Siap! Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi, Ni Resipinya.

Share

Membangkitkan selera makan ada antara kita lebih teruja bila terlihat hidangan yang bercitarasa pedas.

Meskipun menu ikan bilis sekali pun namun bila dimasak bersama kentang goreng yang disaluti kisaran cili padi sudah mampu  membuatkan tidak sabar untuk menikmatinya.

Jadi pada yang ingin mencuba rasa menu yang pedas dan power ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh qaseh_imans.

Ikan Bilis Kentang Goreng Cili Padi

Bahan-Bahan:
Kentang 2 biji
Bawang Kecil 3 biji
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Besar 1 biji
Air Asam Jawa (sedikit)
Cili Padi 10 biji (ikut tekak masing-masing kalau nak pedas)
Gula & Garam secukup rasa

 

Cara-Cara Memasaknya:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan minyaknya dan asingkan tepi.
2) Goreng kentang dan toskan minyak serta asingkan letak di tepi dahulu.
3) Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi hingga masak dan naik bau.
4) Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa tadi. Biarkan ia mendidih.
5) Gaulkan secukup rasa dengan garam dan gula.
6) Masukkan kentang dan ikan bilis tadi dan gaul rata.
7) Siap dihidang.

sumber : qaseh_imans