Simpan Bawang Tak Rosak Malah Jimat Bila Buat Begini. Memang Mudah!

Share
Kalau boleh pada waktu-waktu begini memanglah selagi ada cara untuk kita berjimat, cubalah untuk tidak membazir. Umpamanya jika sebelum ini stok bawang yang dibeli sering busuk disebabkan lambat digunakan dan terpaksa pula dibuang begitu sahaja.
Jadi apa kata anda buat cara yang dilakukan oleh Nur Farhanaa dalam memastikan stok bawang yang ada dapat digunakan sepenuhnya tanpa berlaku pembaziran. Bahkan menurutnya, bila dibuat cara tersebut proses memasak jadi lebih cepat dan mudah.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian daripadanya.
Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.
Bahan-bahannya:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
*boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
Kisar
Ekstra Tip
Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepastu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan
*kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club