Silap Pilih Cili Kering, Rasanya Pedas Melampau Hingga Tak Tahan Nak Makan. 3 Wanita Ni Kongsi Tip Nak Kenal Pasti!

Share

Tersalah beli cili kering, silap hari bulan semua masakan yang disediakan tidak mampu dimakan dek kerana rasa pedasnya yang melampau. Jadi penting untuk kita mengetahui jenis dan ciri cili kering tersebut agar apa yang dibeli menepati selera kita sekeluarga.

Ini memandangkan cili kering ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza. Nak lebih detail, tiga wanita ini kongsikan info berkenaannya. Jom semak.

“Dalam 2 3 hari ni ramai beno yang dok ngadu pasal cili pedas..di sini saya share cara nak pilih cili tak pedas,kurang pedas dan terlebih pedas..”-Rohani AbWahab

1. Yang kiri tu nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya dan glowing jer…tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya..sebab yang ni jenis puaka niyang rapik punya rasa..extra pedas..kalau makan rasa macam nak tumbuk orang yang ada disebelah..

2. Tengah tu nampak kering kontang bagai gurun sahara..yang ni pedas biasa..pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi.

3. Kanan..yang ni nampak macam terlebih kolejen..nampak bersinar-sinar..rasanya langsung tak pedas..kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.

Manakala perkongsian daripada No Or pula berkenaan cili kering ini, ia bahagikan tahap kepedasan cili kering ini kepada 3 jenis dan boleh dibezakan dengan melihat testur dan bentuk cili kering tersebut.

JENIS-JENIS CILI KERING

Kalau bercakap tentang gred dan jenis, untuk kumpulan makanan ni, rasanya durian la yang paling top kot. Tapi kalau korang nak tau, cili kering pun ada jenis tau, dan memang ada kategorinya sendiri.

Kalau yang ekstra pedas memang la kepedasannya itu sangat menggigit. Meleleh air hidung, memang sah sah lah berapi kat telinga tu. Kalau pun korang dah tambah gula ke dalam sambal, itu pun belum tentu lagi dapat seimbangkan rasa pedasnya.

1. Kurang pedas 
Mungkin korang pun penah jumpa. Cili ni jenis cili kering yang pendek, berkilat tapi sikit ‘gemuk’ dan bulat. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas. Mungkin Cili kering jenis ini agak susah sikit nak cari di pasaran sebab harga die yang agak mahal. Biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur, popular digunakan dalam sambal Nasi Lemak.

2. Pedas biasa 
Jenis cili kering ni, jenis yang panjang dan berkedut. Nampak kering dan warnanya sikit kusam warnanya.
Bagi yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai tuk korang guna dalam masakan.

3. Super Pedas
Jenis yang satu ni pulak, kalau korang pernah perasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Cili jenis ini jugak, punyalah banyak biji. Warna die jugak merah pekat. Ada jugak jenis ini yang pendek tapi still licin dan berkilat rupanya.

Kalau nak tau, cili ni la jenis yang paling pedas dan mantap. Jangan ambil cili ini kalau korang tak makan pedas okay!

Sila kongsi pada semua rakan dan kenalan. Rasanya ramai yang selalu keliru pasal cili kering ni.

Tidak dinafikan, orang tua-tua kita kaya dengan petua dan untuk menghilangkan rasa pedas cili kering ada cara yang perlu dilakukan. Dan petua  ini juga telah diamalkan oleh  Hani Mynis dan turut berkongsi di akaun fbnya untuk manfaat bersama.

Menurutnya untuk kurangkan pedas cili tersebt apa yang dia lakukan adalah dengan merebus dan blend sekali tangkai cili kering itu. Cili kering yang kurang pedas jenisnya warna merah pudar kurang berkilat, kerinting dan saiz sederhana (bukan pendek-pendik).