“Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri”
Sememangnya pasti ramai setuju bila lepas kahwin, pasangan lebih banyak pertengkaran dan selisih faham berbanding semasa mereka mengenali hati budi. Betul tak?
Mana tidaknya, dalam fasa hidup bersama ni tak semuanya berjalan dengan baik. kadang sekecil perkara pun boleh dijadikan topik untuk bergaduh. Namun, janganlah sampai berlarutan dan menjadi sesuatu yang tak diingini berlaku.
Baru-baru ini, pakar motivasi terkenal di Malaysia siapa lagi kalau bukan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah ada berkongsi tiga ayat yang berkemungkinan boleh meredakan kemarahan pasangan.
Sedang bertengkar dengan pasangan? Balas 3 ayat ini untuk tenangkannya:
1. “Saya memang marah dan kecewa juga tetapi tu semua tak mengurangkan sedikit rasa sayang saya pada awak.”
2. “Saya tahu kita tengah struggle sangat-sangat sekarang, tetapi saya takkan kemana-kemana. Kita akan tetap perjuangkan bersama-sama.”
3. “Saya nak keluar kejap. 30 minit je. Dah tenang nanti, kita bincang semula baik-baik ye,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau juga turut meninggalkan pesan kepada pasangan suami isteri sedaya upaya untuk uruskan amarah dengan baik.
“Buat para suami isteri,
“Api jangan di lawan dengan api. Perlu bertindak jadi air. Sentiasa tenang, damai dan meredakan api yang marak.
“Bertengkar dengan pasangan itu adalah benda biasa dalam kehidupan tetapi sejauh mana kita menguruskan pertengkaran itulah yang akan menjadikan tindakan kita jadi luar biasa.
“Renung-renungkan dan selamat berdamai. Binalah syurga dalam rumahtangga kamu semua ya.” tambahnya.
Sumber : facebook Dr Fadzilah Kamsah