Memasuki minggu ke 32 hamil, anda sudah boleh memilih dan mempraktikkan posisi bersalin. Latihan perlu dibuat terutama bagi ibu yang hamil anak sulung.
Mengenali posisi ini dapat membantu anda terutama apabila tiba masa untuk bersalin. Tidak akan timbul masalah “tak tahu,” dan “tak bersedia.” Yang penting, persediaan awal ini boleh mengurangkan rasa gementar bila berada di bilik bersalin.
Lazimnya, kontraksi boleh berlaku dan berlanjutan sehingga 7 hingga 8 jam. Ada juga yang mengalami masalah tersebut sehingga setengah hari dan lebih.
Oleh itu, anda tidak hanya perlu berlatih dan memilih posisi bersalin, tetapi anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk memberi keselesaan diri ketika mengalami kontraksi.
Posisi bersalin
Latihan mengurangkan sakit ketika kontraksi kemudian diikuti dengan latihan posisi bersalin. Di negara kita ramai di kalangan ibu hamil melalui kaedah bersalin secara konvensional iaitu berbaring pada katil khas dan kaki dibuka luas.
Namun terdapat juga beberapa kaedah yang boleh dicuba. Walaupun ia nampak janggal tetapi, sesetengah negara mempraktikkan posisi tersebut.
Pembedahan
Proses ini tidak perlukan Latihan namun menjadi semakin popular di negara kita. Tetapi anda perlu bersedia dari sudut mental dan wang. Kaedah ini selalunya dilakukan akibat berlakunya komplikasi ketika hendak melahirkan atau posisi bayi dalam kandungan tidak normal.
Ads
Misalnya kedudukan bayi songsang atau pintu rahim sukar membuka. Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah pada ibu dan anak berlaku, pembedahan terpaksa dilakukan. Walau bagaimanapun, ada juga ibu hamil yang lebih suka memilih kaedah ini walaupun tidak mengalami sebarang komplikasi.
Duduk tegak
Posisi ini adalah posisi popular di kalangan ibu hamil. Anda hanya perlu duduk dengan kecondongan mengikut kehendak anda. Untuk lebih selesa, kecondongan itu diampu dengan beberapa biji bantal pada bahagian belakang badan. Kaki dibuka luas dan dagu dirapatkan pada dada. Tangan pegang pada lipatan lutut sambil meneran.
Ada sebilangan hospital, ibu hamil diberi katil khas. Katil ini mempunyai tiang keluli untuk ditolak menggunakan kaki. Pada tiang keluli itu juga, terdapat tali yang boleh dipegang dan ditarik. Jadi anda hanya perlu berbaring dan meletakkan kaki dalam keadaan terbuka ke atas rod keluli tersebut.
Tangan pula berpaut pada tali. Apabila sampai masanya, anda dapat menyalurkan sepenuh tenaga untuk meneran. Kuasa tendangan kaki dan tarikan pada tangan ini dapat membantu ibu mengeluarkan anak dengan segera. Kaedah ini sangat elok untuk ibu hamil yang masih tidak ada pengalaman bersalin.
Ads
Mencangkung
Posisi ini adalah yang terbaik untuk kelahiran. Hal ini kerana, bukaan pelviks lebih lebar dan tarikan graviti dapat memudahkan anak keluar. Mungkin kaedah ini meletihkan tetapi jika membuat banyak latihan lebih awal, anda akan biasa yang rasa lebih mudah.
Sekiranya anda merasakan tidak boleh mencangkung sendirian tanpa dibantu, ajak suami berlatih bersama anda. Caranya adalah dengan posisi suami duduk pada kerusi dan isteri mencangkung membelakangi iaitu dicelah bukaan kaki suami. Letakkan tangan pada paha suami dan mula meneran.
Melutut
Posisi ini mungkin tidak seletih mencangkung. Tetapi anda perlukan dua orang teman untuk melakukan kaedah ini. Dua orang pembantu diperlukan. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Pada posisi ini, anda perlu melutut sambil kaki dibuka dengan luas. Tangan anda berpaut pada bahu pembantu di kiri dan kanan. Sebelum meneran, pastikan belakang anda berada dalam keadaan tegak.
Wheel Chair
Salah satu kaedah terkini proses kelahiran adalah menggunakan wheel chair. Sesetengah hospital swasta di negara ini sudah pun menggunakan kaedah tersebut. Penggunaan wheel chair ini bukan sahaja memudahkan ibu bersalin, tetapi dapat mengurangkan rasa sakit ketika berlaku kontraksi.
Ads
Dalam Air
Kaedah ini paling jarang atau tidak pernah langsung dilakukan di sini. Kaedah ini dikatakan paling ideal kerana ketika proses kelahiran, ibu tetap rasa selesa kerana hampir separuh badan ibu hamil ini ditenggelami air. Biasanya kaedah tersebut perlu dilakukan di dalam tab mandi atau apa sahaja alat yang boleh menakung air dan cukup ruang untuk ibu masuk ke dalamnya.
Proses kelahiran ini berlaku dalam keadaan posisi ibu duduk tegak. Anda tidak perlu khuatir bayi yang dilahirkan akan lemas. Hal ini kerana, apabila proses kelahiran berjaya, bayi dengan segera di bawa keluar dari dalam air.
Walau apa pun pilihan anda, perkara utama yang perlu anda latih dan latih adalah persediaan minda anda untuk menghadapi situasi ketika bersalin. Walau sebanyak mana pun latihan yang dilakukan, jika tidak ada keyakinan diri, sukar untuk anda menempuh pengalaman bersalin dengan cara menyeronokkan.
Apabila membina rumahtangga, sudah tentu tidak akan terlepas mengalami pelbagai masalah. Onak duri yang mendatang kadang buat diri rasa down.
Namun, jika kita abaikan masalah yang mendatang, tapi fokus kepada untuk membahagiakan keluarga pasti ia memberi sinar.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Apabila masalah melanda dan keadaan menjadi tertekan. Kecilkan fokus.
Anda ada masalah dengan keluarga, adik beradik bergaduh sesama sendiri, ibu dan bapa bertelagah dan tidak sehaluan.
Ada yang mentuanya tidak suka. Di awal perkahwinan sudah memaklumkan yang anda bukan menantu pilihan.
Ipar-duai pula jenis mengata. Apa sahaja yang anda buat, semuanya tak kena. Sering dihasut orang lain supaya membencikan anda.
Ada pula yang jiran tetangga tidak henti-henti berdengki. Sentiasa ada mata tajam memerhati setiap gerak geri dan mengumpat dan mencaci apa sahaja yang anda lakukan.
Kawan-kawan ada agendanya tersendiri. Sehinggakan ada yang bertepuk tangan apabila anda dilanda masalah.
Jika anda sedang lalui salah satu atau semua perkara di atas, nasihat saya ialah, kecilkan skop dan fokus hanya pada keluarga anda. Sama ada suami atau isteri dan, atau anak-anak.
Pedulikan semua benda yang bermasalah. Biarkan mereka mengata, biarkan mereka mengeji, biarkan mereka membenci.
Fokuskan segala tenaga anda untuk menggembirakan keluarga sendiri.
Bukan orang luar itu yang akan bersama anda tatkala susah. Bukan mereka yang akan menghulurkan tangan di saat anda kelemasan.
Bukan bermaksud memutuskan hubungan, tetapi setiap masalah yang berlaku, jangan penatkan diri cuba mengubah apa yang kita tidak boleh ubah, tetapi fokuslah pada apa yang boleh menggembirakan kita, iaitu keluarga sendiri.
Dengan cara ini, anda akan tidak kelesuan melawan hinaan atau masalah orang, tetapi anda sentiasa bertenaga kerana anda gembira di dalam bulatan kegembiraan kecil anda. Pilih siapa yang layak untuk berada di dalam bulatan itu dan hiduplah dengan gembira tanpa dipengaruhi anasir luar yang mendatangkan masalah.
Berkomunikasilah, selesaikanlah masalah di dalam bulatan itu dengan baik dan cepat. Lebih kecil bulatan itu, lebih mudah masalah dan ujian dapat dihadapi serta diselesaikan dengan baik.
Berhenti cuba mengubah apa yang tidak boleh diubah. Ada manusia memang tidak akan berubah walau apa juga yang kita buat atau cakap.
Kongsikan penulisan ini jika ianya bermanfaat.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Kredit: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon, Datin Diana Danielle berkongsi detik mencemaskan mengalami perasaan gangguan kebimbangan atau keresahan yang juga dikenali sebagai diserang ‘anxiety attack‘ .
Ibu kepada dua orang anak ini dan isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil itu terbuka berkongsi mengenai penderitaan yang dialaminya menerus, meluahkan rasa hati melalui rakaman video yang dimuat naik menerusi Instagram, semalam yang telah mengejutkan ramai rakan artis dan peminatnya. Ikuti pengakuannya menerusi rakaman berdurasi 2.50 minit.
“Saya tidak peduli bagaimana rambut, wajah dan cara berpakaian saya ketika ini. Ini adalah kebenaran yang mungkin ramai cuba nafikan atau mendengar ahli keluarga berkata, ‘bertenang kerana semua itu tidak benar’. Anda juga tidak tahu mengapa ia terjadi, apakah kerana kita lemah atau mengada-ada?
“Sebenarnya, tidak kerana minda, tubuh dan semua yang ada tidak lagi seperti diri kita yang dahulu. Anda mungkin berfikir akan jadi lebih sekiranya cukup tidur. Tetapi, semua yang berlaku ini di luar jangkaan. Ia bermain dengan emosi dan menyebabkan saya penat. Saya tidak menangis, kecuali jika ia terlalu melukakan.”
Breaking down and tired from anxiety
Those who have it can relate. I dont care how my hair or face or clothes look like right now — this is the raw truth that many people have tried to deny themselves of, family members saying “it’s not real, chill” or you yourself saying “i dont know why, am i weak? Am i just mengada?” No dear — your mind, your body, your everything will just sweat, shake, hyperventilate, heart racing at random times and for no reason and you feel helpless. You think – hm, maybe if i have enough sleep i’d be better. Maybe if i have enough food i’d be better. But this thing is unpredictable. It plays with your emotions, and right now im tired. See I dont cry. I dont. Only when it hurts to my core. But not being able to breathe for so many days is so scary and is sooooo frustrating. My chest hurts from overextending the breathing. I would never dream of making a video crying like a baby and show it to the world. But it’s important to speak about mental health that affects so many others. I share because in malaysia this is not shared, people go thru it in silence, don’t be shy to seek help from a professional, an ustaz who is experienced and who can share steps to manage the overwhelming experience — some have suffered for 10-20 years in silence and it’s not fair. So ill be open and try some solutions given by so many good hearted people. Just know that panic attacks can turn to anxiety attacks which can also turn into other forms of mental instabilities so find your channel, your solution and spread your way of getting better. Maybe someone going through it now will be able to see the light at the end of the tunnel.
Manakala melihat kepada ruangan komen, para peminatnya mendoakan kesihatannya serta nasihat. Malah ada juga berkongsi pengalaman pernah mengadapi penyakit itu.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew menerusi laman facebooknya sentiasa menjadi sumber inspirasi dan panduan kepada suami isteri yang lain.
Paling bahagia dapat kayuh basikal berdua dengan bidadari tercinta. Kasihan bidadariku ini penat dan tak sempat masa dating berdua.Miss u sayang bidadariku..rindunyalah ya Allah tuhanku..terima kaseh ya Allah..
Ada sekali bila sampai rumah tengah malam. Dah 1 pagi. Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu. Tunggu suami seperti selalu. Rasa sebak lak. Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya. Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.
Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak. Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.
Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. Ya Allah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.
Ada baju siang. Baju malam, baju berjalan, baju di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa.ya Allah..ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat. Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas. Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem.
Takut bidadari saya terjaga. Kerana saya tahu bidadari saya penat jaga dan urus anak-anak. Itupun saya takkan terbalas jasanya. Ya Allah.Bidadari saya menangis kejut saya. Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah.
Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Bahagiakan hati sayang buat Allah sayang.Abang nk pegang tangan sayang pimpin masuk syurga. I love u sayangku bidadariku-ebitlew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...