Bulan Ramadan, bulan penuh rahmat. Pada bulan inilah terdapatnya satu malam yang sering dinanti-nantikan iaitu malam Lailatul Qadar, iaitu satu malam yang dianggap lebih baik daripada seribu bulan.
Pada waktu itu jugalah, kita disarankan untuk perbanyakkan doa lebih-lebih lagi apabila memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
Dalam satu perkongsian, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, setiap doa yang dipohon akan dimakbulkan asalkan ia dilakukan dengan cara yang betul.
Justeru, PU Amin berkongsi tips kepada orang ramai cara untuk mendapatkan doa yang makbul:
1. Pastikan diri suci daripada najis. 2. Berdoa di tempat dan masa yang istimewa 3. Jauhkan makan minum daripada sumber haram atau syubhah (diragui) 4. Jauhkan diri daripada buat perkara mungkar. 5. Sangka baik pada Allah
Dalam masa yang sama, PU Amin turut menasihati orang ramai agar terus menjaga percakapan.
“Doa banyak-banyak. Setiap waktu dalam bulan Ramadan doa akan dimakbulkan. Cakap benda yang baik baik kerana percakapan kita boleh jadi doa. “Doakan ibu ayah kita. Doakan untuk seluruh ummat Islam. Doakan untuk negara kita agar cepat sembuh daripada virus ini. Siapa pun kita doa kita akan makbul dengan cara yang betul,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, dalam perkembangan terbaru Covid-19, PU Amin turut berkongsi pandangan mengenainya.
“Malam ni malam 20 Ramadhan. Semoga Allah memelihara kita semua. Kes rendah dan akan terus baik inshaallah. Berkat usaha semua pihak.
Ads
“Berkat kerja keras barisan hadapan. Hargai kerja mereka dengan jaga diri kita semua. Inshaallah doa jangan pernah putus. Berkat 10 Ramadhan terakhir. Berkat Lailatul Qadar. Allah akan bantu kita semua . Covid 19 akan terhapus dengan segera .
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengesahkan dirinya positif COVID-19 setelah mendapat keputusan saringan hari ini. Beliau yang kini sedang menjalani kuarantin memaklumkan telah memberikan nama dan kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Berita tersebut dikongsikan Alif menerusi laman Instagramnya sendiri tadi.
Assalamualaikum.. Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19. Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Perkongsian berita yang mengejutkan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Hos terkenal ini yang memakai pakaian hospital. Alif semalam baru selesai membuat persembahan di pentas semifinal Muzik Muzik 35.
Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari. Dan Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.
Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan..
Mengikut pengetahuan ringkas berkenaan Vitamin C, pastinya ramai antara kita sedia maklum dengan pengambilan Vitamin C ini ianya sangat bagus untuk merawat kulit agar kekal sihat dan berseri.
Lantas untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, kita merasakan dengan mengambil dos yang tinggi, itu adalah lebih baik. Pun begitu, tanggapan tersebut adalah salah dan tahukah anda apabila seseorang mengambil vitamin C dengan kadar yang tinggi melebihi keperluan tubuh ianya akan mengundang padah!
Hal ini dijelaskan oleh Dr Hafsah Sazali dan bagus kiranya kita fahaminya dengan lebih jelas tentang Vitamin C ini.
PERANAN VITAMIN C DALAM KESIHATAN KULIT
Vitamin C adalah penting untuk pembentukan kolagen, sejenis protein yang memberi struktur dalam tulang, gigi, kapilari darah dan membantu penyerapan zat besi. Dalam bidang kulit, vitamin C yang juga merupakan antioksida digunakan dalam bentuk topikal (sapuan).
Kajian menunjukkan ia bertindak sebagai agen anti-penuaan serta rawatan bagi masalah pigmentasi kulit, dan kerosakan dalam kulit akibat radiasi matahari. Tiada kajian kukuh membuktikan ia berkesan sebagai rawatan penyakit kulit kronik seperti ekzema.
Walau bagaimanapun, penghasilan produk yang mengandungi formulasi vitamin C yang stabil dan berkesan adalah mencabar. Oleh itu, ia menghadkan penggunaan dan kajian lanjut bagi vitamin C topikal untuk tujuan rawatan kulit.
‘VITAMIN C NI KAN BAGUS, JADI KALAU AMBIL SUPLEMEN VITAMIN C DOS TINGGI LEBIH BERTAMBAH LA MANFAATNYA. BETUL TAK DOKTOR?
Vitamin C memang bagus tapi ini tidak bermakna pengambilan yang banyak dengan suplemen memberi lebih manfaat. Kekurangan vitamin C menyebabkan scurvy yang mempunyai gejala seperti keradangan gusi, kekeringan mulut, mata dan kulit serta folikel rambut. Scurvy boleh dirawat dengan pil suplemen vitamin C. Selain scurvy, tiada bukti kukuh vitamin C dos tinggi merawat penyakit kulit. Berbeza dengan tanggapan terdahulu, kajian terkini menunjukkan suplemen vitamin C tidak mencegah demam selsema. Ia mungkin bermanfaat untuk golongan tertentu sahaja yang melakukan aktiviti fisikal yang ekstrem seperti pelari marathon dan pemain ski.
Jumlah vitamin C yang diserap oleh badan terhad walaupun dos yang jauh lebih tinggi diambil. Oleh itu, jika anda ambil vitamin C beribu-ribu milligram sekali pun, kebanyakannya dikumuhkan dan keluar melalui air kencing.
Vitamin C dos tinggi mempunyai risiko seperti cirit-birit, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Dos tinggi juga boleh membawa kesan sebaliknya sebagai pro-oksida, menyebabkan kadar zat besi berlebihan dalam badan, dan mudarat kepada pesakit-pesakit kronik buah pinggang, G6PD, thalassemia dan haemochromatosis. Kes-kes kerosakan buah pinggang sudah dilaporkan di jurnal perubatan dan rakan-rakan saya sendiri yang juga doktor buah pinggang pernah merawat kes sebegini.
Tambahan pula, kebelakangan ini ramai pengguna yang sanggup mengambil banyak suplemen berbentuk pil dan suntikan intravena tidak berdaftar (Perlu diingatkan bahawa TIADA suntikan vitamin C yang diluluskan oleh KKM). Hakikatnya, produk tidak berdaftar adalah tidak diketahui asal usul, kandungan, dan keselamatannya. Sudah tentu risikonya tinggi.
TAKKAN MAKAN SUPLEMEN VITAMIN PUN TAK BOLEH? DOKTOR NI ANTI-SUPLEMEN KE?
Kami membentangkan fakta berdasarkan bukti kajian terkini. Ini tidak bermakna kami anti suplemen. Suplemen yang diluluskan diperlukan oleh golongan tertentu dan perlu diberikan mengikut garis panduan.
Doktor yang beretika tidak akan menasihati pesakit supaya membeli suplemen tanpa bukti kukuh mengenai manfaat sebagai rawatan, apatah lagi jika ada risiko. Rujuklah pada yang pakar jika nak ambil mana-mana suplemen.
Saya sendiri sebagai doktor merujuk kepada garis panduan pakar nutrisi. Mengikut Recommended Nutrient Intakes for Malaysia (2017), dos vitamin C yang disarankan bagi orang dewasa dan warga emas ialah 70mg sehari. Dos lebih tinggi diperlukan bagi golongan tertentu seperti ibu mengandung (80mg sehari) dan menyusukan anak (95mg sehari).
Ada banyak makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C (boleh rujuk senarai yang saya sertakan). Pinggan Sihat Malaysia yang dianjurkan KKM menyarankan buah-buahan dan sayuran sebagai separuh jumlah setiap hidangan yang diambil. Anda juga akan mendapat nutrien-nutrien lain serta serat.
Pesan saya, Makanlah ikut keperluan, bukan kehendak.
Sumber : Dr Hafsah Sazali
MB, BCh, BAO (NUI, RCSI), LRCP & SI
MRCPI
PGDip Clinical Dermatology
MSc Clinical Dermatology
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi peminat kucing, memelihara kucing ibarat satu terapi diri. Membelai dan mengusap kucing boleh jadi perkara yang cukup menyenangkan.
Sebab itu haiwan ini sering dilayan bagaikan anak sendiri. Namun, perkara yang sering menjadi masalah buat pemilik kucing apabila kucing mulai kencing merata.
Selain najis yang perlu dibersihkan, masalah ini menimbulkan bau kurang enak pada ruang kediaman. Agak sukar untuk menghilangkan bau hancing kencing kucing ini apatah lagi jika ia terkena pada sofa, permaidani, tilam mahupun dinding rumah.
Jom admin kongsikan cara mudah yang dimuat naik Ella Ahmad menerusi facebooknya.
Kencing/tahi kucing bersepah2 kat car porch..
Pernah tak jadi camni? Yg letak air merah dlm botol dh tak jalan..kucing skg dh sekolah..
Ok iols nk share ape yg iols buat supaya kucing2 ni x berak/kencing kat car porch..
P/s : resepi buat sendiri je pk logik akal.. resepi dlm setiap pic ye..jgn rsau simple nau2.
Caranya: 1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat sis, bau dy masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak kt tempat yg disembur tu)
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah laa brand ape sbb nak bg wangi ckit je, sbb kalau letak cuka je nt bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la ckit baunye..3. Air paip (agak2 laa sampai penuh bekas spray) Bekas spray beli kat kedai eco je.. Ha dh isi sume bahan dlm ni goncang2 kan dah bley spray kat tempat mana yg kucing suka kencing/berak..alhamdulillah setakat ni car porch sis dh bebas bau kencing kucing..kalau tak, bukak je sliding door rse nk pengsan.. spray laa 2hr sekali..kalau rajin, s
Selain itu, ada beberapa cara lain untuk menghalang kucing kencing bersepah.
1. Serai
Bau dari serai adalah sejenis bau yang benar-benar tidak disukai oleh kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi dan semburkan di kawasan kucing sering kencing di dalam rumah. Boleh juga diletakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.
2. Guna Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur di tempat kucing sering kencing.
3. Belerang
Taburkan belerang di penjuru dinding. Sifat belerang yang panas dan berbau mengelakkan kucing kencing merata.
4. Cuka
Jika anda kucing baru saja kencing di satu tempat, segera bersihkannya.Gunakan kain bersih untuk mengelap air kencing hingga kering.
Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dan sangat berkesan menghilangkan bau dari air kencing kucing.
5. Toilet Traning
Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing seperti ‘Litter box’ dan latih haiwan ini untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan cepat.
6. Kasi Kucing
Kasi atau pemandulan kucing boleh dilakukan seawal kucinng berumur 6 bulan. 90 peratus kucing yang dikasi akan berhenti kencing merata jika ia dilakukan lebih awal.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.