
Orang kata, barang lama tu mempunyai sentimental value. Makin lama makin kita sayang. Begitu juga dengan baju lama, nak buang sayang, pakai pun selesa.
Malah ada mak-mak suka pakai baju lama aka baju yang kelihatan lusuh atau buruk dibuat tidur malam. Biarpun nampak begitu, ia membuatkan tidur lena di malam hari.
Jangan tak percaya, ramai mak-mak suka berbuat begitu. Kain jika dah lama pakai memang sedap dan lembut.
Sebuah perkongsian seorang wanita yang berkongsi tabiat suka memakai pakaian lama. Katanya selesa di pakai terutama waktu malam.
Malah, katanya kejadian lucu berlaku apabila kakaknya melihat bajunya di sidai di ampaian sebagai kain buruk!
Menghargai baju kesayangannya itu, wanita itu berkongsi kejadian lucu itu di media sosial.
Malah perkongsiannya mendapat komen yang bersetuju bahawa baju buruk itu yang paling sedap apabila di pakai, selesa dan lembut.
Jom ikuti perkongsian nya.
BAJU BURUK TETAP BEST!
Haritu kakak aku tdo umah aku.
Sambil sidai baju aku berborak dengan die.
Pastu die tanya “kenapa ko campur kain buruk dengan baju elok?”
Aku macam terpinga-terpinga.
Die ingat baju aku pakai malam ni kain buruk gaiss
Baju macam kain buruk ni la sedap pakai malam weiii
Apa lagi berdekah la kami ketawa bersama-sama.
Sumber: Syasya Nova
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Hulur Bantuan Banjir, Gelagat Siti Nurhaliza Tegur Guru Gimnas, Bikin Netizen Terhibur.

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang membawa maksud suka duka sama-sama ditanggung. Tiada paksaan, terpulang kepada individu untuk membantu atau tidak.
Begitu juga dengan insan yang prihatin ini, penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di terutama di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.
Dalam pada itu, menerusi Instagram @ctdk, berkongsi video momen secara tidak sengaja berjumpa dengan salah seorang gurunya ketika menghulurkan bantuan mangsa banjir.
Apa yang menarik perhatian netizen, gelagat lucu penyanyi itu bersahaja menegur gurunya berbangsa cina itu. Guru berkenaan tidak mengenalinya kerana itu memakai pelitup muka.
Namun, guru yang pernah mengajarnya ketika menyertai sukan gimnas sewaktu di sekolah hanya menyedari akan hal itu setelah salah seorang penduduk di situ memaklumkan bahawa individu yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza. Mereka saling berkongsi kenangan lama sewaktu menyertai gimnas.
Momen jumpa guru gimnas
Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.
Saya juga berborak-borak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu zaman sekolah. Beliau juga tidak perasan saya.
Sepanjang berada di sana, saya memang memakai pelitup muka (mask) dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami. Guru gimnas saya rupanya dan saya juga tidak perasan (maklumlah dah lama sangat).
Begitulah cerita, sesekali pulang ke daerah kenangan, banyak kenangan mengusik jiwa.
I kenal u la, u tak kenal i
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap penyanyi kesayangan ramai itu yang begitu ‘humble’ ketika melawat mangsa banjir di negeri kelahirannya.
Sumber: ctdk
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!

Semenjak bulan puasa ini, kaum ibu tak henti-henti memikirkan menu istimewa yang ingin disediakan untuk keluarga tercinta. Kalau ikutkan hati biarlah sepanjang 30 hari berbuka, berbeza juadah!
Lantaran itu, bukan sesuatu yang pelik bila mana pagi-pagi lagi sudah rancak berkongsi resipi antara satu sama lain hingga membawa ke waktu petang sekali pun. Perbualan ibu-ibu buat masa ini lebih kepada hal resipi, menu, makanan sedap dan seumpamanya.
Oleh itu apa kata dalam banyak-banyak resipi yang ada elok kiranya diselitkan sekali menu nan satu ini, cocktail. Melihatnya sahaja boleh buat sesiapa pun tidak sabar menikmatinya, apatah lagi bila tekak terasa dahaga. Jadi jom kita sediakan menu ini untuk berbuka nanti.
PUDING SUSU
❤Agar-agar
Agar-agar tali 1pack
Air 1000ml + 100ml air buah koktail
Susu sejat 1tin
Susu pekat 1tin (boleh kurangkan)
❤Sos
2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar gula (mengikut citarasa masing-masing)
3 cawan air
Air buah koktail
Secubit Garam
*masak sehingga mendidih
+
**3 sudu besar tepung jagung dan sedikit air, masukkan dalam sos kacau sebati hingga sedikit pekat.
Tambahan
Jelly@sumi
Nata de coco
Buah koktail@laici
sumber : Citiey Zakaria via Mahn
PUDING KOKTAIL
Resipi Kuah
( bahan A)
1 tin susu cair
2 cawan susu segar (saya guna dutchlady)
1 1/2 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
6 sudu besar gula (terpulanglah pada masing-masing ye..kalau nak manis tambah gula lagi)
Cara-cara:
- Masukkan susu cair dah susu segar dalam periuk.
- Masukkan gula, garam dan tepung kastard (tepung kastard ni bancuhkan dulu dengan adunan susu tadi dalam cawan supaya tidak berketul…dah bancuh terus masukkan dalam susu tadi).
- Kacau semua sehingga menjadi pekat. Harus diingat, mesti sentiasa mengacau kuah ini dan menggunakan api perlahan untuk mengelakkan hangit. Nampak kuah dah pekat boleh tutup api.
Resepi puding
(bahan B)
1 cawan tepung kastart
5 cawan air
Nisbah 1:5 (tak kesah lah nak sukat guna cawan / mug / mangkuk)
Cara2
Masukkan bahan2 dalam periuk…kacau puding atas api hingga menjadi pekat…(agak-agak dah mengelegak lama boleh tutup api.)
Dah sejuk, boleh masukkan dlm bekas..sejukkan dlm peti ais….dah sejuk boleh potong puding ni kecik2 (potong dadu – sebesar nata de coco)
Bahan2 campuran utk dimasukkan ke dalam kuah nanti
(bahan C)
1. Buahan campuran dalam tin – ambik sedikit air utk dicampurkan ke dalam kuah..jangan bnyk agt..sekadar kuah tu nanti rasa masam2 manis
2. Kacang merah kidney dlm tin – tapiskan dulu utk buang air…ambik kacangnye shj
3. Nata de coco (letaklah pelbagai warne dan perisa supaya nampak cantik bewarna warni) – ambik isi nye sahaja..air sy x ambik
4. Buah plum ( sy gune sun sweet – utk rasa masam2 manis) – hiris kecik2
5. Kacang goreng
Nota : bahan2 diatas adalah bahan yg saya selalu masukkan utk dijadikan puding koktail.namun anda semua boleh memasukan ape sahaja bahan yg anda semua rasakan sedap utk dimasukkan ke dalam kuah tu nanti..cth : boleh masukkan buah segar seperti tembikai susu, nenas (potong dadu), juga boleh masukkan agar2, sumi..
Dah ada semua bahan, boleh satukan kedalam satu bekas….
Bahan A + Bahan B + Bahan C….
Nak makan sejuk…masukkan dlm peti ais….
**cara nak campurkan : mula2 letak sikit2.. Jgn terlampau bnyak bhn2, nanti kemarau kuah plak….agak kuah banyak lg, tambahlah bahan2 lagi…cth letak skit2 dulu nata de coco, puding dll..masukkan kuah…agak nampak kuah bnyk.lg..tbah skit lagi bahan2 nye… dan seterusnya.
sumber : Hasanah Aziz Ctyus Via MAHN
KOKTAIL BUAH
Bahan-Bahan :
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Buah anggur & stawberry
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)
Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.
Cara-Cara:
1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain) buah campuran koktail
2. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
3.Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
4. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.
Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.
sumber : viral oh viral
Rawat Lelah Selain Wajib Pergi Klinik, Amalkan Juga Petua Lama Untuk Bantu Atasinya!

Bila terasa hendak menarik nafas pun menjadi sempit dan payah hingga perlu menggunakan tenaga sepenuhnya bagi menyedut oksigen, itu suatu keadaan yang biasa dirasakan oleh sesiapa yang mengidap asma atau dikenali sebagai penyakit lelah.
Biasanya bila diserang asma sebegini, kita akan bergegas ke klinik mahu pun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu tidak salah kiranya mengamalkan beberapa petua ini untuk mengurangkan kekerapan diserang lelah dan sekali gus memberi keselesaan untuk menarik nafas.
Untuk itu dikongsikan beberapa petua yang boleh dicuba.
Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional
Petua 1: Petola
Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma. Admin harap dengan petua ini, ibu bapa di luar sana membuka mata demi melihat anak kita sihat dan normal.
Caranya mudah saja, ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.
Petua 2: Halia
Admin difahamkan halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.
Petua 3: Madu
Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan. Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam. Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selsema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.
Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional. Admin berharap petua yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : Pertanian satu perniagaan
Manakala melalui perkongsian daripada Syazlin Mhd Isa, ada petua untuk mengurangkan sakit lelah.
Bahannya :
1. Minyak masak
2. Kunyit
3. Sireh
Cara penyediaan :
- Campurkan minyak masak dengan Kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sebati.
- Sapu pada sehelai daun sirih depan belakang. Kemudian layurkan sirih pada api/lilin.
- Bila suam2 kuku, tekapkan di dada sehingga daun sirih sejuk.