Apam beras memang enak rasanya, gebu dan lemak manis rasanya. Nak tahu rahsia menyediakan apam ini berserta cara sediakan ragi nasinya, jom semak.
Ini lah keje akak setiap hari. Buat kuih apam beras untuk dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah. Do’akan rezeki akak lancar
**AKAK DAH BAGI LENGKAP TERUTAMA BAB CARA RAGIKAN NASI TU**
CARA BUAT TAPAI NASI/CARA RAGIKAN NASI
1- Sebiji ragi ditumbuk guna batu lesung/apa-apa sahaja janji sampai halus (jangan buka plastik)
2- Gunting plastik dan taburkan ragi yang dah ditumbuk tadi ke dalam 3 senduk nasi. Kalau nak pakai 1 senduk nasi, sila kurangkan ragi.
3- Ragi dan nasi tadi digaul sebati.
4- Perap 2 malam. Simpan di luar sahaja dalam bekas tertutup. Tak perlu bungkus dengan kain. Janji tutup.
5- Bila dah diperap 2 malam dia akan jadi tapai. Tapai inilah yang akan kita gunakan untuk buat apam beras. Tujuan guna tapai nasi untuk bagi rasa yang sedap. Kalau TAK guna tapai nasi dia punya rasa apam tu kosong. Hanya rasa tepung.
***TAPAI NASI BOLEH BERTAHAN SAMPAI 1 BULAN. JANJI SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP. JANGAN RISAU TAKKAN BASI. AKAK LETAK KAT LUAR JE. NAK SIMPAN DALAM PETI AIS PUN BOLEH. IKUTLAH. MANA-MANA BOLEH.***
RESEPI APAM BERAS (30 biji)
BAHAN-BAHAN
1 paket @ 500g tepung beras cap teratai
1 senduk tapai nasi – dibleder @ dikisar halus dengan sedikit air
(Ragikan dan perap 2 malam. Letak diluar sahaja dalam bekas tertutup)
***1 biji ragi untuk 3 senduk nasi***
1 cawan gula pasir
1 paket kecil eno warna biru
(Fungsi eno nak bagi kembang/mekar/pecah)
2 cawan air
Pewarna (jika perlu)
CARA-CARA
1- Satukan tapai nasi dan tepung dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
2- Perap selama 3-4 jam. Kalau cepat kembang perap 3 jam je.
3- Bila dah kembang masukkan eno.
4- Masukkan pewarna pilihan.
5- Kukus selama 10 minit. Api besar.
6- Time nak makan baru gaul dengan kelapa.
Sumber : Muhammad Sayuti Via MAHN