“Siapa Kata Duduk Bandar Tak Boleh Bercucuk Tanam..”- Wanita Kongsi ‘Mini Garden’ Yang Menjadi Idaman Setiap Wanita

Share

Setiap yang ada rumah sendiri atau yang menyewa mesti pernah memasang niat atau pernah terfikir nak buat ‘mini garden’ di halaman rumah masing-masing. Ada yang minat bunga, ada juga yang minat untuk tanam sayur-sayuran dan sebagainya.

Tapi yang menjadi masalah dan halangannya adalah ruangan dan tanah. Lagi-lagi jika duduk di rumah bandar, manalah ada tanah yang lapang untuk bercucuk tanam. Adapun mungkin begitu terhad ruangan tanah itu, malah ada juga yang langsung tiada tanah di laman rumah.

 

Apabila disebut tentang bercucuk tanam, ramai yang berminat untuk bercucuk tanam, malah mereka kehausan idea ingin bercucuk tanam jenis tanaman. Jadikan tanaman itu tanaman yang membuahkan hasil, kemudian harian hari kita sendiri dapat manfaatkan tanaman tersebut dengan menanam seperti sayur-sayuran. bukan itu saja, dengan menanam sayuran seperti ini dpat menjimatkan kos, apatah lagi bila duduk bandar kos sara hidup memang tinggi.

kadangkala kalau kita kehabisan daun kari, tapi kita nak gunakan sikit saja, dekat kedai jual dengan kuantiti yang banyak. Tak boleh untuk membeli satu tangkai saja, terpaksa beli banyak-banyak itu dengan harga yang sedikit mahal. Itu juga boleh menjadikan satu pembaziran! jadi apa salahnya kita cuba untuk berjinak untuk menanam seperti itu kan?

Wanita ini kongsikan ‘mini garden’ nya yang begitu kemas teratur susunannya, malah begitu segar-bugar sayur-sayurannya. Puas hati betul dapat mini garden macam ni. perkongsian dari Siti Maryam Musa mendapat sambutan hangat di dalam group Inspirasi Deko.

“Siapa kata duduk di bandar tak boleh bercucuk tanam.. sambil kita mendeco merasa jugak guna utk memasak di dapur. Jadi suri rumah yang bijak baru cik abe sayang” Kapsyennya di hantaran Facebook.

Wanita ini juga berkongsikan jenis tanaman yang boleh di tanam walaupun ruangannya terhad.

-bayam brazil 

-selasih 

-kesum 

-italian parsley 

-pegaga 

-kunyit 

-daun sup 

-ketumbar 

-pandan 

-limau kasturi 

-kari 

-cekur 

Ikuti kami uga di YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=AwUs4bsL3zk

Tanaman itu semua boleh makan tau. Kalau nak masak senang tinggal petik saja!

Moga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan idea kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan bercucuk tanam.

sumber : Siti Maryam Musa