Umumnya kita membeli stok bahan basah seperti ikan, udang, ayam dan sebagainya adalah bertujuan untuk memudahkan urusan memasak untuk ahli keluarga.
Apatah lagi untuk Bulan Ramadan yang tidak lama lagi tiba. Andai ingin memasak, terus buka peti sejuk dan tidaklah perlu ke pasar atau sebagainya tiap kali ingin sediakan hidangan berbuka mahu pun bersahur.
Jika biasanya stok bahan basah tersebut disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk, mungkin boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Aisha Shukor ibu kepada lima orang anak ini. Caranya lebih sistematik dan cukup praktikal.
Jom semak apa dia lakukan, dalam mengurus stok bahan basahnya.
Okeyy lepas selesai orientasi kakak Arissa td,blk terus singgah kedai acheh utk beli brg2 dapur..biasalah anak5 dh nk start sekolah ni mama kene masak pagi sekali,blk keje sekali.
Somacamni la kene buat..siap2 bersihkan,asing2kan dan plan nk masak apa. Susah dahulu,senang kemudian.
Yela,kang blk keje penat2,termenung nk cari idea masaknyer sekian sayur,kita beli fresh2 setiap hari,xgemar simpan stok, bila dh reload semua stock brg basah,stok cili blend serbaguna n pes2 mcmni barula legaaa hati kann.
Lain org,lain caranyer tp inilah cara Cik Ecah
1. Udang dan sotong lalukan dengan air, siang perutnya, kalau nak buang kulit buanglah, potong janggut dan ekornya.
2.Tapis dan gaul dengan garam.Bilas sambil selawat dan toskan.
3. Ikan pun sama ..supaya stok tahan lama tanpa berbau, pastikan darah-darah insang, perut segala siang sampai bersih.
4. Tapis dan letak garam dan asam jawa, gaul dan bilas sambil selawat. Toskan.
5. Ambil plastik kuih macam ini.
6. Packing portion sekali masak.Kalau rajin, taggingkan je terus nak masak apa, so nanti tak adalah kata idea tu tak mari.Plan je dulu, nanti kalau teringin masak lain, tukar ler. Tulis guna permanent maker.
7. Masukkan dalam fridge.
8. Telur pun rendam dan basuh. Lap kering dan simpan dalam fridge.
9. Ni stok pes asam pedas, stok cili blend serbaguna dan pes sambal bali. Cara nak buat sila search ye…cik ecah dah banyak kali share.
Sumber : Main Masak2 Aisha Shukor