Siapa Kata Susah? Guna 3 Bahan Je Boleh Buat Tau Fu Fa Yang Sangat Lembut

Share

Tau fu fah atau dipanggil ‘doufuhua’ adalah sejenis tauhu bertekstur lembut sebagai pencuci mulut yang dimakan bersama air gula. Walaupun makanan ini aslinya daripada budaya cina, tetapi ia turut digemari oleh seluruh masyarakat di Malaysia.

Nampak leceh tapi sebenarnya sangat mudah untuk dimasak. Tak perlu pening kerana anda boleh ikut sahaja step di dalam resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Azura ini. Paling penting, hanya 3 bahan sahaja yang digunakan dalam resipi tau fu fah ini.

Tau Fu Fa Viral

Bahan-bahan:

  1. 1 kotak susu soya
  2. 1/2 paket agar-agar tali (agar tali jangan letak banyak tau nanti dia jadi macam puding)
  3. Gula melaka

Cara Penyediaan:

– Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.

– Masukkan soya untuk beberapa minit dan tutup api.

– Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

– Untuk kuah, didihkan air dan gula melaka. Letak daun pandan bagi wangi.

– Bila tau fu fa tadi sudah beku bolehlah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.

Sumber: Cik Puan Azura