Simpan Beras Nak Elak Dimakan Bubuk, Ada Tipsnya!

Share

Terlalu lama menyimpan beras, kadang kala menyebabkan kutu beras ini akan memakan isi beras.

Jika tidak dihapuskan, akhirnya beras yang simpan akan menjadi hampas dan tidak boleh di makan lagi.

Jadi begini cara atau tips yang boleh dilakukan.


6 Petua Beras Bebas Bubuk

1. Daun limau purut

Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan  bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.

2.    Daun pandan

Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan.  Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.

3. Cili kering

Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.

4.    Jemur

Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu.  Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.

5.    Daun belimbing buluh

Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.

6. Kulit kayu manis

Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras.  Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.