
Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Wanita Ni Kongsi Tutorial Deep Cleaning Bilik Air & Tandas Yang Kotor Berkarat. Hasilnya Lantai & Dinding Bersih Berkilat

Seronoknya bila dah ada rumah sendiri kan. Terbayang-bayang apa konsep dan tema untuk dihias di kediaman sendiri. Tetapi kalau dah namanya rumah secondhand, nak tak nak anda kena terima segala macam kekurangan.
Part paling sedih bila masuk bilik air, Pasti ada yang termenung seketika melihat apa yang ditinggalkan oleh orang sebelum ini. Tapi tak perlu pening kepala. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Tip ini dikongsikan oleh Hani Mynis. Selamat mencuba!
#kemasrumahwithhani : deep cleaning bilik air
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha 🙈🙈
.
Tapi berita baik nya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana utk buat deep cleaning bilik air ha!
.
Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco.
Keadaan bilik air sebelum dicuci.
.
Semoga bermanfaat 🤗😘
.
.
P/s: as requested, hani import dari ig story je haha
.
P/s:
Ada sesetengah kotoran yg degil susah nak hilang mmg perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dgn cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan. Apa yang hani buat dlm tutorial ni bukan deep cleaning yg weekly hani buat tau 🙈🙈 deep cleaning yg mcm ni sesuai utk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa shj(bergantung kpd tahap kekotoran) 😘🤗
P/s: semua hardware yg boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah 🙈🙈. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco)
“Comelnya, Muka Ayah Betul. Siapa Berani Cuit….” Anak Perempuan Mirip Zul Huzaimy Raih Perhatian Warganet

Zul Huzaimy bukanlah calang-calang pelakon, malah dia antara pelakon berbakat yang memiliki ramai peminat drama tanah air.
Baru-baru ini dia mengejutkan ramai peminat apabila menyertai rancangan The Masked Singer musim kedua apabila dia muncul sebagai maskot Mat Penyu. Tidak sangka rupa-rupanya dia memiliki bakat menyanyi.
Jika ada yang mengikuti perjalanan seni Zul Huzaimy menerusi media sosial, pasti akan lihat pengarah bagi drama Seindah Sakura ini sering berkongsi perkembangannya.
Ada antara warganet yang tidak tahu dia sebenarnya sudah mendirikan rumahtangga. Untuk rekod, pelakon I-Tanggang ini sudahpun berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nur Ernawati Mohamad.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Indah Armani dan Indra Arjuna.
Sebelum itu, Zul pernah mendirikan rumahtangga dan menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awal Haziq.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu ini turut mendapat perhatian warganet merupakan anak perempuan Zul Huzaimy yang dilihat juga telah memulakan persekolahan.
Menerusi perkongsian tersebut, warganet dapat melihat wajah anak perempuan Zul Huzaimy yang bukan je comel malah saling tak tumpah dengan ayahnya.
Sumber:zulhuzaimy_m
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Rasa Sakit Pada Bahagian Kanan Atas Perut. Mungkin Itu Petanda Ada Batu Karang Hempedu!

Tiada siapa pun yang ingin sakit dan hakikatnya nikmat kesihatan itu cukup besar dan bermakna.
Pun begitu, dalam bab penjagaan kesihatan jangan pula kita sekadar nampak luaran sihat tetapi dalaman sebaliknya.
Contohnya, bila menyentuh tentang penyakit Batu Karang Hempedu yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini.
Penyakit ini memerlukan masa yang panjang dan sebelum ke tahap serius, tubuh badan Kita akan menunjukkan beberapa tanda-tanda.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari dr Zubaidi ini
PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.
Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus. Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.

Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu :
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan
Rawatan masalah ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab.
1. Pembedahan
Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
2. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.
.
Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan pesakit. Tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.
Sumber : Dr Zubaidi Hi Ahmad