“Siapa Tak Pernah Makan Kinder Bueno Ni?” Cikgu Ni Bagi Untuk Muridnya Merasa. Terbaiklah!

Share

Kemuliaan dan bakti seorang guru cukup besar impaknya dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan berguna.

Sebagai ibu ayah, terasa tidak mampu untuk kita membalas jasa guru walau dengan menzahirkan pelbagai kata indah sebagai bukti penghargaan atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan.

Tidak hanya menjalankan tugas hakiki untuk mendidik anak  bangsa, malah seorang guru ini menunaikan hasratnya untuk memberi anak didiknya merasa coklat Kinder Bueno, sesuatu yang mungkin tak pernah atau jarang anak muridnya merasa, nyata mendapat pujian warganet.

Ikuti perkongsian penuh cikgu ini.

” Cikgu, bila nak bagi Kinder Bueno?”.

” Kejap lagi, kita belajar dulu.”

Tiap Jumaat, usai sekolah dibuka semula, memang aku dah niat, nak bagi anak-anak aku kat sekolah makan coklat. Tak kisahnya coklat apa, tapi aku harap dapat bagi yang tersedap.

Alhamdulillah, niat aku, tuhan permudahkan.

Tiap minggu, ada saja sumbangan untuk anak-anak aku ni. Tak banyak, sikit tu InshaAllah, ada. Alhamdulillah.

Aku tanya pada budak-budak.

” Siapa tak pernah makan Kinder Bueno ni?”

Separuh kelas angkat tangan.

Allahuakbar. Betapa, di era kini, masih ada lagi yang tak mampu merasa. Rasa sedapnya coklat yang agak mahal ini. Dulu, aku, kalau ada orang bagi Sugus pun, aku cium Sugus tu.

Sungguh.

Sebab tulah, aku nak anak-anak aku ni, merasa. Sesuatu yang mungkin tak pernah atau jarang mereka dapat. Bukan semua mak ayah yang nak belikan untuk anak mereka. Mahal ni.

Bukan apa, bila tengok diaorang makan, aku rasa sayu. Seolahnya, akulah yang sedang nikmati coklat tu dulu. Zaman tahun 80an.

Aku juga sempat sharekan dalam group kelas. Respon mak ayah positif. Ramai yang ucapkan terima kasih dan mendoakan aku dan penyumbang. Hari Jumaat yang menenangkan.

Aku juga buktikan, biar di usia menghampiri 50an, aku dapat lakukan sesuatu untuk anak-anak di sekolah dengan cara tersendiri.
Jauh sekali mengharapkan anugerah, tak terfikir nak dapatkan pujian boss-boss.

Sepanjang usia 24 tahun berkhidmat, baru sekali aku merasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Itu pun lepas Guru Besar waktu tu tanya dalam mesyuarat,

” Siapa lagi belum pernah dapat APC ?”

Aku pun angkat tangan. Markah? Masa aku dapat tu, markah aku tak sampai 90 dan sepanjang aku berkhidmat, aku belum merasa markah 90. Percayalah, ini hakikat.

Maka, aku tak harapkan pujian manusia dah. Aku cari kepuasan diri sebenarnya. Itu lebih tenang. Itu lebih menyeronokkan pada aku.

Ada kawan syorkan, minta tukar sekolah.

Aku dah 14 tahun di sekolah sekarang.

Aku tak fikir lagi bab tukar sebab pada aku, anak-anak ini keutamaan. Anak-anak Sabah yang berhijrah ke Semenanjung.

Percayalah, kisah aku ini takkan masuk dalam akhbar sebab tak ada unsur sensasi. Kalau aku tampar budak sampai koyak mulut, tercabut telinga, inshaAllah esok aku akan terkenal.

Inilah guru. Guru lelaki. Kami ni hina.

Buatlah baik macam mana pun tetap dicap negatif. Kami tabah. Kami buat sahaja kerja sepatutnya. Kami buang taik budak tak dihargai, kami buat garis padang orang tak nampak, kami selamatkan budak, akhbar tak keluarkan berita. Kami redho dah.

Dunia sekarang memang begitu.

Jadi, aku bagi je anak-anak makan coklat.

Mak ayah anak-anak ni seronok. Anak tak ponteng sekolah, anak-anak nak pergi sekolah.

Sumber : Pe Chey

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club