Mencuci pakaian dengan adanya mesin basuh diakui memang cukup mudah, hanya dengan satu sentuhan pakaian kotor siap dicuci.
Namun langkah seterusnya perlu pula disidai dan biasanya mengambil masa. Apatah lagi jika bertimbun dan berbakul-bakul pakaian yang perlu disidai.
Tidak mahu terlalu lama menghabiskan masa menyidai pakaian tersebut, jom ketahui teknik yang dikongsikan oleh seorang ibu ini. Katanya tak sampai 15 minit siap semuanya.
Tips siap sidai kain dalam 15 minit.
Ok,mesin basuh ili 7kg je. Kalau korang punya lebih banyak, sila gandakan ikut nisbah la
Simple je, syaratnya
#stratergi
Serang pakaian kecik² dulu, macam cik sotong, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Cara ili, sangkut di tangan. Rujuk gambar. Tu semua suar kecik dak sarah, stok 3 hari je tu. Sampai kat ampai, yang ni ili settle sepit dulu
#set_masa
ili selalu gunakan cerita kat tv yang best, masa iklan berdesup ili siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, pastu sarah akan tolong jerit : ibu, cerita dah start!! Jadi ili pun cam exercise gak la kan sebab pegi balik 2 kali
#guna_hanger
Bab ni ili paling suka sebab dari hanger di ampaian, baju dah kering dan sejuk terus je masuk almari, so tak payah melipat dan kurang keje menggosok.
Haaa.. cubalah nanti tau.
Buat lelaju ni best, kira macam buat Tabata, intense in short periods.
P/s : nak nyedapkan hati sendiri yang tak nyempat nak exercise betul-betul ni
Sumber : IIidayana Sudirman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ayuh sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftar di http://www.wasap.my/60169647520
Sakit Hati, Dendam & Benci Penyebab Tersekatnya Rezeki. Deep Perkongsian Ni!
Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
“awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
#SriAjilahSamsir
Bukan ceti lagi
sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir
“Jaga Aurat Kaki, Dalam Air Pakai Stoking.” Zizi Kirana Sopan Tutup Aurat Ketika Honeymoon, Warganet Titip Doa Istiqamah!
Sejuk mata memandang. Perubahan pada dirinya membuatkan ramai yang kagum dan dipuji ramai. Bahkan, rata-rata mendoakan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 36 terus istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
Isteri kesayangan Yusu Bahrin ini meraih perhatian ramai usai mengambil keputusan berhijab. Sopan dalam penampilan dengan menutup aurat sepenuhnya dengan memakai jubah dan bertudung labuh.
Terbaru, penampilannya ketika sedang menikmati percutian bulan madu di Semporna, Sabah bersama suami kesayangannya.
Perkongsian Yusuf menerusi laman instagramnya ketika berada di tepi pantai tampak begitu romantis meraih perhatian ramai.
Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana 😘😘💚💚
Btw trip kami ke pulau-pulau di Semporna ni di taja khas oleh @ohhsem.travel . Thank you so much . Banyak lagi pulau yg tak sempat nak pergi sbb tak cukup masa kena balik sbb kerja 😂 in syaa Allah Next trip , Pulau Mabul !
Demikian tulis Yusuf menerusi kapsyennya beserta satu video pendek yang dimuat naik di instagramnya.
Lebih mencuri tumpuan pastinya penampilan Zizi yang tetap menutup aurat sepenuhnya. Tidak sekadar itu, dia juga turut memakai stoking sehinggakan ramai yang memuji perubahan pada diri Zizi.
Sumber: yusuf_bahrin
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
7 Doa Terbaik Yang Patut Ibu Bapa Amalkan Pada Anak-anak.
Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Justeru, pelbagai cara didikan dan panduan diberikan kepada anak-anak supaya dalam menggapai kejayaan.
Usaha sahaja tanpa disusuli dengan doa pastinya tidak lengkap. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Jom kita amalkan doa yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
4. Doa supaya anak rajin mengerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Sumber: Myinfoharian