Simpan Air Gula Lagi Tahan Lama Bila Buat Cara Ni!

Share

Cuba kita lihat peniaga yang menjual air, mereka awal-awal lagi telah sediakan air gula untuk mudah dibancuh apabila ada palanggan ingin membeli air minuman.

Cukup pantas dan yang paling nampak berbezanya dengan apa yang biasa kita buat bila buat air kita akan menggunakan butiran gula.

Puaslah mengacau beberapa kali, namun butiran gula masih terlihat. Terkadang kita menambah lagi beberapa sudu gula dek kerana tidak terasa manis.  Apa tidaknya,  gula tidak larut sepenuhnya.

Bukankah ini menyebabkan kita membazir dalam penggunaan gula?

Tapi semua ini tak akan terjadi jika kita awal-awal sipakan air rebusan gula untuk kegunaan harian.  Cukup menjimatkan!

Jadi sebelum itu,  ketahui dulu petua nak pastikan air rebusan gula dapat kekal disimpan lama.

BAHAN-BAHAN:

Air gula
1 Sudu besar jus limau nipis

CARA-CARA:

1. Masak air gula anda seperti biasa.

2. Masukkan 1 sudu besar jus limau nipis dan masak sehingga mendidih.

3. Rendidihkan pula selama 20 minit dan sejukkan. Simpan dalam botol bersih yang bertutup. Insya-Allah air gula anda dapat bertahan lama.

sumber : Cik cikputeh Puteh via Resepi Kuih Dan Masakan