Menyediakan ruang yang lebih santai untuk dijadikan tempat berkumpul anak beranak untuk melakukan aktiviti outdoor namun masih di rumah sendiri pastinya itu menarik bukan?
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd Azrul Mohd Razak, membuat transformasi ruang balkoni menjadi ruang yang cukup selasa untuk keluarganya bersantai bahkan melakukan aktiviti berkhemah.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Disebabkan ramai yang bertanyakan saya berkenaan kos untuk siapkan ni, maka saya kongsikan skit maklumat semoga bermanfaat untuk semua.
Sebenarnya kos dia tidak la mahal jika :
1. Anda buat sendiri (DIY) bukan upah tukang.
2. Survey beberapa kedai sebelum beli raw material.
3. Belajar dari Youtube dan banyakkan bertanya orang² yang pakar dan berpengalaman.
Proses pertama sekali anda perlu pastikan samada balkoni anda kalis air (tiada kebocoran atau dalam bahasa Melayu di sebut “leakage”. Sekiranya tidak, maka anda dapat jimat kos untuk buat waterproofing.
Tetapi sekiranya terdapat kesan lelehan air pada bumbung bermakna terdapat “leakage” pada lantai balkoni maka proses waterproofing perlulah dibuat. Kos untuk bahan waterproofing bergantung kepada keluasan balkoni.
Anda boleh menggunakan Bitumen atau Waterproofing Pentens T200 untuk proses waterproofing. Harga utk 5kg Pentens T200 RM69 shj dan cukup untuk (2 layer) keluasan balkoni saiz 10 meter equals to 32 feet.
Note : Pastikan waterproofing lapisan pertama kering sekurang-sekurangnya 8-12 jam sebelum apply lapisan ke-2.
Setelah selesai, boleh kiranya samada untuk anda cat lantai balkoni dengan Cat jenis Epoxy anggaran harga RM160 (4 liter + 1 liter Hardener).
Walaubagaimapun saya memilih untuk letakkan rumput artificial. Harga bagi rumput artificial bergantung kepada jenis dan saiz anggaran lingkungan harga seperti berikut :
Gred 1 : RM150/meter dan keatas (rumput lebih panjang)
Gred 2 : RM110 -RM150/meter (sederhana panjang)
Gred 3 : RM90 +- (rumput pendek dan sedikit kasar).
Saya memilih Gred 2 (RM110/meter) disebabkan tidak terlalu kasar dan rumput tidak terlalu panjang maka mudah untuk keluarkan habuk yang terkumpul berbanding Gred 1 yang lebih panjang rumputnya dan lebih menyimpan habuk.
Bagi balkoni rumah saya yang berkeluasan kurang lebih 32 kaki persegi memerlukan 10 meter artificial grass ini (RM110 x 10meter = RM1,100). Kos pemasangan pula adalah Percuma. Anda cuma perlu beli cutter RM1.00 dari kedai alatulis untuk memotong artificial grass dan menyusun mengikut kesesuaian ruang.
Pastikan artificial grass yang dibeli mempunyai warranty sekurang-sekurangnya 5 tahun (tahan cuaca hujan/panas).
Diharapkan ianya dapat sedikit sebanyak membantu dan bermanfaat buat anda semua. Penat saya menaip, jangan nanti ada yang suruh saya lukis plak. Rajin² lah membaca yer. Membaca Amalan Mulia. Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Sumber : Mohd Azrul Mohd Razak