“Siap Mention Wife Sapa” – Muatnaik Gambar Dengan Puteri Sarah, Netizen Terharu Hubungan Baik Mentua Menantu!

Share

Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sememangnya mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi setelah Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya.

Terbaharu, netizen melahirkan rasa terharu di atas sokongan kuat yang diberikan ibu dan bapa mentua Sarah yang sentiasa berada di sisi menantu mereka ketika dilanda badai dalam perkahwinannya.

Malah, Sarah sebelum ini turut berkata dia mempunyai sistem sokongan yang kuat lebih-lebih lagi daripada keluarganya serta keluarga metua.

Baru-baru ini, ibu Syamsul Datin Patimah lsmail memuat naik gambarnya bersama menantu beserta kapsyen yang cukup jelas di Instagramnya menggambarkan hubungan rapat di antara mereka.

“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah” tulis ibu mentua Sarah.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, turut dilihat membalas di ruangan komen dengan meluahkan rasa sayang terhadap ibu mentuanya yang dipangil mama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik Sarah dengan ibu mentua meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.

Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.

Sumber : dpatimah012