Simpan Bila Kupas Kulit Bawang Merah, Bawang Putih Dan Holland, Petua Halau Semut, Ulat Beluncas Kutu Thrip Dan Bena Putih. Ini Caranya Kena Buat!

Share

Jika anda mempunyai hobi berkebun pastinya ia adalah aktiviti yang sungguh berbaloi.

Bukan sahaja terapi mata, terapi minda tetapi memberi mendatangkan pendapatan sampingan yang tidak disangka-sangka.

Ketika pandemik ini ramai yang cuba berjinak-jinak berkebun di laman rumah.

Namun yang menjadi masalahnya apabila ada serangan perosak. Akibatnya pokok mula tidak menjadi, mengecut, tidak subur dan rosak.

Ini yang buat ada yang patah semangat, baru je nak cuba berkebun tapi ada halangan pula!

Sebenarnya nak berkebun ni kena ada ilmu tentang penjagaan pokok, bukan hanya sirim setiap hari dan letak baja je. Ilmu bagaimana nak halang serangga perosak kena ada.

Selain mengunakan racun perosak, ramai yang lebih suka menggunakan cara alami.

Begitu juga dengan perkongsian puan Liyana Mohd Poad yang menunjukan cara membuat semburan hanya mengunakan kulit bawang! Cara ini mampu menghalau semut, ulat beluncas dan kutu thrip dan bena putih. Serangan serangga ni yang membuatkan daun pokok jadi rosak.

Ikuti perkongsian beliau.

Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah tak ada.

Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh.Kumpulkan semua kulit bawang dlm satu bekas.
Ni bawang bawang yg tlh dikupas. Mereka sedia untuk mmbawang. Yg ni guna utk masakan shj.
Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dlm bbrp minit.
Kemudian,isi air penuh dlm bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya.Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Slps dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yg besar sekali,cth botol jus oren twister.Tambah air paip bg penuh.Masukkn dlm botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lps tu spray pd pokok yg brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari.InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Liyana Mohd Poad

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

<<<<<

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club