Semua sedap-sedap belaka! Ketika hamil, semua makanan dirasakan cukup enak, apatah lagi selera makin bertambah selepas melalui trimester pertama.
Pun begitu kena beringat, jangan makan terlampau banyak dan cubalah kawal kenaikan berat badan agar tidak naik mendadak. Apa anda perlu lakukan?
Cara kawal berat badan
Berikut adalah cara mengawal berat badan ketika hamil serta langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko.
Pemakanan sihat
Rujuk kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini.
• Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
• Jaga-jaga kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk ‘2 orang’.
• Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang, buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan kalori
• Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Ads
Makan dalam kuantiti kecil
Ibu mengandung dinasihatkan untuk makan lebih 300 ke 400 kalori sahaja berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Gunakan kalori lebih ini untuk makan makanan berkhasiat. Doktor sarankan untuk mengamalkan cara pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap.
Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika lapar, ambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau sepinggan buah-buahan.
Ads
Vitamin D
Semua wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D.
Minum air secukupnya
Hamil atau tidak, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk fungsi badan yang optimum. Dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu, pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan risiko sembelit serta mengembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan.
Ads
Bersenam ketika hamil
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan. Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga. Gaya hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu.
Sekarang ni cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Kalau time panas tu, nak keluar tengahari pun tak lalu tau! Terik sangat, kena kulit memang terasa mencucuk panasnya.
Bila dah cuaca macam tu, mula la mencari air sejuk! Dah minum air tak puas dah habis, dimakannya pula ais tu.
Meskipun pada pandangan mata ia seperti perlakuan remeh, namun tabiat suka mengunyah ketulan ais sebenarnya berisiko merosakkan gigi manusia.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook rasmi Medical Mythbuster Malaysia, Dr Muhammad Iqbal menegur para ‘pengunyah tegar ais’ bahawa ada risiko buruk menanti mereka tanpa disedari.
Ujarnya, hal ini kerana tabiat mengunyah ais boleh menyebabkan kehilangan struktur gigi. Walaupun proses tersebut berlaku pada skala mikro ataupun sangat kecil, namun kesannya akan ketara jika semakin lama dan banyak jumlah air batu yang telah digigit. Jom ikuti perkongsiannya!
Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar. Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.
Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “Abfraction”. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.
Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.
Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.
Mari saya ceritakan tentang makan ais ini.
Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.
Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.
Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.
Siapa tak teringin jika dapat perut yang rata macam super model tu. Cukup sempurna dan cantik, gayakanlah apa jua pakaian semuanya sesuai. Lain pula halnya dengan keadaan sesetengah antara kita orang perempuan yang telah mengalami proses mengandung dan melahirkan anak.
Hakikatnya perut terlihat sedikit buncit walaupun ketika itu sudah tidak mengandung lagi. Keadaan ini kadang-kala menimbulkan perasaan malu apatah lagi, bila tiba-tiba diajukan soalan tentang berapa usia kandungan tersebut. Upps, tidak!!!
JADI APA PERLU BUAT, JIKA TIDAK MAHU JADI BEGITU….???
Melalui salah satu perkongsian di facebook, Amiera Rajudin telah berkongsi cara bagaimana dia memiliki tubuh badan langsing. Ada banyak cara dilakukan dan salah satunya adalah melalui amalan minum air detox dan terbukti berkesan dan serasi dengannya. Jadi, apa kata kita fahami cara penyediaan air detox tersebut untuk kita sama-sama amalkan.
“My ade amalkan minuman detox juga. Macam2 jenis detox ade, ade juga jenis tea. Tapi my punya detox my buat sendiri lepas trt error try error my dapat buat detox sendiri & sangat berkesan.
Ni my bagitahu bahan2 dan cara buat ye. Jangan kecam my ye sebab detox memang banyak cara na buat. Tapi siapa na hilangkan perut buncit dengan pantas boleh cuba cara ni.“–Amiera
Tumbukkan serai, hiris kesemua bahan-bahan seperti gambar diatas. Uols boleh guna apple hijau juga. Tapi my tukar pada apple merah sebab na kurangkan rasa masam pada air. Basuh kesemua bahan & toskan. Didihkan air selama 3minit, masukkan kesemua bahan2 & biarkan sehingga mendidih.
2. Kemudian biarkan sejuk dahulu & simpankan dalam botol. Untuk bahan2 yang my berikan diatas uols boleh dapatkan air detox sebanyak 1.5liter. Simpan di peti sejuk. My lebih suka minum dalam keadaan sejuk & boleh di campur dengan ais.
Minum sehari 4kali dalam sukatan 1 teguk setiap 1 kali. Amalkan setiap hari. Kesan akan nampak jika uols konsisten selama 1 minggu. Selain mengempiskan perut, air detox ni boleh membuang angin & toksin dalam badan.
sumber : Amiera Rajudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Terpaksa bersalin melalui proses induce atau proses bersalin secara paksa adalah untuk membolehkan kontraksi rahim terjadi sebelum kelahiran semula jadi berlaku.
Proses bersalin secara induce ini mungkin akan disarankan oleh doktor atau pengamal perubatan disebabkan oleh faktor tertentu, sama ada melibatkan perubatan atau bukan perubatan.
Tetapi adakah ia selamat atau terdapat risiko yang boleh berlaku? Bagaimana pula dengan persediaan jika perlu menjalani prosedur ini Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kenapa perlu bersalin secara induce?
Selalunya proses bersalin secara induce ini akan disarankan jika wujud kebimbangan mengenai kesihatan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Di samping itu, faktor lain yang mungkin memerlukan proses bersalin secara paksaan ini adalah jika jarak tempat tinggal anda jauh dari hospital.
Maka pemilihan bersalin induce adalah wajar untuk mengawal masa bersalin dan tempoh kelahiran bayi.
Perkara lain mungkin melibatkan:
Telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD)
Menghidap diabetes gestasi
Chorioamnionitis – jangkitan pada rahim
Tumbesaran bayi terhenti
Oligohydramnios – cecair ketuban sedikit atau bocor
Halangan atau gangguan plasenta
Air ketuban pecah tetapi tidak berlaku kontraksi
Sejarah proses bersalin cepat dan pantas
Bagi wanita berbadan dua dengan isu kesihatan tertentu tidak boleh disyorkan untuk melakukan proses bersalin secara induce ini.
Kaedah untuk bersalin induce
Untuk prosedur bersalin secara paksa ini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Cuma perlu diingatkan adalah kaedah yang mungkin sesuai dengan seseorang individu lain, mungkin tidak berkesan untuk anda.
Antara kaedah yang boleh digunakan dalam proses bersalin secara induce adalah:
Amniotomi atau memecahkan air ketuban. Doktor akan mencucuk lubang kecil pada kantung ketuban. Ia sekali gus menyebabkan kontraksi lebih kuat
Pitocin atau disebut oxytocin, yang merupakan hormon untuk mempercepatkan proses bersalin. Kaedah ini menggunakan intravena (IV) pada lengan
Cervical ripening. Dilakukan dengan pengambilan ubat secara oral atau dimasukkan ke dalam faraj (analog prostaglandin) untuk meregang, melembutkan dan mengembangkan serviks
Kaedah bersalin induce menggunakan kateter (catheter) atau belon yang berfungsi untuk menjarakkan kantung dengan rahim. Ia akan merangsang hormon dan mencetuskan kontraksi
Menarik selaput (stripping membrane). Untuk kaedah ini doktor akan menggunakan jari yang telah dipakaikan sarung tangan bagi memisahkan kantung nipis pada ketuban daripada dinding rahim
Dari masa ke masa, bergantung kepada keadaan, doktor mungkin akan menggunakan lebih daripada 1 kaedah untuk proses bersalin secara paksa ini.
Berapa lama proses bersalin induce?
Secara amnya, ia adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya serviks anda lembut dan matang, ia hanya memerlukan dorongan lembut untuk berlakunya kontraksi. Jika tidak, ia boleh mengambil masa beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum berlakunya kelahiran bayi.
Dalam sesetengah kes, proses induce tidak berfungsi seperti diharapkan dan kaedah yang sama perlu diulang.
Risiko yang boleh terjadi dalam proses bersalin induce
Antara risiko proses bersalin secara induce, adalah:
Boleh mengalami kontraksi lebih kuat, menyakitkan dan kerap
Berdepan peningkatan risiko kemurungan selepas bersalin
Prosedur induce gagal dan perlu menjalani kaedah kelahiran caesarean
Wujud risiko jangkitan pada ibu dan bayi
Masalah rahim pecah. Ini terutamanya bagi wanita yang pernah menjalani pembedahan czer atau pembedahan rahim lain
Kontraksi yang terlalu banyak boleh menyebabkan perubahan pada kadar degupan jantung bayi
Risiko kematian janin
Persediaan diri
Biasanya prosedur ini akan dilakukan di hospital atau pusat bersalin, di mana anda dan bayi boleh dipantau oleh doktor.
Pun begitu, ada beberapa persiapan yang ibu perlu lakukan sebelum menjalani proses bersalin secara induce.
1. Bertanyakan soalan
Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, jangan ragu untuk bertanya. Ia pastinya akan membantu anda untuk lebih tenang selepas mengetahui perkara yang boleh dijangkakan. Anda mungkin ingin mengetahui kaedah yang akan dipilih, risikonya dan rancangan doktor jika kontraksi tidak berlaku seperti diharapkan.
Antara beberapa soalan lain yang boleh ditanya:
Sebab perlu melakukan induce
Keadaan serviks
Kedudukan bayi
Bolehkah anda bergerak selepas prosedur induce?
Adakah ia menyakitkan dan pilihan yang anda ada untuk mengurangkan rasa sakit?
2. Keselesaan diri
Persiapan untuk keselesaan diri akan bergantung kepada prosedur yang dipilih. Anda mungkin tidak dapat bergerak banyak sekiranya diberikan Pitocin melalui IV.
Antara perkara yang boleh membantu meringankan rasa sakit adalah:
Sokongan daripada pasangan, rakan atau ahli keluarga
Kekal terhidrat
Mengubah posisi kedudukan, seperti bergerak dari sisi ke sisi, berjalan, squatting atau berdiri
Ciptakan persekitaran yang menyelesakan seperti mendengar alunan muzik
Mandi – bergantung kepada kemampuan anda bergerak dan fasiliti
Teknik pernafasan mendalam
Bersalin induce? Terima dengan terbuka
Mungkin proses bersalin secara induce bukanlah apa yang anda jangkakan. Tetapi tiada salahnya untuk anda bersikap terbuka dan menerimanya. Ini kerana perkara yang paling penting adalah keadaan diri anda dan bayi selamat dilahirkan.
Dalam kebanyakan kes, prosedur bersalin secara paksa ini berjaya membawa kepada kelahiran normal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...