Umum mengetahui bahawa peningkatan kes daripada kluster pendidikan meresahkan ibu bapa dan para guru.
Impaknya Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan penutupan sekolah bagi membendung wabak bahaya ini. Selanjutnya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga diadakan dua minggu selepas cuti sambutan hari raya.
Menyedari situasi ini, Nazira Noran menerusi facebooknya berkongsi inspirasi rumah mini buat anak tersayang bagi menghadapi PdPR tak lama lagi.
Menurut Nazira ketika dihubungi Keluarga menjelaskan bahawa kos keseluruhan sebanyak RM4500 menggunakan kayu pine.
Manakala untuk cat dilakukan secara DIY dan, banyak beli barang hiasan kat shopee lazada.
Ikuti perkongsian beliau.
“Alhamdulillah, Dah Siap Rumah I-Sinar
Alhamdulillah. Dah siap Rumah i-sinar Qolbi. Dah ada bilik untuk PdPR, ada sudut privacy untuk diri sendiri. Konsep rumah dalam rumah ni sesuai untuk rumah kecik tak cukup bilik macam saya ni.
Ads
Nak beli rumah yang ada 3 / 4 bilik masa tu harga dekat sejuta, tak mampu. So beli juga rumah ni walaupun 2 bilik sebab suka balkoni rumah luas. Masa tu saya dah pasang niat nak buat rumah kecik ni untuk Qolbi.
Alhamdulillah selesai juga kerja2 akhir cat mengecat dan mendeko sendiri. PdPR lepas raya ni, mama tak nak stress. So, tak payah berebut meja kerusi study bilik kakak atau meja makan lagi. Buat yang termampu saja ok . Ingatan untuk diri sendiri, sentiasa bersyukur, ada orang lain lagi susah daripada kita. Dalam masa berbaki 11 Ramadan ini, semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk terus menunaikan ibadah. Esok dah boleh masuk gear 5.
Ads
TINGKAT ATAS DISEDIAKAN TILAM UNTUK BEREHAT
Ads
RUANG BELAJAR
Konsep yang simple tetapi cantik. Moga jadi inpsirasi!
Setiap kita mempunyai pelbagai dugaan hidup. Ada yang diberikan rezeki yang melimpah ruah dan ada yang sebaliknya.
Malah ada yang sanggup berkorban untuk memastikan keluarga bahagia termasuk memastikan keselamatan anak-anak.
Terbaru melalui perkongsian seorang wanita dilaman facebooknya, Intan Dzulkefli telah berkongsi kisah seorang wanita yang telah mengadaikan barang kemas ekoran untuk memastikan anak-anaknya selamat setelah membeli carseat.
Apa yang ingin dipaparkan setiap kita mempunyai kepayahan berbeza dalam hidup. Struggle atau perit jerih seseorang itu untuk memastikan keluarga bahagia dan selamat pasti ada yang kena korbankan.
Inilah yang dinama kehidupan. Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
Gambar hiasan
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
JUAL BARANG KEMAS NAK BELI CARSEAT
Gambar hiasan
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
STRUGGLE SEBUAH KEHIDUPAN
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan.
Berkorban wang simpanan.
Berkorban harta kesayangan.
Demi keselamatan anak-anak. MasyaAllah.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Tidak dinafikan setiap ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Bahagia rasanya apabila nasihat ibu bapa diikuti dengan mudah.
Sebenarnya selain didikan kepada anak, ada juga dikatakan ia berkaitan dengan petua untuk membuatkan anak mendengar kata.
Biarpun tiada kajian saintifik tetapi nasihat orang tua dulu-dulu boleh digunapakai dalam mendidik anak-anak.
Ia termasuk cara menyeduk nasi ketika menjamu selera bersama anak-anak. Nak tahu caranya ikuti perkongsian puanMaryam Salleh ini yang boleh dijadikan panduan.
Petua lembutkan hati anak yang degil
Nak kongsi petua ni mak saya yang ajarkan. Mak cakap dari orang tua dolu-dolu katanya.
Mak saya pesan lau nak bagi anak dengar kata dan tak melawan cakap orang tua masa sendukkan nasi nak bagi anak makan kepala nasi yang mula-mula senduk tu letak kat atas.
Jangan terus masuk ke pinggan.
Kepala nasi tu lau bagi anak makan bole buat hati anak jadi keras atau degil.
Sendukkan kali kedua barulah letak ke pinggan anak atau suami ye.
Saya amalkan petua mak saya ni setiap hari. Alhamdulillah setakat ni anak-anak dengar kata, tak membuas dan rajin solat.
Mungkin ini hanya petua, Nak amalkan atau tidak terpulanglah.
Dalam Islam,
Sifat anak-anak ni juga terbentuk daripada makanan yang diorang makan dan sumber makanan tu mestilah halal.
Saya sekadar berkongsi. Maaf jika tak setuju. Tapi hormat jer la petua orang-orang lama yang dah lama makan garam daripada kita kan
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...