Siapa Pun Wanita Kau Pilih, Dia Tulang Rusukmu Yang Akan Setia Susah & Senang. Maka Hargai Mereka Selayaknya Bidadari Duniamu

Share

Sesungguhnya bukan mudah menjadi suami yang prihatin yang memimpin keluarga. Besar tanggung jawab yang dipikul. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi barah kepada isteri. Hargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Sesekali jadikan bahu anda tempat sandaran isteri meluahkan rasa.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah anggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Jika anda tidak suka isteri melakukan sesuatu perkara yang anda sendiri kurang senangi, demikian juga mereka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

Buat anda yang bergelar suami dan lelaki amnya, hadamkan pesanan  dari saudara Ade Azhar Ismail ini baik-baik. Moga bermanfaat untuk keharmonian rumah tangga anda.


Pesan buat LELAKI.

Kalau kau pilih wanita yang punya karier sendiri, kau kena akur bahawa dia tak boleh uruskan rumahtangga sepenuh masa.

Kalau kau pilih wanita tanpa kerjaya sebagai suri hatimu, jangan merungut jika segala perbelanjaan dan komitmen rumahtangga tergalas atas bahumu.

Kalau kau pilih wanita yang tidak berdikari, kau kena tahu bahawa dia akan bergantung kepadamu.

Kalau kau pilih wanita yang berani dan lantang bersuara, kau jangan marah jika dia keras kepala dan berani berdebat denganmu.

Kalau kau pilih wanita yang cantik bergaya, kau kena terima yang dirinya high maintainance. Perlu belanja yang besar untuk kekalkan kecantikannya.

Kalau kau pilih wanita yang berpendidikan tinggi, kau jangan terkejut kalau dia tegas dengan pendiriannya.

Siapa pon wanita yang kau pilih, dia adalah tulang rusukmu yang akan setia dalam susah dan senangmu.

Maka hargailah mereka selayaknya bidadari duniamu.

Sumber: FB Ade Azhar Ismail