Kehamilan

Sihat Waktu Hamil, Begini Cara Kawal Berat Badan Waktu Mengandung!

Share

Semua sedap-sedap belaka! Ketika hamil, semua makanan dirasakan cukup enak, apatah lagi selera makin bertambah selepas melalui trimester pertama.

Pun begitu kena beringat, jangan makan terlampau banyak dan cubalah kawal kenaikan berat badan agar tidak naik mendadak. Apa anda perlu lakukan?

Cara kawal berat badan
Berikut adalah cara mengawal berat badan ketika hamil serta langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko.

Pemakanan sihat
Rujuk kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini.
• Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
• Jaga-jaga kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk ‘2 orang’.
• Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang, buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan kalori
• Jangan tinggalkan sarapan pagi.

Makan dalam kuantiti kecil
Ibu mengandung dinasihatkan untuk makan lebih 300 ke 400 kalori sahaja berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Gunakan kalori lebih ini untuk makan makanan berkhasiat. Doktor sarankan untuk mengamalkan cara pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap.

Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika lapar, ambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau sepinggan buah-buahan.

Vitamin D
Semua wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D.

Minum air secukupnya
Hamil atau tidak, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk fungsi badan yang optimum. Dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu, pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan risiko sembelit serta mengembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan.

Bersenam ketika hamil
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan. Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga. Gaya hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my