Siap Pakai Suit PPE! Ramai Terhibur & Puji Cara Fizz Fairuz Rawat Isteri Di Rumah

Share

Baru-baru ini pelakon, Datin Almy Nadia dimasukkan ke pusat rawatan akibat hamil luar rahim dan terpaksa menjalani prosedur pembuangan cyst. Oleh sebab posisi ketumbuhan itu berhampiran dengan rahim, operation perlu dijalankan segera kerana dikhuatiri pecah.

Sedang melalui proses sembuh di rumah, ibu kepada 4 orang anak ini bagaimanapun sangat beruntung kerana Datuk Fizz Fairuz tidak berkira menjaganya. Umum sedia maklum, selain dari watak serius, Datuk Fizz yang juga pelakon sering memainkan watak lucu dalam drama atau filem yang dilakonkan. Malah, bagi yang mengikuti pasangan suami isteri ini pasti tahu bahawa Datuk Fizz sememangnya sering kelakuan lucu ketika di rumah.

Dalam tempoh pulih dan demi menggembirakan mood si isteri, aktor tersebut dilihat sanggup memakai uniform lengkap petugas kesihatan (scrub suit) dan lagaknya tak ubah seperti seorang doktor profesional.

Setiap kali masuk ke bilik untuk memberikan injection, ada saja benda ‘gila’ yang akan dibuat oleh Datuk Fizz Fairuz. Ini termasuklah memakai PPE lengkap satu badan dan berdialog seperti jururawat sekali gus membuatkan isterinya tergelak besar sepanjang masa.

Momen ini dikongsikan oleh Datin Almy sendiri di story Instagram miliknya dan pada masa yang sama ada peminat yang sempat tangkap layar video tersebut dan dimuat naik di laman Tiktok miliknya.

@shya_syainatul Replying to @skones not scones😬 ♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK

Meninjau di ruangan komen laman Tiktok tersebut, rata-rata terhibur mendengar dialog kelakar Datuk Fizz Fairuz, malah turut memuji sikapnya sebagai seorang suami yang baik. Ada juga yang berharap semoga mereka dikurniakan pasangan selucu itu satu hari nanti.

Sumber : Tiktok @shya_syainatul  , almynadia