Apam beras memang enak rasanya, gebu dan lemak manis rasanya. Nak tahu rahsia menyediakan apam ini berserta cara sediakan ragi nasinya, jom semak.
Ini lah keje akak setiap hari. Buat kuih apam beras untuk dihantar ke gerai-gerai. Alhamdulillah. Do’akan rezeki akak lancar
**AKAK DAH BAGI LENGKAP TERUTAMA BAB CARA RAGIKAN NASI TU**
CARA BUAT TAPAI NASI/CARA RAGIKAN NASI
Ads
1- Sebiji ragi ditumbuk guna batu lesung/apa-apa sahaja janji sampai halus (jangan buka plastik)
2- Gunting plastik dan taburkan ragi yang dah ditumbuk tadi ke dalam 3 senduk nasi. Kalau nak pakai 1 senduk nasi, sila kurangkan ragi.
3- Ragi dan nasi tadi digaul sebati.
4- Perap 2 malam. Simpan di luar sahaja dalam bekas tertutup. Tak perlu bungkus dengan kain. Janji tutup.
5- Bila dah diperap 2 malam dia akan jadi tapai. Tapai inilah yang akan kita gunakan untuk buat apam beras. Tujuan guna tapai nasi untuk bagi rasa yang sedap. Kalau TAK guna tapai nasi dia punya rasa apam tu kosong. Hanya rasa tepung.
***TAPAI NASI BOLEH BERTAHAN SAMPAI 1 BULAN. JANJI SIMPAN DALAM BEKAS BERTUTUP. JANGAN RISAU TAKKAN BASI. AKAK LETAK KAT LUAR JE. NAK SIMPAN DALAM PETI AIS PUN BOLEH. IKUTLAH. MANA-MANA BOLEH.***
Ads
RESEPI APAM BERAS (30 biji)
Ads
BAHAN-BAHAN
1 paket @ 500g tepung beras cap teratai
1 senduk tapai nasi – dibleder @ dikisar halus dengan sedikit air
(Ragikan dan perap 2 malam. Letak diluar sahaja dalam bekas tertutup)
***1 biji ragi untuk 3 senduk nasi***
1 cawan gula pasir
1 paket kecil eno warna biru
(Fungsi eno nak bagi kembang/mekar/pecah)
2 cawan air
Pewarna (jika perlu)
CARA-CARA
1- Satukan tapai nasi dan tepung dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air. Kacau sebati.
2- Perap selama 3-4 jam. Kalau cepat kembang perap 3 jam je.
3- Bila dah kembang masukkan eno.
4- Masukkan pewarna pilihan.
5- Kukus selama 10 minit. Api besar.
6- Time nak makan baru gaul dengan kelapa.
Sumber : Muhammad Sayuti Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Belimbing buluh kalau dijadikan bahan penyedap rasa ketika menyediakan hidangan gulai atau dibuat sambal hitam, boleh dikatakan keenakan rasanya memang superb.
Selain dimasak, apa lagi sebenarnya yang boleh dibuat jika pokok belimbing buluh berbuah lebat hingga buahnya berguguran tidak dimakan?
Tentu anda ada cara manfaatkan buah tersebut daripada membazir disebabkan gugur dan busuk jatuh ke tanah.
Ya, ini sebaiknya anda lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Ibrisam.
Ini perkongsiannya.
Jika rakan-rakan ada sendiri pokkk belimbing buluh dan berbuah lebat pasti tak termakan buahnya…
Di sini saya nak kongsikan agar buah belimbing yang dah berguguran tu dapat di gunakan dan tidak terbuang begitu sahaja….
Kutip buah belimbing, basuh bersih-basuh. Selepas tu blender sampai hancur. Simpan dalam bekas bertutup, letak dalam peti sejuk.
Kegunaan belimbing blender tu sebagai penganti asam jawa untuk basuh ikan sungai @ ikan air tawar. In sya Allah ikan yang dibasuh akan bersih dan hilang bau hanyirnya….
Ramai antara kita kini menanggung kerinduan yang berat terhadap ibu ayah yang berada di kampung setelah sekian lama tidak dapat berjumpa. Bukan sahaja kerana jarak menjadi pemisah malah situasi semasa jangkitan Covid-19 yang semakin serius menjadikan kita perlu reda dan kekal patuh dengan SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan orang tua di kampung.
Berkongsi kisah tentang ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ahmad Zakimi Abdullah, sanggup tidak bertemu dengan ibu ayah walau telah berada di kampung halaman. Bukan caranya untuk dia dapat singgah dan bertemu orang tua yang begitu dirindui dengan pelepasan yang diberikan.
Sungguh walau kerinduan bersarang di hati, namun demi menjaga keselamatan orang yang paling disayangi, dr ini hanya melihat dari kejauhan sekadar menyampaikan kiriman Popia Simpul untuk mama.
Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tumpang bersedih dan bangga dengan apa yang dilakukan oleh seorang frontliner ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Popia Simpul Untuk Mama
Dua hari lepas aku ke Kelantan dari Johor Bahru atas urusan penting. Aku dapat surat kebenaran rentas negeri dari polis atas satu tujuan itu sahaja. Aku pastikan minyak kereta penuh bertujuan untuk tak singgah mana-mana stesen minyak untuk memastikan tiada langsung kontak sepanjang perjalanan.
Aku bertolak pukul 8 pagi kemudian tiba di Kelantan pukul 4 petang. Aku rehat di rumah sendiri semalaman sementara tunggu keesokan pagi untuk tujuan seperti diminta kebenaran rentas negeri.
Aku bawa satu bekas popia simpul yang dipesan oleh isteri untuk diberikan pada mama. Dalam perjalanan itu aku hanya memandang botol tu.
“Abang, nanti berikan pada mama kalu abang singgah. Gantung saja kat pagar rumah mama,” pesan isteri – bermain-main ditelinga.
Hati aku meronta-ronta mengenangkan mama dan abah yang jaraknya kurang 1 kilometer dari tempat aku. Nak jumpa orang tua tak boleh memandangkan tujuan rentas negeri atas urusan penting lain. Aku tak mahu ambil kesempatan dengan cara menipu.
Lagipun SOP keluarga kami perlu ‘self-quarantine’ 10 hari dan ‘swab test’ mesti negative baru boleh jumpa mama dan abah. Abah baru habis kemoterapi 3rd cycle dan mama pula berisiko tinggi dengan pelbagai co-morbid walaupun mama sudah mengambil dos pertama vaksin.
Mereka perlu dikuarantin di rumah supaya tiada langsung kontak dengan sesiapa. Lalu, pagi sebelum aku pulang ke Johor, hati aku sangat resah. Semalaman tak dapat lelapkan mata. Ya, terasa mama dan abah sangat dekat. Rumah mama hanya dalam perjalanan ke tempat urusan aku.
Aku pergi juga depan rumah dan hanya memandang kearah rumah mama. Nak lepaskan rindu setelah memandu 700km pergi dan 700km balik dalam tempoh masa 33 jam yang ada.
Aku berhentikan kereta depan pagar, lalu aku gantungkan popia simpul di pagar depan rumah. Kebetulan adik aku ada dihalaman rumah, dia ternampak dan ambil popia simpul tu.
Kebetulan juga aku ternampak kelibat abah.
“Abah! Abah! Adik mie nak balik JB dah! Lambai tangan skit abah!” Teriakku dari jarak sangat jauh.
Lantas aku naik kereta dan tak semena-mena mataku berkaca. Aku terus menangis dan air mata bercucuran. Aku rindu peluk cium abah dan mama. Aku bukan anak derhaka kerana tak mampu jumpa mereka walaupun aku seorang anak yang nakal dan tak dengar cakap orang tua. Ini adalah atas permintaan mereka.
“Jangan balik jumpa abah dan mama buat masa ni. Telefon saja ya.” Itu pesan mereka dan persetujuan semua adik beradik. Aku tak mahu bawa jangkitan COVID-19 kepada mereka walaupun aku sendiri adalah frontliner, aku berkelengkapan PPE penuh semasa menjalankan tugas. Lagipun aku sudah menerima 2 dos vaksin.
Aku menangis sepanjang perjalanan kerana tak tertahan lagi. Ya, aku lakukan ini demi putuskan rantaian COVID-19.
Lihat saja sekarang. Ada agamawan rentas negeri atas tujuan undangan, lalu singgah ke tempat untuk tujuan lain. Ada selebriti meLangkawi negeri, ada artis meNilai apa yang nak dibeli, kenduri kendara dan majlis ramai-ramai dikatakan penting takyah cakap.
Kalian tengoklah kereta dijalanan atau highway sekarang. Ramai-ramai ni nak bawa balik COVID-19 new variant beraya dikampung ke? Aku merayu sekali lagi, patuhlah SOP. Mari kita sama-sama putuskan rantaian COVID-19.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh hati dan berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Dr ini dan mengharapkan agar semua antara kita faham dan patuh SOP yang ditetapkan untuk memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan.
Belum pun masuk bulan ramadan, pasti ibu-ibu tengah cari idea untuk sediakan kuih raya kan. walauoun mungkin tahun ini tak dibenarkan lagi merentas negeri untuk pulang beraya, namun nak mengubat hati yang sedih, jom la kita buat kuih raya untuk hidangan seisi keluarga.
Jadi, pilihan kuih yang simple tapi sedap pasti memudahkan lagi urusan ibu-ibu kan. Apa kata cuba buat resipi Almond bersalut coklat ini. Kuih ini juga boleh dibuat hari biasa untuk kudapan anak-anak. Mudah cara sukatan dan buatnya, sedap pula tu. Jom cuba!
2. Selepas di goreng Kemudian masukkan dalam oven pula. Suhu 150 untuk 20 minit. Ini pun rajin buka pintu dan kacau tidurnya supaya ranggup sebati.
3. Siap dah. Rasa lah. Ranggup sungguh. Tak berhenti makan sebab almond ni Ya allah sedapnya.
4. Ibu guna 6 pack untuk 400 gram almond tadi. Letak dalam mangkuk yang tahan panas ye. Nak guna brand lain takde masalah. Ikut memasing ye.
5. Kita wapkan. Bawah periuk letak air yang sedang mendidih. Kacau coklat sampai cair heylok
6. Sampai begini. Ya allah bau nya. Dah cair begini letak tepi dalam 15 minit. Tunggu dia sejuk
7. Dah sejuk coklat tadi masukkan almond. Bila sejuk masuk almond ranggup nya tak boleh bawa bincang. Kalau panas panas masukkan almond hilanglah keranggupan almond tu. Sedihkan? Kacau sebati semua ye.
8. Kemudian ibu pakai lapik oven tu ha. Ambil sudu letak comel comel atas tu.
Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Peti ais bawah bukan peti ais atas hat keras tu.
9. Siap berbaris selepas disejukkan selama 15-20 minit dalam peti ais. Yahuuuu
11. Simpan baik baik dalam balang. Nak makan ambil je. Nak letak dalam peti Ais pun boleh, nak letak luar pun boleh. Tak cair. Jangan letak bawah cahaya matahari sudahlah. Bukan coklat je cair, kita pun boleh cair.
Krupkrapkrupkrap dalam mulut. Bila nak diet? Argghhh lantaklah