
Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sememangnya mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi setelah Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya.
Terbaharu, netizen melahirkan rasa terharu di atas sokongan kuat yang diberikan ibu dan bapa mentua Sarah yang sentiasa berada di sisi menantu mereka ketika dilanda badai dalam perkahwinannya.
Malah, Sarah sebelum ini turut berkata dia mempunyai sistem sokongan yang kuat lebih-lebih lagi daripada keluarganya serta keluarga metua.
Baru-baru ini, ibu Syamsul Datin Patimah lsmail memuat naik gambarnya bersama menantu beserta kapsyen yang cukup jelas di Instagramnya menggambarkan hubungan rapat di antara mereka.
“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah” tulis ibu mentua Sarah.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, turut dilihat membalas di ruangan komen dengan meluahkan rasa sayang terhadap ibu mentuanya yang dipangil mama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik Sarah dengan ibu mentua meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.
Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Sumber : dpatimah012
Wanita Ini Kongsi 8 Tip Latih Anak Puasa Cara Psikologi. Menarik Info Ni!

Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak-anak menjadi yang terbaik termasuk berpuasa dibulan Ramadan.
Namun bukan mudah untuk latih anak-anak berpuasa kerana mereka masih diperingkat pra sekolah.
Melalui perkongsian puan Ashikin Hashim boleh dijadikan panduan.
1. Latih solat dulu
?Fahamkan anak terlebih dahulu bahawa solat mesti dilaksanakan dulu sebelum puasa.
2. Storytelling tentang puasa.
?Bercerita dengan anak tentang puasa seperti menggunakan buku cerita, bercerita melalui kraf, membawa anak ke masjid sambil bercerita dan sebagainya.
3. Latih puasa secara berperingkat.
?Latih beberapa jam dahulu untuk hari pertama. Tambah jam dan kemudian hari. Dengan cara ini anak akan lebih bersedia.
4. Sediakan aktiviti yang menarik
?Sediakan aktiviti yang menarik supaya anak kekal mood puasa dan dapat melekakannya seperti mewarna, melukis, puzzle, jurnal ramadan dan sebagainya.
5. Hidang makanan kegemaran semasa sahur dan buka
?Anak pasti lebih bersemangat untuk berpuasa jika kita menyediakan makanan kegemaran mereka. Pastikan juga berkhasiat!
6. Lewatkan waktu bersahur
?Selain memastikan anak tidak cepat hilang tenaga kerana bangun terlalu awal, melewatkan sahur juga akan mengelakkan anak tidur semula.
7. Boleh buka tapi…
?Jika anak tak mampu puasa, izinkan dia berbuka tapi cuba kekalkan mood puasa. Contohnya: Boleh minum sikit tapi sambung puasa ya.
8. Puji dan Reward.
?Berilah pujian kepada anak jika dapat mencapai target puasa. Jika mahu reward, terpulang di atas kemampuan dan ketetapan masing-masing.
Selamat berpuasa semua.
Ashikin Hashim ?
“Mak Awet Muda, Anak Pun Cantik. Macam adik & kakak. Kurusnya.” Penampilan Bonda Rozita & Anak Perempuan Raih Perhatian!

Memasuki usia 50 an, penampilan Rozita Ibrahim tetap maintain awet muda. Menerusi perkongsian terbaru anak perempuannya, Noor Hayati Kamarzaman memuatnaik beberapa gambar ketika majlis sambutan hari lahir bapa tirinya.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah penampilan Rozita atau Mesra disapa Bonda bersama anak perempuannya ini. Ada yang memuji Bonda tampak kurus dan mereka seperti kakak dan adik.
Walaupun semalam birthday cinta hati mak den.. Kak Yatie & adik2 pun dpt hadiah jugak dari mak. Terkejut den tau 🙈
Selebihnya saje nak kumpul sebelum Ramadhan x lama lagi. Jarang sgt kami ni blh berkumpul. Siap excited makan durian yg Tuan Haji tanam. Serius sedap giler. Makanan kat @rumah.terapi.alam mmg best2 semuanya sbb makanan kampung.
Rasa mcm @bondarozitaibrahim masak sendiri je. Masa Ramadhan ni diorg ada open utk buffet tau korang. Yg mana nak buat gathering tu blh booking dah kut. Anak Kak Yatie menambah2 la makan semalam sbb kesedapan😄
Paling seronok bila @ustazahmaddusuki pun luangkan masa semalam. Rindunya nak dengar tazkirah mcm dulu2. Anak Kak Yatie kecik2 lagi masa tu sampai tertido kat riba. Selalu dtg bg ceramah kat rmh mak Kak Yatie dgn jemaah2 lain 12thn lepas.
Turut hadir dalam majlis tersebut ahli keluarga Datuk Aliff Syukri. Untuk majlis tersebut, mereka memilih tema pakaian rona putih.
Sumber: yatie_kmrzmn
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Bila Orang Tersayang Menghadap Ilahi. Ini Persediaan Yang Patut Kena Tahu.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. Tiada siapa yang akan terlepas. Sama ada lambat atau cepat. Ia adalah rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus bersedia apabila ajal tiba.
Oleh kerana itu, sebagai persediaan untuk menghadapi pasangan atau orang tersayang kematian, ini yang patut kita lakukan.
Moga jadi panduan bersama yang dikongsi oleh ustaz Khairul Anuar Basri
Saya ada membaca beberapa catatan kenalan di FB, apabila orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Ia peristiwa yang sudah pasti menyedihkan.
Sungguh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya yang tiada pengalaman mak atau ayah sendiri meninggal ni pun, boleh feel kesedihan tu.
Dan memang susah dan memakan masa untuk move on kan?
Allah…
So, pagi ini saya nak kongsikan 9 adab apabila berhadapan dengan kematian dan perkara-perkara yang bagus kalau boleh dibuat terutamanya oleh pasangan atau anak-anak si mati.
Menerima hakikat bahawa mati itu satu kemestian dan ujian dari Allah SWT [Surah Al-Mulk, ayat 2].
Suka atau tau suka, semua orang akan mati [Surah Al-An’am ayat 94].
Apabila datangnya kematian, ia tidak akan tercepat atau terlambat walau sedetik pun [Surah Al-A’raf ayat 34].
Sepatutnya dengan berita kematian menyebabkan kita lebih bersedia dan sentiasa bertaubat.
Menerima kematian dengan adab yang digariskan oleh agama Islam.
*Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ [Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156].
*Bersabar apabila menerima berita kematian kerana pahala bagi orang yang sabar tiada hadnya di sisi Allah SWT [Surah Az-Zumar, ayat 10]
*Berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW [Hadith riwayat Muslim].
اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: “Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.”
Jika berkesempatan, hadirlah solat jenazah dan berdoalah untuk si mati.
* Hukum solat jenazah ialah fardhu kifayah, sama seperti hukum memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah juga fardhu kifayah.
* Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah :
1.Doa pertama [Hadith riwayat Muslim].
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَاعْفُ عَنْهُ وَعَافِهِ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِمَاءٍ وَثَلْجٍ وَبَرَدٍ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدخِلْهُ الجَنَّةَ وَقِهِ فِتْنَةَ الْقَبْرِ وَعَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melakukan solat jenazah, lalu aku mendengar Baginda berdoa.
Ya Allah! Ampunilah dan rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya.
Mandikanlah dia dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.
Gantikanlah rumahnya yang lebih baiki daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.
Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka.
Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa Rasulullah SAW ke atas mayat tersebut.”
2. Doa kedua [Hadith riwayat Abu Daud].
اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia”.
3. Doa ketiga [Hadith riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah].
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ
Maksudnya: “Ya Allah, Ampunkanlah dosa orang yang hidup di kalangan kami, yang mati, yang kecil, yang besar, lelaki, perempuan, yang hadir dan yang ghaib.
Ya Allah, siapa yang Kamu hidupkannya di kalangan kami maka hiduplah ia di atas iman dan siapa yang mematikannya maka matilah ia di atas Islam.
Ya Allah janganlah Kamu halangkan kami dari pahalanya dan sesatkan kami selepasnya.”
Jangan meratapi si mayat.
* Haram hukumnya menangis secara berlebihan seperti meraung dan sebagainya [Hadith riwayat Muslim].
* Diharuskan menangis sekadar menzahirkan rasa kesedihan kerana itu adalah fitrah manusia.
Jangan mengaitkan kematian dengan perkara-perkara buruk yang lain [Hadith riwayat Muslim].
*Pujilah si mati dan jangan mengungkit keaibannya [Hadith riwayat Muslim].
*Berpada-padalah dalam mewujudkan dan memelihara kenangan bersama si mati [Hadith riwayat Bukhari].
*Anak-anak bolehlah melakukan beberapa bentuk amalan sebagai sumbangan terhadap si mati :
a. Doa dan istighfar memohon keampunan baginya [Surah Al-Hasyr].
b.Bersedekah bagi pihaknya [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].
c. Melaksanakan badal haji dan umrah baginya [Hadith riwayat Bukhari].
d. Menggantikan puasanya yang tertinggal sekiranya tahu [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim].
Ziarahilah kuburnya dan melakukan amalan-amalan sunat seperti :
– Memberi salam, mendoakan kerahmatan, keampunan dan kesejahteraan bagi si mati [Hadith riwayat Muslim]?
– Salam dan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah :
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.
Maksudnya: “Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin.
Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang.”
*Membaca Al-Quran kepada si mati. Ini boleh dilakukan setiap awal pagi.
Saya berdoa semoga semua yang ditimpa dengan musibah kematian diberikan pahala yang besar oleh Allah SWT.
#KAB
– mati tak mungkin bisa kau hindari, tak mungkin engkau dapat lari, ajalmu kian menghampiri –
#SHARE kepada orang yang kita sayang. Mereka mungkin sedang berduka. Kalau boleh #Tag namanya lagi bagus.
Kredit: Khairul Anuar Basri