‘Siapa Kata Duduk Di Bandar Tak Boleh Bercucuk Tanam.’ Cantik Dan Kemas Pokok Dalam Pasu, Semua Berguna Untuk Masakan!

Share

Biarpun duduk di bandar tidak bermakna kita tidak boleh berbakti kepada tanah. Tidak ada tanah di laman rumah kediaman sama ada rumah teres, kondominum atau apartment bukan alasan tidak boleh bercucuk tanam.

Bagi yang berminat dengan dunia kebun tentu ia bukan alasannya. Bagi mereka yang berminat berkebun tentu akan sanggup menyediakan ruang khas di laman rumah walaupun tidak mempunyai sebarang tanah. Maklumlah ruang hadapan rumah dijadikan parking letak kereta.

Sebagaimana yang dilakukan oleh puan Suzana Yunan ini memang inspirasi, apabila beliau menyusun pasu-pasu secara kemas dan seragam di laman rumah untuk bercucuk tanam. Ia bagaikan kebun mini buatnya. Pelbagai jenis pokok ditanam untuk bahan masakan.

“Siapa kata duduk di bandar tak boleh bercucuk tanam. Sambil kita mendeco merasa jugak guna untuk memasak di dapur. Jadi suri rumah yang bijak baru cik abe sayang.”

Tanaman yang ditaman di laman rumah beliau antaranya bayam brazil, selasih, kesum, italian parsley, pegaga, kunyit, daun sup, ketumbar, pandan, limau kasturi, kari dan cekur.

Pasu cantik-cantik dan murah macam ni ada di sini

bolehlah pilih.

Inspirasi tak? Apa lagi, ayuh mula bercucuk tanam di laman rumah anda.

Sumber: Suzana Yunan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club