Siapa Je Tak Suka Minum Oren Jenama Sunquick, Tak Sangka Rupanya Owner Anak Jati Penang!

Share

Siapa Je Tak Suka Minum Oren Jenama Sunquick, Tak Sangka Rupanya Owner Anak Jati Penang!

Sana sini orang buat rumah terbuka, sungguh meriah suasananya. Sebagai tetamu tidak dinafikan selain dapat berkunjung-kunjungan, kita juga berasa seronok melayan selera dengan pelbagai juadah dan pilihan air yang menyelerakan dihidang oleh tuan rumah.

 

 

Apatah lagi dengan cuaca panas ketika ini, jika nampak satu jug air oren yang sejuk terhidang di atas meja, pasti buat kita tidak sabar untuk menuangkannya ke cawan dan seterusnya menikmati kesegaran rasannya.

Bercerita tentang menyediakan air oren yang sedap, tentu jenama Sunquick tidak asing bahkan sering dijadikan pilihan. Pun begitu tahukah anda siapa sebenarnya pemilik jenama yang diyakini oleh kita sejak dahulu hingga kini?

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Jika anda ingin tahu, Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer merupakan anak jati Pulau Penang adalah pemilik Kumpulan Barkath, iaitu syarikat yang menghasilkan jus Sunquick. Mungkin ada yang belum mengetahuinya bahawa siapa sangka dengan bermula sebagai membuka kedai runcit secara kecil-kecilan akhirnya mampu melebarkan perniagaan hingga memasarkan produk sendiri ke serata dunia.

Memetik perkongsian di portal ohinfokini.com, difahamkan pada mulanya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer telah membuka kedai runcit Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini.

Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu mɛnjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura.

Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi dan persaingan harga, Haji Abu Backer telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya bɛrkongsi niaga dengan Barkath Stores untuk mɛnghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mɛmpelajari teknik-teknik pɛnghasilan dan pemasaran Hacks.

Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

Dalam masa yang sama, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sɛndiri!

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club