kurang.
Qiyam lama-lama, rukuk lama-lama, sujud lama-lama. Bercakap-cakap dengan Allah dalam solat. Merayu dan merintih dalam setiap bacaan Al-Quran dalam solat. Menangis dalam zikir dan doa dalam solat.
Dah selesai solat, angkat tangan tinggi-tinggi. Mengadu dan bercerita dengan Allah.
Cerita tentang diri sendiri yang kepenatan. Cerita tentang ahli keluarga yang macam-macam.
Cerita tentang kehidupan yang tidak menentu. Cerita tentang bisnes yang penuh cabaran.
Cerita tentang rezeki yang susah yang amat nak datang. Cerita tentang musibah yang silih berganti.
Cerita tentang banjir yang makin mengganas. Cerita tentang covid-19 yang terus mengancam.
Cerita, cerita, cerita.
Mohon ampun dari Allah atas segala kesalahan. Mohon ditetapkan iman agar sentiasa di jalan kebenaran.
Mohon dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Mohon diselesaikan segala tanggungjawab dengan manusia.
Mohon diselamatkan dari api neraka. Mohon dimasukkan ke dalam syurga yang paling tinggi tanpa hisab.
Bangunlah di tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Dah hampir seharian kita sibuk dengan segala macam urusan dunia.
Penat dan letih tu tak payah kira la. Gaduh sana, gaduh sini. Penat badan, penat jiwa, penat perasaan.
Ambil sedikit masa di tengah malam. Hanya berdua dengan Allah, Tuhan semesta alam. Bercerita, mengadu, merintih dan memohon.
Rasulullah SAW dah sebut janji Allah di sepertiga terakhir malam.
Siapa memohon ampun, Allah akan ampunkan.
Siapa meminta, Allah akan berikan.
Siapa berdoa, Allah akan kabulkan.
Rebutlah peluang. Jangan dibiarkan berlalu begitu saja.
Tak semua orang Allah kejut untuk bangun malam. Bukan setiap malam kita dapat peluang macam ni.
Bila dah terjaga tu, maknanya Allah sayang. Terus bangkit, ambil wudhu, solat dan munajat.
InsyaAllah, ia permulaan hari yang sangat gemilang!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Buat Je Almari Tudung Ni Boleh Muat Beratus Helai, Nampak Kemas & Tersusun.
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club