Setiap dari kita tak terlepas dari diuji oleh Yang Maha Esa. Itu tandanya Dia sayang pada umatNya dan mahu melihat sejauh mana keteguhan dan kuatnya kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut.
Life begin at 40… Mungkin anda pernah mendengar ungkapan tersebut. Ada sesetengah orang beranggapan usia matang seseorang adalah ketika 40 tahun. Mungkin usia sebegini sudah biasa dengan asam garam kehidupan. Namun ketika itulah ujia cukup berat untuk ditempuhi.
.
Puteri Sarah Liyana memuat naik satu perkongsian tentang ujian yang mula diterima apabila usia memasuki antara 35 tahun hingga ke 40 tahun.
“Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
“Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada-Nya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan-Nya,” catat Puteri Sarah.
.
Tambahnya melalui perkongsian tersebut, orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalan mereka, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangan mereka, berjimat menyimpan untuk hari tua mereka dan berserta niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Ads
“Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
.
“Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu.
“Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ads
“Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka.
.
Ads
Tambah Puteri Sarah lagi, setiap daripada kita hidup di dunia tidak lama, sambil berkongsi satu sabda daripada Nabi Muhammad SAW.
“Kita hidup di dunia, tidak lama. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Insiden pergaduhan yang akhirnya membawa maut kepada Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29 benar-benar mengejutkan semua pihak. Arwah yang meninggal dunia dilanggar kereta selepas kejadian perselisihan faham dengan pemandu lain di susur Bandar Baru Bangi turut memberi kesan kesedihan amat mendalam terhadap ahli keluarganya.
Lebih memilukan, arwah yang berkahwin tahun lepas dan mempunyai seorang anak yang hanya berusia 3-4 bulan yang belum sempat mengenali wajah dan mendapat kasih sayang daripada ayahnya.
Sementara itu, adik ipar arwah, Zafri Amier melalui akaun media sosial miliknya meluahkan rasa kehilangan atas pemergian Danial yang disifatkan sebagai seorang yang prihatin terhadap keluarga.
“Masih rasa seperti ini semua mimpi buruk. Saya sangat rindukan abang Dan. Abang dalam perjalanan balik bawakan kami piza, tapi tuhan lebih sayangkan abang. Berehatlah dengan tenang, abang. Saya sayang abang.
“Paksu janji, paksu akan jaga awak dengan baik Sharifah Dian Malika binti Syed Muhammad Danial, paksu akan sentiasa ada untuk awak macam mana baba ada untuk awak,’ ujarnya lagi yang berjanji mahu menjaga anak saudaranya itu.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
“Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
“Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
“Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
“Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
“Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya,” katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
“Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
“Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
“Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
“Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya ,” katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya.
Zafri Amir ketika menceritakan semula kejadian itu berkata, abang iparnya ditemui dalam keadaan separuh sedar di tepi laluan berkenaan.
“Saya kemudian bergegas membawanya menaiki kereta orang awam yang berada di lokasi untuk ke klinik berhampiran.
“Apa yang saya lihat pada abang ipar ketika itu adalah kesan lebam di kepala serta perutnya.
“Sepanjang perjalanan ke klinik berhampiran, dia dalam keadaan separuh sedar.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, dia sudah tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Unit Kecemasan.
“Pihak doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia sudah meninggal dunia ketika sedang dirawat,” katanya..
Menurut, Mohd Rozhan lagi, mereka redha dan menyerahkan tanggungjawab kepada pihak berkuasa polis untuk menyiasat tragedi yang menimpa menantu kesayangannya itu.
“Saya terima keadaan ini (pemergian Muhammad Danial) dan serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan. Saya berharap kematiannya dapat keadilan sewajarnya.
“Cuma kami sekarang sangat sedih keadaan bayi perempuan dia baru 4 bulan tidak sempat merasai ciuman dan dakapan arwah. Jadi saya perlu menguatkan diri demi cucu dan anak perempuan saya demi kelangsungan hidup dan masa depan cucu saya.
“Anak perempuan saya (balu arwah) tenang menerima pemergiannya dan kita sebagai Islam menerima qadak dan qadar, sebagai ibu bapa kami yang perlu tabah dan kuatkan diri demi masa depan anak cucu,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas upacara pengkebumian Allahyarham di Tapak perkuburan Islam Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota di sini.
Mohd Rozhan berkata, Allahyarham merupakan anak yang baik dan begitu menghormati orang tuanya.
“Menantu ini (Muhammad Danial) adalah seorang Hafiz yang hafal al-Quran, sangat hormati orang tua.
“Walaupun dia tinggal dengan saya di sini Bandar Putra, setiap minggu dia tak pernah lupa bawa keluarga kecil mereka jumpa emak dia Shah Alam dan itu rutin setiap Jumaat selama lebih setahun ini,” katanya sambil sebak mengenangkan arwah.
Menurutnya, arwah dan isterinya menuntut bersama di United Kingdom sebelum mendirikan rumah tangga dan kedua-duanya bekerja sebagai pengurus bank.
“Arwah bekerja sebagai pengurus di Ibu Pejabat Maybank di Jalan Tun Perak manakala anak saya (balu arwah) Pengurus bank United Oversea Bank (UOB) di Jalan Melaka,” katanya.
Katanya, semasa kejadian arwah dalam perjalanan balik ke Bandar Bukit Mahkota dengan membawa piza.
“Saya terjumpa pizza yang dibelinya dalam keretanya di lokasi kejadian semalam,’ katanya sebak.
Sumber: harian Metro & MalaysiaGazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-11 anak tirinya, Barr Al Aliy.
“Happy birthday anak abah Barr Al Aliy. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa berada di bawah redup rahmatNya,” ungkap Jep menerusi kapsyennya.
Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan kemesraan antara mereka sehingga mendapat pujian ramai.
Malah ada memuji dengan mengatakan wajah Jep dan anak tiri saling tak tumpah. Sehingga ada yang menyatakan seperti anak Jep sendiri.
“Gambar last tu rasa macam anak-anak Jep pulak. Mungkin nampak keikhlasan Jep terima anak-anak Sari macam anak sendiri.
“Comel je, muka pun dah seiras dengan Jep.
“Gambar last, muka sepesen anak-anak dan abah.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Resipi yang cukup mudah dan ringkas, itu yang paling ibu-ibu suka buat kan. Jika ada kentang di rumah, buat je kudapan enak ini.
Cukup ringkas tapi sedap buat sajian seisi keluarga. Lagi seronok kalau ibu-ibu ajak anak buat sama-sama. Pasti lebih meriah dapur anda petang ni.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Eyda Rohaidah ini. Selamat mencuba!
Menu minum petang kami. Cekodok jejari kentang bikin laki sayanggg . Crunchy diluar, lembut didalam Siapa yg takde idea bole la cuba. Guna bahan² simple kat rumah je Asyik lapa je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap. Bismillah.. Kami mkn dulu naa Bole Share, Silakan.. #EydaMasak
Bahan-bahan & cara membuat:
1)Bahan utama kentang cukup la 3 bijik 2) Bawang merah hiris halus + cili api bagi pedas cikit. (klu ada anak kecik tak payah buh cili api) Nk lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh. Umah kami takde, jadi guna dua ni je. 3) Sagat kentang sampai jadi cmni.. 4) Tepung gandum agak² je, jgn banyak pastu buh la kunyit sikit kami suka kuning².. perasakan ngn garam. (Bole gak nak pecah telo sebijik) ikut selera naa.. 5) Gaul rata smpai jadi cmni.. Air jgn banyak sgt. agak² je.. 6) siap da goreng dlm minyak panas.. Jaga Api jangan hangit. 7) Taraaa… Siap bole mkn. Rangup kat luar.. lembut kat dalam. Makan panas² uiiiii… Dapppp ooo…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.