Bila cakap pasal pecal, memang boleh dikatakan orang Jawa paling hebat menyediakan menu nan satu ini. Pun begitu, kalau di tanya siapa pula suka makan pecal? Tentu sahaja ramai antara kita menggemari akan rasanya.
Umumnya, bila hendak membuat pecal kita akan pastikan untuk memilih hanya sayur-sayuran yang segar sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan agar rasanya lebih menyelerakan bila dijamah. Selain tidak menafikan keenakan rasa kuahnya juga memainkan peranan yang sangat penting agar hidangan yang disajikan sedap rasanya.
Oleh itu di sini disertakan resipi pecal paling mudah untuk disediakan oleh ibu-ibu semua dan rasanya juga cukup menyelerakan.
PECAL SAYURAN
Bahan-bahan (A) :
1/2 ikat pucuk ubi-dicelur
1/2 ikat pucuk paku-dicelur
1/2 ikat kangkung-dicelur
Ads
150 gm kacang panjang-dicelur
100 gm tauge-dicelur
2 keping tempe -digoreng
2 biji tauhu basah -digoreng
1 biji timun
Ads
150 gm sengkuang
Bahan untuk Kuah (B):
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Ads
4 biji cili merah
4 biji cili api
sedikit belacan
300 gm kacang tanah
Asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan :
Goreng bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan sedikit belacan. Kemudian di tumbuk. Ketepikan.
Goreng juga kacang tanah dan di tumbuk halus.
3.Kemudian gaulkan kesemua bahan-bahan (B) yang telah digoreng dan ditumbuk bersama asam jawa berserta garam dan gula secukup rasa.
Campurkan air panas sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kelikatan yang dikehendaki.
Gaulkan bahan-bahan (A) bersama kuah dan siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kek yang lembut dan gebu sudah semestinya akan menjadi idaman buat yang gemar makanan pastri. Jika asyik tak jadi atau kek tak naik, banyak puncanya salah satunya penggunaan telur yang salah.
Terdapat pelbagai tip untuk pembuatan kek, biskut, roti dan juga kuih-muih yang melibatkan telur. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan dalam adunan & melembabkan teksturnya.
Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain.
Namun, kadang kala, agar sukar memperolehi telur gred A di setengah kedai. Tak perlu risau, jika berlaku situasi begini, ada kiraannya untuk memastikan kek tetap gebu walaupun menggunakan telur gred lain.
Menarik dengan perkongsian ini, ia menjelaskan cara kiraan bagi sebiji telur mengikut gred telur. Biasanya jika sukatan bahan tak tepat seperti terlebih telur akan menyebabkan kek berderai. Jadi cara formula puan Nieza Nor Hamnira ini dapat membantu untuk anda menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut.
Ikuti perkongsian ini.
Selalu share tips ni dalam kelas buat kek je, tapi ni rasa patut juga share secara terbuka dengan sesiapa yang memerlukan. Supaya ramai yang faham yang buat kek ni taklah strict sangat, banyak syarat dan terma. Padahal guna apa ada je pun boleh. Ni nak share tentang penggunaan telur dalam pembuatan kek.
MITOS (KEPERCAYAAN) : Gred telur ikut saiz dia. Nak buat kek kena ada telur gred A. Takde telur gred A tak boleh buat kek.
FAKTA : Gred telur bukan ikut saiz, dia ikut berat. Bukan semua tempat atau kawasan ada jual telur gred A Telur yang selalu ada kat kedai runcit, biasanya gred B Resepi biasanya tulis berapa biji, bukan gram. Nak buat kek boleh je guna telur gred apapun. Janji berat yang diperlukan tu cukup.
TIPS & FORMULA (*KAMPUNG) SUPAYA SENANG FAHAM : Telur Gred A (tanpa kulit) sekitar 55 gram Telur Gred B (tanpa kulit) sekitar 50 gram Telur Gred C (tanpa kulit) sekitar 45 gram Telur Gred D (tanpa kulit) sekitar 40 gram
CONTOH : Resepi buat kek selalunya dia tulis 4 biji telur (A) – selalunya memang tak sebut gred A. Kena faham sendiri. Tapi telur yang ada kat rumah kita tu jenis gred B, boleh ke? Boleh. Sebenarnya resepi tu nak guna berapa gram telur? Sebenarnya resepi tu nak guna 4 biji x 55 gram = 220 gram Jadi, telur yang ada kat rumah kita ada berapa gram kalau 4 biji? 4 biji x 50 gram = 200 gram Kita kurang 20gram rupanya. Satu biji (lebih kurang) 50 gram. Nak dapatkan 20 gram macamana pulak?
PENYELESAIAN : Ambil 4 biji telur, pecahkan, asingkan. Ambil lagi sebiji, pecahkan, kacau rata, tuang setengah (tak perlu la timbang, jenuh mak nak ikut nau-nau perinciannya.. hehe) ke dalam bekas telur yang 4 tadi. Jadilah 200+20gram = 220 gram (lebih kurang)
Itu kalau nak spesifik sangat, kalau nak lagi sempoi, pecahkan je terus 5 biji gred B tu. Takde hal. Ini semua untuk pemahaman lebih baik, lebih sempoi lagi je. Bukan mesti patut ikut tepat tetap gitu.
Halal je la, masa putar, masukkan sedikit demi sedikit telur tu, putarlah sampai sebati. Bila dah faham formula telur ni, senang cerita. Sekarang selesai masalah! Tak perlu pergi ke tempat jauh redam nak beli telur gred A punya pasal. Kat kedai runcit depan pun boleh, janji tahu dan faham formula telur dalam kek.
Dan yang perlu berlebih-lebih melimpah ruah dalam resepi ialah, kasih sayang. Acewah :: Disclaimer : Haaa.. jangan ada yang claim telur gred B yang dia timbang kat rumah tu 62gram pulak. Kan saya dah kata, ini formula *kampung saya yang saya guna dan faham dalam bisnes kek-kek saya sejak 9 tahun lepas. Setakat ini, menjadi – Alhamdulillah.
Sila panjang-panjangkan, moga ia bermanfaat sebagaimana ia bermanfaat buat saya dan keluarga.
Sebagai ibu bapa yang bekerjaya, kehidupan harian kita memang dipenuhi dengan urusan pekerjaan. Bahkan, lebih banyak masa dihabiskan di pejabat. Justeru, tak punya banyak masa dengan anak-anak kecuali hujung minggu.
Jika ada masa terluang, apa kata ibu-ibu ajak anak memasak bersama. Selain mengajar mereka berdikari, aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan.
Jom buat snek ringkas bersama anak-anak. Ikut simple step ini, confirm diorang suka dapat hands on sendiri.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh saudari Hurun’Iin Malik .
Crispy pocket pizza
Bahan-bahan:
Roti tortilla
Ayam cincang (masak dulu)
Mayonis
Tomato sos
Mozarella cheese
Gam-tepung campur air.
Cara-cara:
1. Potong tortilla kepada dua. Lipat membentuk kon dan gamkan guna air bancuhan tepung.
2. Campurkan bahan ayam, mayonis sos tomato dan mozarella sebati masukkan ke dalam tortilla kon tadi dan tutup atasnya dengan gam tepung tadi.
3. Goreng dengan minyak sekejap saja setiap side sehingga garing keperangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah...