Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Nak Jaga Tulang Belakang, Perlu Amalkan Ni. Jika Dah Sakit, Payah Dibuatnya!
Tulang belakang merupakan salah satu organ kita yang cukup penting. Adanya struktur tulang belakang yang tersusun sempurna, sihat dan kuat, sudah pastinya akan memperlihatkan postur tubuh seseorang itu tampil tegak dan tampak menarik.
Pun begitu, ramai juga antara kita mengabaikan penjagaan tulang belakang ini. Mungkin kerana naif atau sengaja tidak ambil pusing tentang penjagaan kesihatan selagi belum ‘terasa’ kesannya.
Secara umumnya, tulang belakang juga boleh cedera disebabkan oleh kesilapan kita sendiri dalam melakukan aktiviti harian. Untuk itu, segera beri perhatian dan cuba praktik cara termudah untuk jaga kesihatan tulang belakang sebagaimana cara yang disarankan tiap kali melakukan kerja-kerja harian. Jom hadam betul-betul kaedahnya!
MENGANGKAT OBJEK / BEBANAN
Contohnya ketika hendak angkat anak kecil dari paras lantai, pertama sekali jangan sesekali bongkokkan badan, sebaliknya bengkokkan lutut dengan badan yang tegak.
Jika tidak berbuat demikian, ini menyebabkan tulang belakang terpaksa menarik bebanan dengan tekanan tinggi dan boleh menyebabkan pinggang terseliuh atau kejang.
Meskipun anda yakin boleh angkat sesuatu objek, postur badan tetap perlu dijaga. Begitu juga ketika hendak menyimpan barang berat di tempat yg tinggi, gunakan kerusi atau tangga.
BERDIRI LAMA
Ganti posisi berdiri sekerap mungkin jika terpaksa berdiri dalam jangka masa lama. Contohnya ketika sedang menggosok baju. Ini perlu untuk menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdiri tegak, jangan membongkok dengan kepala tegak.
KETIKA BERJALAN
Berjalan dengan tegak, dengan kepala memandang ke depan dan punggung lurus. Berjalanlah dengan postur tegak, pandang ke depan(jangan tunduk sangat), dan hujung kaki menunjuk lurus ke depan(bukan berjengket).
Gunakan kasut yang selesa dan bertapak tipis. Hindari berdiri dengan posisi yang sama dalam waktu lama. Jangan berjalan membongkok, seeloknya jangan guna kasut tumit tinggi.
KETIKA DUDUK
Contohnya ketika memandu, duduklah dengan tegak, tarik kerusi supaya kaki berada lebih dekat dengan pedal. Pastikan kedua-dua lutut selari dengan pinggul.
Sokong bahagian bawah punggung dengan penyokong tulang belakang. Jangan duduk terlalu jauh dari stering. Perhatikan kaki ketika menekan pedal. Jika terlalu jauh, dekatkan! Ini kerana otot kaki boleh menyebabkan menjadi kejang dan tekanan di tulang punggung. Dalam hal ini, kaum wanita harus lebih prihatin.
Ketika duduk di depan komputer atau di depan tv terlalu lama, pastikan paha selari dengan lantai, jangan sampai lutut lebih tinggi dari paha atau angkat kaki lebih tinggi dari lantai.
Biarkan kedua telapak kaki berada rata di lantai dan punggung mendapatkan sokongan dari belakang kerusi.
Untuk lebih selesa, letakkan pelapik bergulung di bahagian bawah punggung. Pastikan anda melihat lurus ke depan, tidak menunduk atau melihat ke atas.
Posisi yang tidak selesa dalam waktu yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.
KETIKA BARING
Semasa tidur pula, manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi keselesaan masing-masing. Namun, untuk menjaga tulang punggung dengan baik, pastikan tempat tidur cukup keras dan rata.
Ketika tidur dengan posisi mengiring, bengkok sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertemu. Jika tidur terlentang, letakkan bantal kecil di bawah lutut.
Elakkan dari tidur meniarap, ini boleh menyebabkan tulang belakang sakit kerana postur tulang belakang melentur ke arah bertentangan.
Elakkan tidur di fabrik yang terlalu lembut seperti sofa, kerana ia tidak direka utk menyokong lengkungan tulang belakang.
[su_highlight background=”#173bc7″ color=”#242121″]Ekstra Info[/su_highlight]
5 Makanan Terbaik Untuk Tulang
Sumber : Sap Support Original
Ni Cara Nak Masak Nasi Lebih Peroi & Cantik!
Cara menanak nasi pastinya semua maklum. Namun cara untuk mendapatkan nasi yang peroi dan cantik mungkin ramai yang belum tahu. Lebih-lebih lagi untuk menyediakan menu istimewa dengan menggunakan beras basmathi.
Sebenarnya ada petua nak masak nasi ini. Jadi jom tambah ilmu. Harap lepas ni nasi yang anda masak nampak lebih cantik dan sempurna macam chef.
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan garfu
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan garfu atau sudip berbentuk garfu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Bila Nak Berdiet Je Rasa Susah. Tapi Nak Senang Ketahui Caranya!
Ada orang bila bercakap tentang berdiet terasa berat untuk laksanakannya. Dan menurut Coach Arif Shukri, ada sebab kenapa diet bagi sesetengahnya terasa sukar dilaksanakan.
Namun bila 18 punca ini bila dibuat ketika berdiet itu yang menyebabkan rasa susah. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
MENGAPA DIET JADI SUKAR?
1. Keluarkan wang terlalu banyak untuk mengejar makanan-makanan sihat yang berharga kayangan.
2. Terlalu stres dalam progres penurunan berat badan.
3. Letakkan sasaran terlalu tinggi. Nak hilang 5kg dalam seminggu.
4. Beli produk yang pelbagai tanpa memahami keperluan produk.
5. Selalu paksa diri cari makanan yang tidak kena selera dengan tekak.
6. Selalu ikut jadual diet orang lain, tapi diri sendiri tak selesa dengan jadual tersebut.
7. Tabiat untuk cuba diet dalam keadaan berlapar. Tapi tidak mampu.
8. Mula diet dengan haramkan segala makanan yang biasa dimakan. Nak diet ketat-ketat katanya.
9. Tak benarkan diri mencicip sedikit aiskrim, sebab risau boleh terus gemuk.
10. Fokus nak buat senaman yang tidak termampu dibuat. Sedangkan masih sakit-sakit belakang dan lutut.
11. Selalu pandang remeh pada senaman yang mudah-mudah. Contohnya mula dengan jalan kaki dulu.
12. Air kosong tidak pernah cukup.
13. Kurangnya rehat dan fokus untuk bersenam sahaja setiap hari.
14. Berpegang pada prinsip kurus itu mustahil
15. Malas nak study pasal kalori dan kerap memilih jalan singkat
untuk kurus.
16. Masih percaya sabun boleh kurus.
17. Kekal anggap yang ada gula-gula kunya je dah kurus.
18. Tidak menghargai progress yang kecil. Apatah lagi mensyukuri kejayaan kecil.
Kawan-kawan. Nak kurus, sihat dan fit itu bermula dengan mindset yang tidak membebankan badan. Jangan terlalu meletakkan tekanan sehingga diet jadi halangan terbesar kita.
Buat sikit-sikit tak apa. Progres kecil-kecil pun tak apa. Ingat. Kejayaan yang panjang, bermula dari langkah pertama kita. Biar pun kecil langkahnya.
Jangan stres tau. Nanti diet tak jadi.
Sumber : Arif Sukri