Adam atau nama penuhnya Adam Wan Mun Yu sebelum ini menjadi perhatian apabila ahli keluarga sering berkongsi berkongsi foto dan video memaparkan rutin hariannya sebagai penghidap masalah spekrum autistik (ASD).
Terutamanya buat ayah dan ibunya, Iman Wan Tuck Meng dan Norhaida Hasan yag benar-benar membuktikan betapa besarnya cabaran menguruskan individu autistik. Orang luar boleh berkata “sabar”, hakikatnya kesabaran mereka saban hari diduga terutamanya dalam fasa-fasa Adam tantrum.
Baru-baru ini, ayahnya ada memuat naik di laman Tiktoknya dengan mengakui bahawa dia hampir ‘meletus’ dan naik tangan setelah Adam bertindak merosakkan bahagian dalaman kereta mereka. Hinggakan, dia terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk membiarkan Adam tenang secara perlahan-lahan.
“Kesabaran daddy ada had juga. Kadang2 Adam memang cabar daddy tahap yang daddy takut tak mampu kawal diri, hilang akal, dan pukul Adam teruk. Astaghfirullah Al Azim… ujian Allah hebat. Saya terlalu lemah. Sikit lagi saya dah nak naik tangan. Saya terlalu marah, tapi hanya mampu tengok dan beristighfar. YaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Tukar radio lama ke android player touch screen, klik sini!
@adamsautismfamily Kesabaran daddy ada had juga. Kadang2 Adam memang cabar daddy tahap yang daddy takut tak mampu kawal diri, hilang akal, dan pukul Adam teruk. Astaghfirullah Al Azim… ujian Allah hebat. Saya terlalu lemah. Sikit lagi saya dah nak naik tangan. Saya terlalu marah, tapi hanya mampu tengok dan beristighfar. YaAllah. Ampunkan saya… 🤲 #adamsautismfamily #autismdad #ayah #autism #meltdown #sabar #mengamuk #patience ♬ original sound – Adam’s Autism Family
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat buat mereka satu keluarga dan yakin segala kesabaran keluarga ini menjaga Adam akan dibalas dengan kemanisan. Malah, ada juga dalam kalangan tersebut cuba untuk menyumbang kos kerosakan yang dialami.
Sumber : Tiktok @adamsautismfamily