Jika masih ada yang ingat dengan kisah Prof Dr. Midhat Nabil yang pernah viral ketika dulu apabila berkongsi episod hidupnya dari seorang yang pernah gagal hingga berjaya bergelar seorang profesor. Benar, begitu banyak halangannya dan kegigihannya itu yang harus dijadikan inspirasi.

Siap Siaga! Prof Ni Kongsikan Tip Untuk Anak Yang Ambil Peperiksaan Besar Tahun Ni.

Bertepatan dengan niatnya untuk terus menyuntik inspirasi buat anak-anak yang sedang belajar, beliau turut berkongsi tip di awal-awal tahun ini di akaun fbnya. Jom semak untuk manfaat bersama.


Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM pada tahun ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.

Siap Siaga! Prof Ni Kongsikan Tip Untuk Anak Yang Ambil Peperiksaan Besar Tahun Ni.

Ads

1) Pastikan untuk mengulangkaji semenjak awal. Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya. Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua matapelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulangkaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulangkaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur). Hindarkanlah diri dari sifat malas. Bayangkanlah dengan mengulangkaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi dikemudian hari.

2) Elok untuk mengulangkaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain. Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain. Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergossip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergossip pasal artis, yang tu memang salah. Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).

3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’. Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita. Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulangkaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian. Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Ulangkaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!

Ads

4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik. Walaupun kita sudah mengulangkaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sessi menjawab soalan nanti. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, supplement tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.

Siap Siaga! Prof Ni Kongsikan Tip Untuk Anak Yang Ambil Peperiksaan Besar Tahun Ni.

Ads

5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta bonda. Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya. Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik2 peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.

Kepada yang mengambil peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM atau apa2 jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang. Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah s.w.t. jua…

 

sumber : Midhat Nabil

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI