Tau fu fah atau dipanggil ‘doufuhua’ adalah sejenis tauhu bertekstur lembut sebagai pencuci mulut yang dimakan bersama air gula. Walaupun makanan ini aslinya daripada budaya cina, tetapi ia turut digemari oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
Nampak leceh tapi sebenarnya sangat mudah untuk dimasak. Tak perlu pening kerana anda boleh ikut sahaja step di dalam resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Azura ini. Paling penting, hanya 3 bahan sahaja yang digunakan dalam resipi tau fu fah ini.
Tau Fu Fa Viral
Bahan-bahan:
- 1 kotak susu soya
- 1/2 paket agar-agar tali (agar tali jangan letak banyak tau nanti dia jadi macam puding)
- Gula melaka
Cara Penyediaan:
– Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.
– Masukkan soya untuk beberapa minit dan tutup api.
– Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
– Untuk kuah, didihkan air dan gula melaka. Letak daun pandan bagi wangi.
– Bila tau fu fa tadi sudah beku bolehlah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
Sumber: Cik Puan Azura
Cuba Air Detoks Ini Jika Mahu Badan wangi, Gebu Tanpa Lemak Jahat. Yang Banyak Angin Kena Cuba!
Selain penggunaan produk pelangsingan badan, kaedah tradisional dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi antara petua untuk membantu menjaga kesihatan serta menguruskan badan.
Ratu minum tiap 3x seminggu. Bagi buang angin, memudahkan peraliran darah. Kecutkan lemak dekat perut geleber.
Orang sekarang kan tak suka jaga pemakanan sangat kan. Fast food lah. Makanan berlemak bercili berlada semua sumbat. Bila masa cuci usus iolllss pon tak tahu.
Cara yang paling mudah nak kekal bertenaga dan wajah kemerah merahan. Badan wangi dan gebu tanpa lemak jahat.
Bahan bahan :
2 inci Halia
4 batang Serai.
3 Asam keping ( tak nak takpa)
3/4 helai Daun pandan
7 biji cengkih
Lemon 4/5 hiris
Air 1liter
Madu / gula merah setengah sudu besar
Cara buat :
Hiris halia (agak berapa banyak nak)
tumbuk tumbuk comel halia.
7biji cengkih (cuci dulu)
Hirisan lemon
Masukkan 4/5batang serai yang ketuk
satukan dalam periuk bersama air dah didih matikan api
Air dah suam, bolehlah minum bersama madu sesudu kecil
Tips :
Minum selepas sarapan pagi.
Boleh juga letak madu sikit.
Untuk bf mom, kena tengok jugak anak. Kalau masa amalkan anak takde masalah kembung perut @ cirit-birit boleh teruskan.
Jaga pemakanan dan selalu buat exercise jugak untuk dapatkan kesan yang lebih cepat.
Air putih kena minum cukup setiap hari untuk menggalakkan proses buang lemak.
Ketika amalkan minum air detox ni, memang akan mudah buang air besar.
Untuk cepat kurus, boleh amalkan setiap hari. Jika dah kurus dan nak maintain, boleh minum 3 kali seminggu.
Resipi Siakap Steam Chinese Yang Mudah Sangat Nak Buat. Rasa Dah Macam Di Kedai!
Sudah jemu atau tiada idea untuk masak hidangan keluara, apa kata cuba menu yang simple ini iaitu Siakap Steam Chinese.
Nak buat mudah sangat. Ikuti resipi ni.
__________
Aku dah repeat banyak kali menu ni. Layan baqhang. Bahan-bahan pun mudah yakmat.
Aku dah pernah share sebelum ni, bagi yang terlepas dan yang belum pernah rasa, jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni.
Mudah sangat aihhh.
Bahan-bahan untuk projek kali ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Mudah kan?
Aku kalau bab masak yang ringkas dan mudah ni memang aku suka lah. Paling best sebab cepat, tak sampai 15 minit dah siap.
Tengoklah gambar tu, sedap wehhh.
P/S: Banyak lagi resepi mudah dan sedap boleh korang tengok di Instagram @mynameiskhairul
Sumber: Khairul Abdullah
Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan & Kecantikan. Nombor 11 Wajib Isteri Cuba Tapi Kena Hati-Hati!
Bawang merah antara bahan utama yang digunakan dalam masakan. Namun, jangan hanya melihat tanaman ini sebagai bahan masakan di dapur sahaja, kerana bawang merah ternyata juga tanaman ubat yang boleh digunakan untuk banyak perkara termasuklah untuk kesihatan.
Bawang merah mengandungi allicin, iaitu zat anti-bakteria dan anti-virus. Zat inilah yang memberikan bau menyengat pada bawang merah dan membuat orang menangis ketika memotongnya. Meski begitu, allicin dan bawang merah memberikan banyak manfaat hebat untuk tubuh.
1. Mengawal Kandungan Gula Dalam Darah
Zat sulfur dalam bawang merah diketahui boleh menurunkan kandungan gula dan kolesterol dalam darah. Bawang merah adalah sumber makanan utama yang mengandungi mineral kromium dan baik untuk menjaga kandungan gula dalam darah. Serat, potasium, dan nutrisi lain dalam bawang merah juga membantu penghasilan insulin.
2. Mencegah kanser
Selain mengawal kandungan gula dalam darah, zat sulfur tersebut juga mencegah pertumbuhan sel kanser. Hasil penelitian yang dilakukan selama 13 tahun di Italia dan Swiss menunjukkan bahawa ratusan orang yang sudah mencuba bawang merah dan bawang putih terhindar dari kanser mulut, kerongkong, usus besar, usus kecil, payudara, ovari, dan kanser prostat.
3. Mencegah bintik hitam pada kulit
Bawang merah juga boleh membantu mencegah bintik hitam pada kulit. Caranya, setelah membersihkan kulit, gosokkan bawang merah terus pada bahagian kulit yang gelap. Flavone quercetin dalam bawang merah akan meningkatkan penghasilan melatonin dan membuat warna kulit kembali seperti sedia kala.
4. Mengeluarkan racun
Sulfur dalam bawang merah merangsang penghasilan glitathione, iaitu antioksidan yang sangat kuat. Antioksidan tersebut akan mengaktifkan enzim dalam hati untuk mengeluarkan semua jenis racun dalam tubuh. Dikombinasikan dengan quercetin, antioksidan ini akan mencegah racun berkumpul dalam tubuh.
5. Meningkatkan kekebalan tubuh
Selain antioksidan dan nutrisi, bawang merah juga mengandung banyak vitamin C. VItamin ini sangat aktif untuk membunuh virus. Bawang merah yang antibakteria juga akan mencegah masalah dalam perut dan bakteria yang menyebabkannya.
6. Insomnia
Ya, Anda mungkin tak pernah membayangkan bahawa bawang merah berkaitan dengan insomnia. Namun faktanya, bawang merah boleh membantu mencegah insomnia. Caranya adalah dengan potong bawang merah mentah, kemudian hirup baunya selama lima sampai 10 kali sebelum tidur. Cara ini akan membantu anda untuk cepat tertidur.
7. Masalah Senggugut
Bawang merah mengandungi asam amino cysteine yang meredakan sakit otot, stres, mencegah kerosakan sel, dan membantu fungsi hati. Makan bawang merah mentah setiap hari selama empat atau lima hari sebelum datang bulan untuk mencegah senggugut.
8. Hidung Berdarah
Ketika hidung mulai berdarah, gunakan bawang merah untuk segera menghentikannya. Caranya adalah dengan memotong bawang merah, kemudian meletakkannya di bawang hidung. Bau bawang merah akan mempercepatkan darah membeku secara semulajadi yang akan membantu menghentikan pendarahan.
9. Kesihatan Mulut
Mengunyah bawang merah mentah akan membunuh bakteria jahat dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput dan infeksi. Aroma dan rasa bawang merah memang akan membuat mulut berbau, namun boleh anda bersihkan dengan mouthwash atau ubat gigi.
10. Jerawat
Jerawat atau bisul juga boleh dicegah dan diubati dengan bawang merah. Caranya dengan menggosokkan bawang merah pada wajah setiap hari. Ini akan membuat jerawat cepat hilang tanpa meninggalkan bekas. Anda tak perlu menggunakan zat kimia berbahaya.
11. Ghairah seks
Bagi anda yang memiliki pasangan, bawang merah juga boleh membantu meningkatkan ghairah seksual. Allicin dalam bawang merah meningkatkan aliran darah dan meningkatkan libido. Namun hati-hati dengan baunya sebelum bercinta, kerana ini boleh membuat pasangan tak selesa.