Apa yang kita berikan pada orang lain, itulah juga yang kita dapat. Jika kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan, tentu sahaja kebaikan yang kita dapat. Begitulah lumrahnya.
Begitulah juga dalam mempersiapkan diri kita untuk melalui hari tua kelak. Cara dan bagaimana kita harapkan untuk anak-anak menyantuni kita begitulah sewajarnya kita sebagai anak pula menyantuni ibu ayah yang kini telah berusia.
Lantaran itu, perkongsian daripada akaun fb Akhtar Shamir ini bolehlah dijadikan panduan untuk kita melihat ke dalam diri sendiri akan tingkah laku kita terhadap orang tua. Jom semak perkongsian ini.
Seorang Ibu boleh membesarkan ramai anak, tetapi ramai anak pun belum tentu boleh menjaga seorang Ibu.
Tanda-tanda anak semakin jauh dari Ibunya.
1. Tidak rasa bersalah jika tidak menghubungi Ibunya dalam jangka masa yang panjang.
2. Tidak mahu Ibu tinggal bersama.
3. Tidak bersedia untuk menerima Ibu menziarah.
4. Tidak mengambil tahu perkembangan dan bertanya khabar Ibu.
5. Tidak mendengar teguran dan nasihat Ibu.
6. Tidak menegur kesalahan Ibu.
Ads
7. Tidak mengambil peduli apa yang Ibu suka atau tidak suka.
8. Tidak cuba untuk menggembirakan Ibu.
9. Tidak berusaha untuk memudahkan urusan Ibu.
10. Tidak mendampingi Ibu apabila dia di dalam ketakutan, kerisauan, kesunyian.
11. Tidak menggalakkan cucu bermesra dengan Ibu.
12. Tidak sabar dengan karenah Ibu.
13. Tidak memaafkan kekhilafan Ibu.
Ads
14. Tidak menjaga aib Ibu.
15. Tidak ada rasa kasih dan sayang kepada Ibu.
16. Tidak menghormati Ibu dan meninggi suara kepadanya.
Marilah kita sama-sama semak diri kita. Benar, melayan dan menjaga Ibu yang sudah tua ini ada kalanya mencabar. Tetapi bagaimana pula dengan kita masa kecil dahulu? Kencing pun tak pandai, berak pun bersepah-sepah, pegang sudu pun tak reti. Siapa yang ajar tu semua kalau bukan Ibu kita?
Adakah Ibu tidak sabar dengan karenah kita? Adakah Ibu menjauhkan diri dari kita? Adakah mereka berputus asa dan membiarkan sahaja kita terkontang-kanting sendirian? Sudah pasti tidak. Jadi, kenapa kita menjauhkan diri dari Ibu kita? Kenapa kita rasa berputus asa untuk menjaga Ibu kita? Kenapa kita biarkan Ibu sendiri?
Ads
Ibu memberikan segalanya secara percuma kepada anak-anak. Kenapa kita tidak boleh memulangkan segala yang percuma itu? Kenapa kita berkira sekarang?
Whatsapp Ibu itu percuma. Bukan sms mahal macam dulu. Jika ada wifi, video call pun percuma. Bukan video call zaman dulu mahal. Yang percuma pun kita tak mampu nak bagi?
Ibu boleh memberi sepenuh perhatian kepada kita dahulu, tetapi kita tak beri perhatian pun kepada Ibu. Kita tak peduli apa yang Ibu perkatakan. Kita rasa bosan dan tidak berbual-bual dengan Ibu.
Apa yang kita boleh buat untuk tidak memutuskan hati dengan Ibu?
1. Call bertanya khabar.
2. Video call bersama anak. Ibu boleh lihat cucu dan menjadikan cucunya lebih rapat.
3. Tanya keperluan Ibu jika ada yang perlu dibantu.
4. Sentiasa sediakan diri dan keluarga untuk menerima Ibu untuk tinggal bersama.
5. Perlu faham melayan orang tua ini seperti melayan anak kecil. Sangat perlu sabar.
Saya fokuskan kepada Ibu buat masa ini kerana Ibu yang telah kehilangan Ayah kita, sangat memerlukan anak-anaknya.
Semoga kita persiapkan diri untuk menjaga Ibu kita kerana kita mahu anak kita siap untuk menjaga kita pula nanti.
Kongsikan penulisan ini buat pedoman semua. In Shaa Allah.
Memanfaatkan dengan ‘memasukkan’ data-data positif pada anak-anak sebelum mereka tidur, itu lazim kita lakukan.
Ini memandangkan kita tahu ketika minda anak-anak berada pada separa sedar, setiap apa yang dibisikkan mampu mempengaruhi diri seseorang dari segi kesan fizikal atau emosi.
Hal yang sama dikongsikan oleh Najmi Nawawi dan turut mengingatkan beberapa perkara yang mungkin kita terlupa untuk buat pada diri sendiri.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang sudah amalkan. Sebelum anak mereka tidur, dijadikan waktu terbaik untuk install segala perkara yang positif dalam minda anak-anak. Bisik terus pada telinga anak-anak, saat anak-anak mengantuk.
“Maryam budak yang baik.”
“Aisyah ialah anak solehah.”
“Maryam dengar cakap daddy mommy.”
“Aisyah sangat pandai dan bijak.”
Yang ramai orang tidak amalkan, ialah bisik pada diri sendiri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, ingat 3 langkah ini.
Pertama PENGAKUAN
“Najmi ialah seorang daddy yang baik.”
“Najmi seorang daddy yang bersabar.”
“Najmi parent yang baik untuk Maryam & Aisyah.”
“Najmi, daddy yang sangat bertanggungjawab.” inline_image_preview.
Kedua BAYANGKAN
Letakkan diri kita dalam pengakuan tadi. Bayangkan kita melaksanakan. Bayangkan Najmi tengah jaga anak-anak. Najmi tengah peluk anak-anak dan Najmi tengah didik anak-anak dengan penuh kesabaran. Cuba buat bayangan visual se-detail yang mungkin.
Ketiga RASAKAN
Letakkan diri kita dalam keadaan yang telah berjaya. Seronok. Bahagia. Bersama anak-anak. Senyum dalam kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Saat ini, matlamat sudah tercapai. Seolah-oleh kita telah berjaya reset dan rewire minda kita.
Ibu ayah adalah orang yang bertanggungjawab mendidik kita semasa kecil untuk menjadi seorang yang berguna sehingga mendapat kehidupan yang sempurna. Namun, masa berlalu pantas, wajah mereka dimamah usia. Semakin hari usia makin bertambah. Anak-anak pula semakin dewasa dengan pelbagai komitmen. Apa jua masalah dan kesibukan yang melanda, anak-anak tidak harus lupa jasa-jasa ibu bapa.
Bukan itu sahaja, baliklah kampung atau bercuti untuk menghabiskan masa bersama mereka sementara masa hayat dikandung badan. Renunglah wajah mereka selagi ada masa untuk menikmati saat ini. Lihatlah sinar matanya yang dulunya tidak tidur malam menjaga kita kala demam, kepenatan mencari rezeki dan segala kepayahan membesarkan kita.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Muhammad Hassan ini yang cukup inspirasi agar kita mengingati jasa orang tua kita sementara hayat mereka di dunia ini.
LIHATLAH WAJAH IBU AYAH
Gambar sekadar hiasan
Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.
Saya tenung wajah mak dan ayah mertua saya dari jauh. Time tu mak dan ayah dok tengok tv. Tiba tiba wife tegur. Kenapa dari tadi saya tengok awak tenung mak dan ayah?
Saya perlahan cakap. Awak nak tahu tak apa yang kita selalu rugi hari ini? Kita selalu rugi hari ini apabila berhadapan dengan mak ayah kita lupa nak tatap wajah mereka,kita sibuk mengadap HP,hadap benda lain. Sedangkan antara perkara yang mudah untuk kita dapat pahala adalah melihat wajah dan berbuat baik terhadap mereka.
Awak nak tahu tak,saya dari zaman kanak kanak lagi kehilangan mak. 7 tahun lalu kehilangan pula seorang ayah yang cukup hebat. Moment yang saya nak sangat imbas kembali adalah melihat wajah mereka. Mahu peluk cium mereka. Nak cium perut mak saya. nak cium tapak tangan mak.
Awak ingat lagi tak tahun lepas saya peluk mak awak sampai menangis teresak esak. Sebab saya bahagia,gembira sangat الله hadirkan semula seorang mak dalam hidup saya dan saya akan taruhkan nyawa saya untuk mereka.
BERBAKTILAH KEPADA ORANG TUA SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
Gambar hiasan
Yang masih ada mak ayah. Rugilah jika jarang sekali jumpa mereka,tapi masih sibuk mengadap HP,sibuk dengan urusan lain. Tidak peliklah hari ini ada anak anak tidak hormat kepada mak ayah,lalu depan mak ayah pun takda adab. Sebab mereka lihat contoh bagaimana kita berhadapan dengan mak ayah kita.
Manfaatkanlah masa bersama mereka dan berbaktilah kepada mereka selagi nyawa belum terpisah dari jasad. Kerana saat kita bersama mereka adalah saat yang paling berharga. Mungkin itu adalah saat yang terakhir kita bersama mereka.
Hargailah mereka,berbuat baiklah terhadap mereka,jangan berkecil hati atau berkira dengan mereka,kerana asbab mereka kita ada hari ini,asbab mereka siapa kita hari ini.
Semoga muhasabah diri dengan perkongsian ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kadang-kadang bila anak-anak kena masalah tonsil, memang boleh jadi berisiko sikit. Tapi jangan risau, ada cara-cara yang boleh kita buat untuk jaga kesihatan tonsil.
Jadi, melalui perkongsian daripada Dr. Ezairy M.Sallih, berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini dan seterusnya merawat.
Nak tahu bagaimana, ikuti lanjut perkongsian ini.
“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor. Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria? 1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil. 2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari. 3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah 4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil? 1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher. 2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan). 3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess. 4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.