Siapa suka makan sambal, tentu lebih selera jika ada lauk ni. Siap makan bertambah lagi. Hilang segala diet.
Tapi sambal ni banyak jenis kan. Namun banyak-banyak jenis, sambal nasi penyet,memang ‘terangkat’ sedapnya.
Kepada yang suka makan sambal ala-ala konsep menu ayam penyet boleh try resipi nak buat sambal ni.
Jom tengok cara ni.
First time makan dalam talam dengan suami.
Bukan bertalam dua muka noo
Best rupanya makan satu talam pastu berebut2 ni, alas daun pisang lagi.
Ni antara nasi feberet hakak, nasi ayam geprek derhaka versi hakak.
Ada hantu sambal yang nak resepi sambal ni tak?
Hakak suka buat banyak terus sebab nak jadikan stok.
Sambal ni kalau simpan dalam peti memang tahan sampai berbulan2 tau.
__________________________
Bahan-bahan
– cili api merah dan hijau (kuantiti ikut tahap kepedasan masing2)
– bawang merah
– bawang putih
– tomato
– belacan
– gula
– garam
– ajinamoto (optional)
Begini caranya.
Wow! Begini rupanya nak buat sambal ala-ala nasi ayam penyet! Boleh lah try kan. Siap boleh buat stok lagi. Selamat mencuba!
Kredit:Zara Zahara
Cucur Ikan Bilis Bulat Terbentuk Kejadiannya & Sedap Pula Tu. Wanita Ni Kongsikan Cara Buatnya!
Menyediakan hidangan minum petang seperti jemput-jemput nampak mudah tapi adakalanya tak menjadi. Pasti kita selalu dengar soalan begini “macam mana ya nak buat cucur ikan bilis yang lembut dan bulat-bulat terbentuk kejadiannya?
Nah ibu-ibu, hari ni kalau nak cuba bolehlah praktikkan tip ini. Cukup mudah, tip ini dikongsikan oleh Opah Mas Cotek.
Menurutnya , tuang air suam dan adunan akan menjadi kenta;. jadi tak ada masalah apabila nak bulat-bulatkannya. Sebelum itu pastikan ibu-ibu menyapu sedikit tangan dengan minyak supaya adunan tadi tidak melekat semasa bulat-bulatkannya.
Cucur Ikan Bilis.. ok ni last.. hambek.. bolat2 mata kome pagi ni ye… opah lalu lalang je dr td.. 🤣
Cucur Ikan Bilis (Oleh Mas Cotek)
Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 biji bawang besar dicincang
1 biji cili merah dicincang
1/2 cwn ikan bilis ditumbuk kasar
1/2 sdt maggie cukup rasa
sedikit daun bawang/ daun sup dihiris halus
garam secukupnya
2 cwn air panas
Caranya
~ satukan semua bahan² kecuali air panas..sebatikan
~ masukkan sedikit demi sedikit air panas
~dengan menggunakan senduk gaul sebati /jadikan doh
~ketepikan dan sejukkan doh
~sapu tapak tangan dgn sedikit minyak, bulat² kan doh
~goreng sehingga masak/garing
~angkat dan toskan
~siap
Selamat Mencuba
Stok Beras Di Rumah Tak Luak-Luak, Segera Buat Ni Untuk Elak Bubuk!
Tuntutan kerja kadang-kadang menyebabkan seorang ibu terpaksa sering pulang lewat dan atas sebab ini juga ada sebahagian antara kita jarang dapat memasak. Selain itu, ada juga sebahagian keluarga di mana anak-anaknya kurang gemar makan nasi dan lebih suka makanan barat, menyebabkan ibu tidak memasak nasi.
Bila ada dua situasi ini terjadi, tentunya stok beras yang sedia ada di dapur tidak luak-luak dalam tempoh masa yang terlalu lama. Hingga akhirnya boleh menyebabkan kutu beras pula membiak dan seterusnya akan memakan isi beras. Jika tidak dihapuskan, akhirnya beras yang simpan akan menjadi hampas dan tidak boleh di makan lagi.
Oleh itu, segera selamatkan beras yang disimpan daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Pakai Blender & Periuk Nasi Pun Boleh Je Nak Sediakan Kek Kukus Coklat Ni. Memang Mudah Sangat!
Bila sebut kek coklat kukus tentu kita sudah dapat membayangkan betapa moist dan sedap rasanya. Lebih istimewa jika kek tersebut disaluti topping coklat, menyempurnakan lagi rasa dan sekali gus nampak begitu menyelerakan.
Kalau boleh handak juga dicuba untuk menyediakannya sendiri, dapatlah merasa air kek dari air tangan sendiri. Mesti puas hati dan untuk yang pertama kali mencuba apa kata menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Tentunya apabila menggunakan sukatan cawan, lebih mudah untuk sesiapa membuatnya dan paling unik, kek ini juga boleh dikukus menggunakan periuk nasi. Menarik bukna?
Jadi tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan-bahan kek :
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan air panas
Bahan topping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
Sedikit air panas
Cara penyediaan:
- Masukkan gula dalam blender bersama dengan serbuk koko, susu pekat, susu cair dan minyak masak.
2. Blender semua bahan ini sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas atau loyang dan kemudian masukkan tepung yang telah diayak.
4. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.
5. Akhir sekali masukkan air panas. Kacau hingga adunan sebati.
6. Masukkan dalam bekas dan kukus hingga masak.
Pun begitu wanita ini memberi alternatif kepada sesiapa yang tidak mempunyai periuk kukus di rumah juga boleh menyediakan kek ini dengan menggunakan periuk nasi untuk mengukus kek ini dan ini kaedahnya untuk yang ingin mencuba.
- Didihkan air dalam rice cooker dan masukkanke dalam pengukus.
- Tutup dan Biarkan selama 30-45 minit.
Ini bahagian topping coklat pula
- Kecilkan api dapur,masukkan minyak masak.
2. Kemudian masukkan serbuk koko, susu pekat dan sedikit air panas. Kacau sebati.
Taraaaa!!! Masyaallah sodap dan lembut yakmattt
Posted by Seera Maheran on Thursday, 7 November 2019
3. Kemudian curahkan ke atas kek tadi sebelum dimakan.
sumber : Seera Maheran via MAHN