
Sikapnya yang suka membantu golongan kurang bernasib baik dan susah sering mendapat perhatian.
Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri. Jika sebelum ini, beliau menawarkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang mempunyai bayi menghidap kanser, terbaharu, beliau sekali lagi menyuarakan hasrat yang sama membantu mereka yang memerlukan.

Jangan Buat Main Ubat Tahan Sakit. Doktor Ini Jelaskan.

Jangan buat main ubat tahan sakit. Memang bila makan, akan rasa sakit hilang. Namun kesannya bahaya untuk kesihatan. Oleh itu, tidak boleh makan sebarangan tanpa nasihat doktor.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.
BAHAYA UBAT PENAHAN SAKIT
“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”
Wa alaikumus salam.
Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.
Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.
.
Lebih-lebih lagi pesakit migraine, gout dan arthritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa sakit kepala, sakit sendi, dan sakit-sakit badan. Pil-pil ini memberikan kelegaan setelah diambil beberapa minit saja. Walau bagaimanapun, ubat-ubat tahan sakit ini boleh memberikan kemudaratan pada perut.
.
Pada peringkat awal ia akan menyebabkan individu tersebut akan berasa kurang selesa, dan kembung perut. Lama kelamaan lapisan dalam perut menjadi bengkak (gastritis), kemudian menjadi luka (gastric ulcer) yang boleh menyebabkan pendarahan sehingga muntah darah. Walaupun ubat tahan sakit diberikan secara suntikan dan tidak memasuki perut, ia boleh menyebabkan masalah yang sama terutama wargatua yang berumur 60 tahun ke atas.
.
Ramai pesakit yang masih muda mengalami masalah kerosakan buah pinggang kerana mengambil dan memakan ubat tahan sakit secara tidak terkawal atau mengambil ubat-ubat yang dibeli dari toko-toko jamu yang mengandungi racun terkawal.
.
Ini kerana ubat penahan sakit terutamanya jenis NSAIDs menyebabkan saluran darah menjadi kecut dan ini menyebabkan pengaliran darah yang berkurangan ke buah pinggang.
.
Saya menasihatkan agar anda lebih berhati-hati ketika menggunakan ubat tahan sakit supaya tidak menggunakannnya secara berlebihan.
#HealthDrZubaidi
Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Rahsia Kekal Aktif & Awet Muda Meski Usia Sudah 60 Tahun

Puan Sri Normala Samsudin kongsi rahsia kekal aktif dan awet muda meski usia sudah 60 tahun. Puan Sri Normala Samsudin, nama yang cukup besar dalam dunia pengacaraan Malaysia.
Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Rahsia Kekal Aktif & Awet Muda Meski Usia Sudah 60 Tahun
Memiliki raut wajah yang jelita, anak kelahiran Segamat, Johor ini seorang yang berpendidikan tinggi dan berkarisma, melengkapkan pakej dirinya sehingga menjadi tumpuan orang ramai.
Mula mencorak kariernya sebagai seorang wartawan penyiaran dan melonjak menjadi pembaca berita waktu perdana, namanya kian bersinar saat mengacara program yang pernah menjadi ikutan ramai Seulas Pinang bersama Allahyarham Aziz Desa.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, kualiti bakat yang dimiliki olehnya diangkat untuk menjadi pengacara bagi program Nona bermula dari tahun 2001 sehingga 2004. Lantas, namanya terus menjadi bualan ramai dan menjadi ‘brenckmark’ untuk setiap pengacara yang mengacarakan program tersebut.
Biarpun usianya sudah mencecah 60 tahun, suri hati Tan Sri Azmi Khalid itu tetap kekal cantik, seolah-olah tidak dimamah usia. Perkongsian dalam laman Instagramnya membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjalani kehidupan yang aktif.
Lihat saja segala aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Berbasikal, mendaki serta meneroka hutan belantara, membuatkan ramai yang teruja dengan perkongsiannya itu. Usianya tidak menghalang dirinya untuk menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Batur, Indonesia.
Menurut Normala, ia bukanlah perkara baru bagi dirinya malah, sejak umurnya tujuh tahun, dia berjalan kaki sejauh empat kilometer untuk ke sekolah. Jadi, aktiviti lasak sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.
Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh empat kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak.
Malah, tambahnya lagi, saat kecil, dia bersama arwah datuknya meredah hutan untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai. Jadi tidak hairanlah apabila ikon penyiaran ini berjaya meredah Sungai Merapoh sehingga Kampung Cegah Parah Pahang bersama 14 kru yang lain untuk program Seulas Pinang. Ramai yang teruja melihat aktiviti lasak yang dilakukan olehnya. Malah, ada yang senang hati melihat pemandangan hijau yang dikongsikan oleh Normala.
Pasti ramai yang ingin tahu mengenai rahsia menu makanannya yang menjadikan Normala awet muda dan kekal sihat. Bicaranya, dia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
SAYA SEBENARNYA KALAU NAK DIIKUTKAN, TIDAKLAH BERPANTANG MACAM-MACAM, SAYA JAGA (KESIHATAN) SEBAB SEMAKIN TUA, SEMAKIN BANYAK MAKANAN YANG SAYA ALAH SEPERTI TIDAK BOLEH MAKAN SEBAB ANGIN, KEMBUNG DAN SEBAGAINYA. CONTOHNYA, SAYA ALAH DENGAN PULUT SEJAK DARI MUDA LAGI.
Waktu lapangnya kini banyak dihabiskan bersama keluarga tercinta. Memahami jadual sibuk ketiga-tiga cahaya matanya, Asyraf Roslan, Dr Ruhila Roslan dan Rubilla Roslan, Normala sentiasa memastikan supaya dapat meluangkan masa bersama-sama, Mengadakan jamuan makan dan bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu, merupakan aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga.
Sumber: Instagram Puan Sri Normala Samsudin
Baca artikel lain juga: “Mak Kita Bukan Tukang Masak” Normala Samsudin ‘Tegur’ Jangan Berat Tulang Bila Balik Kampung
“Benarlah Kata Orang, Sayang Cucu Lain Dari Sayang Anak.” Normala Samsudin Kongsi Momen Jaga Cucu.
Tok Mama Tak Tahan Dengar Sayu Tangisnya..Normala Samsudin Sebak Lihat Cucu Berkhatan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Ramai Yang Tak Peka Dengan Ketulinan Emas…” Hati-Hati Bila Beli Emas Murah, Wanita Ini Jelaskan Sebabnya.

Tidan dinafikan ramai yang suka emas kerana keteguhan nilainya, tapi awas, jika tidak cukup ilmu, pelaburan yang disangka beri pulangan tinggi mungkin tak berhasil.
Jadi hati-hati jika bercadang memilih emas sebagai aset pelaburan. Nak tahu cara ketulinan emas itu, ikuti perkongsian wanita ini, Nurul Marjan yang boleh dijadikan panduan bagi yang bercadang membeli emas.

Ramai yang tak peka dengan ketulinan EMAS. Rata2 pembeli mencari emas termurah. Selagi mana ada yg murah, itu yg lagi di kejar. Kita tertarik dgn perkataan SALE,perkataan MURAH. Lg2 apabila blh dpat MURAH dari Harga pasaran sebenar.
Ketahuilah Rahsia sebenar….
Emas ni ada gred
Hati hati dalam membeli EMAS. EMAS mempunyai perlbgai gred MUTU emas. Mmg betul ada cop 916 999. Tpi Emas Korea pon ada cop 916. Bermakna cop sapa2 pon blh tipu. Menggunakan emas yg di proses semula tanpa penambahan emas 10.
Brg trade in di recycle untuk proses brg bru. Di sini ramai yg tidak thu, terlalu byk debu2 emas dan molecul emas lose sewaktu emas di lebur menyebabkn mutu emas kurang dri mutu 916. Dan kemudian di proses semua menjadi brg bru. Lebih2 lagi utk ukiran2 tangan yg di proses dan dibuat oleh induvidu di luar dri kilang yg tidak mempunyai SOP atau penilaian gred mutu emas.
Setelah di proses semula menjadi brg bru, sesuatu hasil brg kemas yg dibuat akan memerlukan pateri dan sebgainya utk memastikn setiap ukiran terpahat dgn baik. Secara tidak lgsg di sini jgk akan mengurangkan GRED EMAS. terdapat susut emas (debu2 emas lose) di sepnjg pemprosesan emas dilakukn.
Dan susut emas akan di nilai dan di masukkn bersama nilaian upah. Sebab itu bila orang kata mahal ya upah. Yes.. Semakin tinggi gred/kualiti mutu emas, semakin tinggi nilaian hrga susut emas tersebut dan di campur dgn cost2 pembuatan/upah penghasilan.
Ingat. Bukan murah yang perlu didahulukan. Tetapi ketulinan emas adalh sangat2 penting. Macam mana nak kenal dengan mata kasar??
Kita boleh juga bezakan dengan warna emas. Semakin kuning keemasan, semngat tinggi gred emas. Kalau suram mcm barag yang orang dah pakai lama tu, itulah yg perlu dirisaukn.
Sumber: Nurul Marjan via Update Harga Emas Semasa
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club