Patah tumbuh hilang berganti, mungkin mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata hakikatnya hanya empunya diri yang faham situasi.
Memasuki bulan kelima pulangnya isteri tercinta ke Negeri Abadi, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.
Begitupun, hubungan tersebut akui Shuib masih terlalu baharu dan mereka masih di peringkat berkawan.
“Memang saya ada kenal orang baharu, tetapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap.
“Kali ni lain sikit, saya bukan orang bujang yang tak banyak benda nak difikirkan. Expectations orang tentang siapa yang bakal ‘menggantikan’ Sarah. Itu yang saya takut sangat.
“‘Pemergian’ dia sangat luar biasa yang orang ingat. Saya takut nanti ada perbandingan padahal tak perlu ada sebenarnya. Sarah berada pada kelasnya manakala orang baru ni ‘chapter’ baru
Ads
“Untuk kali ini Saya ‘straight to the point’. Kalau dia sesuai ok,kalau tak sesuai saya kena beritahu cepat-cepat.” Ujar Shuib yang berharap semuanya baik-baik sahaja dan menyerahkan kepada Allah.
“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” ujar Shuib ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna.
Tambah bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti arwah isterinya.
“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya duda dengan anak empat.
“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri. Tetapi ada yang cakap masih terlalu awal. Ada juga yang nak saya terus bergerak.” ungkap Shuib lagi.
Ads
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.
Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Ibu bapa mana tidak gembira dan bahagia tatkala melihat anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah punya keluarga sendiri. Segala pengorbanan membesarkan mereka dari kecil sehingga dewasa berbalas bila mana raut kebahagiaan melatari wajah si anak.
Apatah lagi jika membabitkan anak perempuan. Umum mengetahui, menjaga anak perempuan bukanlah semudah yang disangkakan. Kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih! Namun bila melihat mereka berjaya dan bahagia itu sudah cukup buat seorang ibu. Mungkin itu juga yang dirasai oleh Puan Faizatul Akmar Hisan, ibu kesayangan pelakon dan hos terkenal Mira Filzah. Melihat ketiga-tiga anak perempuannya kini sudah pun bahagia dan mempunyai suami yang boleh membimbing mereka, wanita ini sudah bahagia.Luahan rasa ibu ini menerusi laman instagramnya cukup menyentuh hati.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu. Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.
Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga Mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN
Setiap isteri pastinya inginkan suami yang romantiks. Tetapi kadang ada juga suami yang sebaliknya. Di sini isteri kena main peranan untuk memikat hati suami. Mudah aje caranya. Kan lelaki biasanya sukakan wanita yang manis, lembut dan memberi perhatian. Jadi anda haruslah bergitu. Sebagai isteri tentu suami inginkan ciri-ciri itu, baru lah rumahtangga bahagia penuh dengan sinar dan kasih sayang. Jom baca tip ni.
Cuba 21 cara ini untuk memikat suami dan keluarkan bunga-bunga cinta ditaman di hatinya.
“Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.
Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.
Lembut
Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.
Comel
Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.
Makan bola, tidur bola, minum pun bola
Orang lelaki sangat sinonim dengan kopi dan bola. Beri dia masa untuk keluar minum dengan kawan-kawannya. Biarkan dia conquer remote control tv pada hari perlawanan. Dan, jangan lupa belajar buat kopi yang sedap juga. Barulah dia teringatkan anda waktu minum di luar nanti.
Percaya
Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.
Ibumu, ibuku jua
Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.
Masak
Orang kata pikat suami dengan perutnya kan? Memang betul. Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!
Sambut
Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu. Anda boleh siap sejukkan secawan jus oren untuknya juga. Dia memahami anda sedang sibuk tapi sangat menghargai sambutan kecil begini.
Hadiah
Sekali-sekala, cuba belanja makan sewaktu anda keluar. Atau isi penuh minyak keretanya. Hadiahkan sesuatu yang anda mampu dan dia menyukainya. Beritahu dia itu adalah hadiah kerana dia selalu membantu dan menyayangi anda tanpa syarat. Dia pasti akan rasa sangat dihargai.
Teman
Menjadi penumpang dalam perjalanan jauh memang buat kita mengantuk kan. Cuba bertahan dan temaninya berbual. Waktu inilah cerita-cerita tergendala dapat dibincangkan. Urut lembut bahunya. Siapkan bekalan kopi dan stok lagu-lagu kegemarannya. Anda boleh karaoke juga jika dia sudi mendengar.
Dengar
Orang lelaki biasanya kurang bercakap daripada wanita. Jika dia selesa bercerita dengan anda, itu tandanya dia percayakan anda. Dengar dengan teliti ceritanya. Angguk walaupun anda tidak faham cerita gajet atau konflik pasukan bolanya. Jangan punahkan impiannya hendak membeli superbike. Sokong minatnya.
Anak-anak
Membesarkan anak-anak adakalanya sangat meletihkan. Seorang ibu biasanya lebih teliti dan menggalas lebih banyak tanggungjawab. Menjaga anak kecil, ajar buat homework dan mengaji. Lakukan semuanya dengan ikhlas dan tidak merungut. Suami anda pasti menghargai penat-lelah anda menjaga permata hatinya.
Terus-terang
Ada harinya, anda akan menjadi moody tanpa sebab. Anda hanya ingin makan coklat, aiskrim dan berehat sepanjang hari. Beritahu dia dengan jelas anda ok cuma perlu bersendirian sahaja. Jangan paksa diri membuat semua kerja dalam keadaan terpaksa. Dia pasti lega mengetahuinya malah boleh tolong jagakan anak-anak juga.
Kemas
Walaupun sibuk, cuba kemas rumah anda secara berkala. Baju yang berlipat, lantai yang bersih membuatkan hati menjadi tenang. Sediakan bekas untuk kemas mainan anak dengan segera. Deko rumah anda dengan bertanyakan pendapatnya dahulu. Anda mungkin suka pink tapi bukan dia. Pilih bersama-sama agar keduanya selesa.
Hati perempuan memang mudah merajuk
Walaupun anda merajuk, jangan lupa salam dan cium tangannya sebelum berpisah. Dengan bersalam, ia melunturkan ego dan rasa marah. Ia membuatkan dia mengasihani anda juga. Tidak salah beralah dan meminta maaf untuk meredakan suasana. Merajuk sekali-sekala memang comel, tapi jangan susah dipujuk pula.
Berdikari
Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki. Dia jatuh cinta kepada anda kerana anda tetap menjaga diri dan keluarga sewaktu dia tiada.
“Abang, ada lori hantar sofa baru dekat rumah sebelah tau!”
Melihat kehidupan orang lain kadang-kadang buat kita cemburu juga. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Sepertimana pintu rumah masing-masing berbeza, begitu juga rasa bahagia anda. Ucap terima kasih untuk semua yang suami anda sediakan. Bersyukur dia setia temani dan menjaga anda selama ini.
Shopping
Orang lelaki agak jarang membeli-belah kerana pakaian dan alatannya tahan lasak. Bila tiba masanya, temani dia memilih barangnya. Tunggu di fitting room, beri pendapat. Sewaktu berjalan, genggam erat tangannya. Jika anak-anak berlari, kejar bersama-sama sambil berpimpin tangan. Itu pun dikira romantik juga.
Facebook
Memiliki akaun media sosial seperti menjadi satu kewajipan pada hari ini. Cuba bataskan perkongsian anda di sana. Kongsi gambar sekadar untuk tatapan keluarga dan kenalan yang lama tidak bersua. Elakkan status hal personal yang emosi. Menjaga batasan di sana bererti anda menjaga nama baik suami juga.
Romantis
Sikap romantis biasanya memanjangkan usia perhubungan. Dia mungkin suka anda temaninya makan sambil merenung dia, atau tonton tv berdua. Sekali-sekala, cuba buat sesuatu yang manjakan dia seperti potongkan kuku atau urut kakinya yang letih. Romantis bermakna ia mungkin perkara kecil, tetapi dia terharu dengannya.
Solehah
Menjadi isteri bermakna anda akan mengejutkannya untuk solat Subuh. Mendidik anak-anaknya, antara tiket dia ke syurga. Setia menjadi makmumnya. Anda boleh berusaha mengurat dia, tapi jangan lupa berdoa juga. Anda doakan kesejahteraannya, dan semoga kedamaian juga yang anda perolehi dari ikatan ini.
Semoga berjaya untuk projek memikat hati suami!
Sumber : tazkirah.net
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini bangga apabila anaknya cemerlang akademik dan olahraga selepas berjaya memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah (MSSD) dalam acara pecut 100 meter.
Menerusi Instagramnya, Rita berkongsi kisah kejayaan anak sulungnya itu kepada semua pengikutnya malah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
Tambah Rita lagi, Rayyan telah mencipta rekod baru untuk acara lari 100 meter apabila mencatatkan 11.44 saat sekaligus memadamkan rekod terpantas yang pernah diperoleh pada 20 tahun lalu iaitu 11.58 saat.
“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100m dengan rekod baru 11.44 saat (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy bangga” tulisnya.
“Tahniah team Subes dan cikgu-cikgu. 1st day MSSD harini,” katanya berkongsi.
Tambah Rita lagi, dia begitu terharu kerana anaknya bukan sahaja menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran bahkan dalam sukan dan olahraga.
“Alhamdulillh, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ni dalam sukan olahraga pula. Insya Allah mommy sokong,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video dari ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang turut sama mengucapkan tahniah.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.