



“Kesian Mesti Sunyi Waktu Saya Sibuk, Duduk Sorang Di Rumah.” Hikmah PKP, Wany Hasrita Gembira Dapat Bersama Ibu!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencoretkan pelbagai kenangan pahit manis. Setiap orang punya cerita yang berbeza. Bukan hanya orang biasa, golongan artis dan selebriti juga antara yang merasai pengalaman tersebut.
Pemenang Artis Paling Popular suatu ketika dahulu yang cukup dikenali dengan penampilan yang manis dan sopan berhijab. Bercerita tentang PKP ini, Wany Hasrita berkongsi perasaan gembiranya berada dalam tempoh tersebut.
“Jom nak share rasa happy! Apa perkara terbaik yg berlaku dlm hidup awak semua waktu PKP ni?
“Kalau saya, saya baru sedar best nya dapat bagi masa pada ibu saya, kemas rumah sama-sama, masak sama-sama, scroll shopping online sama-sama, tengok tv cerita Korea sama-sama, lagi-lagi cerita The World Of The Married sambil geram sama-sama,” tulis Wany pada satu entri di Instagram miliknya.
Menurut Wany, ketika ini dia mula sedar betapa sunyi ibunya apabila dia sentiasa sibuk bekerja sehingga balik lewat malam.
“Kesian dia mesti dia sunyi waktu saya sibuk kerja balik sampai tengah malam, dia duduk sorang kat rumah.
“Okay, nak nangis. Selagi ada masa ni, gunakan sebaik mungkin tau. Stay safe everyone,” tulis Wany yang gembira dapat meluangkan waktu bersama ibu tercinta.
View this post on InstagramA post shared by #CANGGUNG (@wanyhasrita) on
“Tak Kaya, Tapi Cukup.” Video Pasangan Suami Isteri Baru Beli Peti Ais Setelah 4 Tahun Kahwin, Undang Sebak Netizen.

Bahagia itu tidak perlu mewah. Hidup dengan cara kita seadanya. Sudah tentu mahligia yang dibina kekal harmoni.
Buat pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah tentu ada cabarannnya. Ada segelintir pasangan memilih untuk tinggal bersama mertua dahulu. Pada masa yang sama untuk mantapkan ekonomi keluarga.
Begitulah yang dilalui pasangan muda ini. Setelah empat tahun berkahwin, baru tiga bulan hidup berdikari.
Sudah pastinya ada cabaran apabila hidup berdikari. Malah menerusi perkongsian video, akaun TikTok @naziranawawi itu, mendapati pasangan ini begitu teruja dan terharu buat pertama kali membeli sebuah peti ais.
Katanya, mungkin bagi orang lain biasa namun bagi pasangan ini ia momen yang indah untuk dikenang.
“Sepanjang 4 tahun berkahwin, ini pertama kali kami membeli peti ais.”
@naziranawawiAlhamdulillah . Terimakasihh abi banyak berjuang ! Melaffyou 🤍♬ original sound – naziranawawi
Dalam pada itu, ruangan komen, pemilik akaun berkongsi bahawa mereka baru sahaja berdikari dengan duit RM300. Selepas tiga bulan baru dapat membeli peti ais.
Meninjau di ruangan komen, para netizen berkongsi pengalaman yang sama. Malah ada yang meluahkan rasa terharu melihat video berkenaan.
Sumber: TikTok @naziranawawi
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ayah Lumpuh, Mama Minor Strok & Kini Sekelip Mata, Adik Disahkan Kanser Tahap 4!

Perkongsian daripada seorang kakak berkenaan adiknya yang berusia 24 tahun dan kini sedang bertarung dengan kanser cukup menyentuh hati. Redo dengan ketentuan Ilahi, keluarga ini terus bangkit memberi semangat dan tidak putus doa disandarkan pada Ilahi agar adiknya itu tabah dan sabar melawan kanser.
Lalu, terpanggil untuk Keluarga.my berkongsi kisah keluarga ini dan diharapkan kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua yang kini sedang berjuang seperti mana saudara Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ini.
Dan ini perkongsian di akaun fb milik kakaknya Nur Arimi Suhada.
Keluarga kami antara yang terpilih untuk ujian ni .Siapa sangka doktor cakap ayah 50/50 makin sihat dan adik yang sihat tetiba sakit . Aturan Allah hebat.
Ayah – 12 tahun lepas ayah jatuh sakit lumpuh separuh badan sebelah kanan akibat kuman block saluran darah selepas cabut gigi. Doktor cakap harapan ayah hanya 50/50 sebab dia tak kenal orang, semua tak boleh . Dunia kami gelap seketika waktu itu. Tapi ayah kuat, dia tak pernah mengalah. Dalam masa setahun dia banyak perubahan, sekarang dia sihat dah, Alhamdulillah.
Mama – 5 Tahun lepas Mama pulak sakit dimasukkan ke hospital . Diserang minor strok. Alhamdulillah tak teruk sangat, sikit-sikit mama dah boleh pulih . Tapi ujian tak sampai situ je , mama pulak jatuh dan kaki dia retak . Mula-mula doktor kata boleh simen pastu akan elok tapi sebabkan mama ada kencing manis tulang tempat retak tu hancur. Orang kencing manis ni tulang dia rapuh, dah 3 kali masuk hospital nak masuk besi tapi semua cancel sebab ada masalah jantung laju. Sampai la sekarang mama kekal menggunakan kerusi roda dan masih berulang alik hopsital untuk checkup.
Adik -Muhammad Syalihin bin Mohd Bakar ,24 tahun – Tahun ni adik pula. Ramai tanya tanda-tanda dia. Dia dah lama sakit dari tahun lepas tapi dia ingatkan sakit biasa tak nak check di hospital. Tapi Rabu lepas dia tak tahan sangat dah, jadi dia mintak kami bawa dia ke hospital. Terus doktor sahkan dia mengidap kanser tahap 4 . Semua berlaku dengan cepat, kami masih lagi tak percaya . Tapi tu adalah semua ujian Allah. Kami redha. InsyAllah kami kena kuat .
Alhamdulillah dia sekarang kurang rasa down , sebab ada support dari kami sekeluarga. Ramai bagi kata-kata semangat, bagi dia happy . Esok insyAllah dia akan ke HKL balik untuk chemo sesi ke dua . Dia ade 4 sesi chemo di KL dan Ipoh .
Imbas kembali
Tanda-tanda yang adik alami, dia macam angin pasang tapi dia mengeras . Kalau angin pasang sebab lebihan lendir, tapi adik dia tak. Dia mengeras dan makin besar bahagia yang sakit tu. Kami berubat cara kampung, dua tiga tempat kami pergi, tapi tak baik-baik. Dia tak nak check ke klinik atau hospital. Setahun lebih dia sakit, kejap ok kejap tak.
Adik tak suka bercerita yang dia sakit, lagi pun sebab dia kerja, duduk rumah lain. Kami sekeluarga tidak tahu tahap kesihatannya. Pun begitu, sekali sekala tu kawan dia ada call bagi tahu yang dia tak sihat sampai pucat-pucat. Makan ubat tahan sakit lepas tu ok balik. Sampai la tahap dia tak boleh jalan, lepas tu pakcik sedara HA klinik 1malaysia datang nasihat dia minta ke hospital dengan segera.
Berlaku sekelip mata
Pada 9 Januari masuk kecemasan, 10 Januari dapat pengesahan adik ada kanser dan pada 11 Januari terus transfer ke HKL.
Hari yang pertama di kecemasan doktor dah suspect cancer tapi tak pasti tahap berapa. Lepas tu, esoknya doktor bagi tau dia cancer tapi tak bagi tahu stage berapa. Dia call minta datang ke hospital sebab doktor pakar semua nak jumpa kami . Doktor kata sel kanser dalam badan dia dah merebak ke injap paru-paru dan paru.
Jadi kena cepat chemo dan transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sekeluarga terdiam menangis rasa dunia gelap sekejap . Sampai KL selepas buat pemeriksaan penuh, baru tahu adik kini stage 4. Cancer dia germinal cell tumor.
Dia down,menangis hari-hari dan saya hari-hari bagi tahu dia yang ramai doakan dia. Ramai nak dia sihat, sejak dia balik minggu lepas saya banyak bagi dia happy ,bergurau bagi dia lupa kesakitan dia.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Sungguh besar dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini dan didoakan agar Muhammad Syalihin terus tabah dan kuat melawan penyakit kansernya itu. Teruslah berusaha dan bergantung harap pada Allah agar ada kesembuhan untuknya nanti…Amin Ya Rabb!
sumber : Nur Arimi Suhada Bakar